Set Penjagaan Kulit YOUTH: Terbaik dari Shaklee

syuesalim | February 11, 2018 | 0Komen |
Hari Sabtu, 3 Feb tetiba upline Syue a.k.a KakKep wasap.."Wey, hang nak buat reja gila dak?" Apa pulak dah 😅 Serius suspen. "Mai Penang Isnin malam, ada Youth Roadshow" Tudia, dah macam arahan yang tak boleh ditepih dah. Mentang-mentang dia tahu Syue bab ajakan dari dia memang susah nak tolak, langsung takdak syarat dah. Hahaha. Yang kata buleh buat keja gila tu sebab Syue pegi naik Komuter haa ke situ. Taklah gila sangat; Komuter pi Butterworth ja pun. Macam tak biasa zaman belajar dulu naik komuter. Terpaksa lah tinggal sekejap anak-anak kat mak semalaman. Event habih pukul 10, gitu gini memang mencecah tengah malam. Komuter sampai pukul sembilan ja. Hasilnya, orang yang ajak tu lah terpaksa hantar 😅

Yang buat KakKep ajak sangat-sangat tu sebab ada Chris Kyrou haa. Beliau adalah Vice President, Beauty Research and Development di Shaklee Corporation. Jauh dari US mai bagi talk kat sini. So rugilah kalau tak pegi.

Tak payah lama. Sejam setengah dia cerita pasai YOUTH ni saja dah boleh jatuh cinta! Bayangkan best tak best nya produk ni. Memang tak ragu-ragu sebab ia dibangunkan secara klinikal oleh pakar kulit bertaraf antarabangsa. 8 tahun diorang buat kajian beb. Bukan sebulan dua, bukan setahun dua.

Kajian telah dibuat ke atas 100 orang yang berusia antara 20 hingga 70 tahun. Dan tahu apa hasilnya? 100% telah dibuktikan secara klinikal memiliki kulit yang kelihatan LEBIH MUDA! Kalau sorang tak menjadi, takkan jadi 100% kan. Keputusan klinikal tanpa kompromi! Bukan takat setanding produk yang ada dalam pasaran sekarang, malah MELEBIHI!

Biasa orang pompuan akan mencari produk penjagaan kulit muka yang berasaskan bahan semulajadi dan memiliki kajian klinikal. Dan YOUTH memiliki kedua-dua ciri- ini. Produk ini direka tanpa bahan kimia yang berbahaya, dan tiada bahan yang boleh dipertikaikan. Lebih 100,000 ujian kualiti dijalankan setiap tahun untuk pastikan yang ia benar-benar selamat.

YOUTH ni diformulasi secara spesifik untuk menangani pelbagai faktor penuaan, sama ada dari cara hidup, kerosakan persekitaran atau penuaan semulajadi. Cuba cakap ke Syue, produk yang kita tengah pakai sekarang ambil kira faktor ini tak?

Panjang oiii nak cerita pasai YOUTH ni. Tapi serious Syue cakap; recommended!👍🏼 Produk ini akan ada di pasaran Mac ni. Ada dah testimoni, dan memang diuji dah pun ke atas beberapa pengguna Malaysia ni tapi tunggu Syue punya testimoni sendiri lah, boleh? 😉 Jangan harap seminggu dua. Kena lah sebulan dua 😂 Nak yang semulajadi, kenalah banyak bersabar. Kalau tak sabaq, sambaq ja krim kilo 😬.
.
Boleh dah nak pre order Set Kecantikan YOUTH ni. Sambaq la satu wey. Muka boleh nampak sedekad lebih muda! Takkan takmau lagi camtu kot 😅 Takkan mengecewakan!!


No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com