Nak jadi usahawan perniagaan online, bukan mudah. Lagi-lagi pada yang baru nak
bermula. Dari pembacaan Syue, ada beberapa sebab yang menyebabkan orang
yang berbisnes online ni gagal.
🎯 Kurang komitmen
Kita asyik nak tunggu 'masa yang tepat' atau terus terusan berfikir tanpa pernah bermula. Kita tak pernah benar-benar komited untuk memulakan.
🎯 Gagal merancang
Dah mula tapi tak rancang betul-betul untuk implikasi kewangan, emosi, mental dan fizikal. Tu yang kadang-kadang boleh tersasar dari landasan.
🎯 Kurang komitmen
Kita asyik nak tunggu 'masa yang tepat' atau terus terusan berfikir tanpa pernah bermula. Kita tak pernah benar-benar komited untuk memulakan.
🎯 Gagal merancang
Dah mula tapi tak rancang betul-betul untuk implikasi kewangan, emosi, mental dan fizikal. Tu yang kadang-kadang boleh tersasar dari landasan.
🎯 Kurang tindakan
Tindakan tak cukup atau tak buat apa-apa tindakan. Atau kalau buat pun, mungkin atas alasan baru nak berjinak dgn bisnes online, tindakan tu tidak sejajar dengan bisnes kita sehingga kita banyak buang masa.
🎯 Rancangan bisnes
Takdak perancangan. Kalau ada pun, mungkin buat tanpa idea sebenar tentang bagaimana cara menjana pendapatan atau cari target pelanggan kita.
🎯 Semua benda nak buat sendiri
Bila semua perkara nak buat sendiri, bazirkan masa spent duit blajar itu ini, tanpa sokongan orang lain, akhirnya apa satu pun tak buat sedangkan ada pasukan yg dapat bantu buat semua tu.
🎯 Suka buat perbandingan
Bila kita dok tengok senang orang lain, kita asyik bandingkan dengan keadaan kita. Asyik dok fikir, orang lain buat senang saja, kenapa aku susah sangat. Media sosial ni boleh merendahkan motivasi, terutama jika kita rasa membuat anda berasa negatif tentang keadaan anda sendiri. Perbandingan ni jugak boleh menghancurkan kreativiti kita, buat kita ragu, bimbang kita tak cukup baik, tak cukup pandai, tak cukup muda, tak cukup tua. Keyakinan memang akan down.
Memang ada di antara senarai di atas yang Syue pernah alami dan masih alami. Memang dalam proses slow2 nak atasi kelemahan-kelemahan tu. Jadi apa yg Syue patut buat untuk bangkit semula?
Tengok balik semua komitmen yang ada. Fikir balik apa tujuan sebetul-betulnya Syue buat Shaklee ni. Tengok VB yang mana impian-impian nak capai tu. Bayangkan mereka-mereka yang tersayang; anak-anak, mak abah. Bayangkan mereka yang memerlukan ilmu kita, yang nak sihat atas asbab produk yg Syue jual. Semua tu mesti KENA CAPAI! Kalau nak capai, kena keluar dari kegagalan tu.
Tiada perniagaan yang terus berjaya tanpa melalui kegagalan. Tapi kalau tak pernah gagal, kita tak belajar nak improve kan. Tak perlu takut untuk gagal kerana ianya proses untuk berjaya. Semoga Syue terus bangkit untuk terus berjaya dalam Shaklee ni. Sama-sama usaha, sama-sama kita doa.
No comments:
Post a Comment