Hobi atau Habit? Mana Lebih Seronok?

syuesalim | February 10, 2018 | 0Komen |




Hobi adalah aktiviti biasa yang dilakukan untuk keseronokan, dan dibuat semasa masa lapang. Hobi ni boleh jadi mengumpul item bertema, melibatkan diri dalam aktiviti kreatif dan artistik, bersukan, atau lain-lain aktiviti (membaca, berkebun, memancing).
.
Standard dulu-dulu punya hobi mesti yang klasik-klasik kan; kumpul mengumpul syiling, main gitar, melukis, tulis sajak, main layang-layang. Zaman sekarang, hobi-hobi begitu dah kurang popular. Seiring dgn peningkatan teknologi, hobi sekarang canggih-canggih dah; main video game, melayari internet, reka applications.

Tapi, tak kisah lah hobi zaman dulu atau sekarang, dengan melakukan hobi ni, seseorang tu secara sendirinya dapat kemahiran dan pengetahuan dalam bidang yang dia suka. Dan perasan atau tidak, ada juga dari hobi ni terus dijadikan sebagai kerjaya.
.
Hobi Syue? Masa kecik, hobi kegemaran budak-budak, kumpoi setem. Ada dak yang macam, Syue? 🙊 Baik ngaku. Hahaha. Hobi Syue berubah-ubah seiring dengan peningkatan usia. Dari single sampailah dah kawen. Dah takdak yang spesifik dah 😅. Kena pulak macam sekarang ni, dah kurang masa lapang. Kebanyakan perkara yang Syue buat sekarang adalah lebih kepada habit/tabiat. Lain tau dari hobi sebab habit ni kita buat benda yang sama berulang-kali/ secara rutin dan boleh buat tak kira masa. Suka tak suka, mau takmau, kena buat jugak. Kemas rumah, masak, makan, tidur.

Tapi dalam banyak-banyak habit tu, Syue suka kemas rumah. Biar sumber tak cukup, tema caca merba tangkap muat ja pun 😅 tapi Syue suka keadaan lebih teratur dan kemas. Ada anak-anak kecik ni orang kata tak payah la nak kemas sangat. Biaq ja. Tapi bukan Syue la nak biar semak semak sepah sepah  ni. Selagi tak dapat macamana yang Syue nak atau tak selesa di pandangan mata, memang selagi itu lah cikSyue mengemas. Kadang-kadang tabiat begini memenatkan tapi ianya satu kepuasan. Harap satu hari nanti dapat la sedikit masa terluang untuk buat satu hobi lain pulak
.
Tak kisahlah apa hobi kita, apa habit kita, selagi tak langgar hukum agama atau tatasusila hidup kita sebagai manusia, buatlah semua tu asalkan kita bahagia & tak kacau hidup orang lain .

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com