Siapa Coach Anda?

syuesalim | February 11, 2018 | 0Komen |

Kalau sebut coach ni, mesti dok terbayang coach sukan kan; badminton 🏸, bola sepak , renang 🏊🏼. Coach ni boleh jadi dalam semua bidang. Memasak, menjahit, bertukang. Even kat rumah pun boleh kan 😉

Dalam Shaklee, selain sebagai pengedar (menjual) kami juga pemimpin (coach) kepada mereka yang di bawah kami tau. Mereka yang di bawah kami ni, anak. Di bawah anak, cucu...dan seterusnya lah. Ini panggilan yang biasa kami guna. Jangan terkejut pulak Syue nak guna istilah ni selepas ini. Walau ada sesi coaching, kami tak mewujudkan jurang 'aku coach, kau trainee' dan 'ko mesti ikut cakap aku'. TAK! Hubungan mak-anak lebih mesra, lebih santai, lebih mudah nak belajar.

Itu yang uniknya Shaklee ni. Tak perlu sempurna untuk jadi coach. Ada ka yang lahir-lahir memang dah pandai buat coaching? Takdak kan! Coach yang hebat lahir dari pengalaman. Kalau tak mula, macam mana nak ada pengalaman kan?

Satu sikap yang kena ada pada coach adalah percaya kepada kemampuan anak-anak cucu. Akan ada antara mereka yang pemalu, yang peramah, yang separa menonjol. Jadi dari situ kami boleh develop apa tindakan seterusnya yang kami boleh bagi pada mereka ni. Ajar mereka buat target, bagi panduan tentang produk, bagaimana cara nak guna medium sosial. Eh, banyak lah boleh buat!

Melalui coaching ini jugaklah kami belajar. Bila kami coach anak-anak cucu kami, mereka pasti akan tanya macam-macam. Jadi, dari situ jugaklah, kalau ada benda kami tak tahu, kami akan belajar dan akan terdorong nak belajar, nak ambil tahu. Setiap kali sesi coaching berlangsung, banyak jugak kan benda yang boleh sama-sama praktikkan.

Coaching zaman sekarang tak susah. Selagi ada internet, takdak alasan untuk tak boleh coach anak cucu. Macam-macam cara boleh guna; Whatsapps, PM, FB, Skype, dan macam-macam lagi lah. Tak kisah walau kita ni di Malaysia, anak-anak kita di Timur Tengah, di US, di Rusia, asalkan ada internet, ON!

Macamni tak BEST lagi?! Syue santai-santai saja. Kita belajar sama-sama, naik sama-sama, berjaya sama-sama. Ada sapa-sapa nak Syue jadi coach hangpa?



No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com