Bisnes Yang Hebat Ada TEAM yang Hebat!

syuesalim | February 11, 2018 | 0Komen |
Sesuatu bisnes yang berjaya mempunyai team yang hebat. Ada yang boleh naikkan bisnes seorang diri? Rasanya tiada siapa yang boleh bergerak dengan sendirinya.

Macam dalam Shaklee, team kami boleh terdiri dari mereka yang datang dari mana-mana negeri. Sejauh Sabah Sarawak, Perlis hingga lah ke Johor. Memang tak kenal pun. Kenal hanya di dalam FB, dalam Whatsapp. Tapi yang megiknya, walau tak penah bersua muka, rapat tu macam dah kenal lama.

 

Jadi kalau macam Syue adalah lebih baik kalau diadakan perjumpaan face to face. Kenal sendiri ahli team yang selama ni ada yang ramah, ada yang diam dlm group Whatsapp, sama-sama bincang matlamat team, kenal lebih rapat sesama sendiri. Apa yang penting bagi Syue adalah bagi ahli-ahli seronok jadi sebahagian dari team tu.

Bila dapat bersua muka, sesekali duduk semeja, boleh sama-sama belajar bagaimana nak improve blog, pemasaran menerusi FB, bantu mereka yang kurang cekap dalam teknik-teknik pemasaran, berkongsi cerita atau  masalah yang perlu dilalui sepanjang berbisnes ni.

Lagi best kalau boleh buat macam family day kan. Libatkan ahli keluarga, anak-anak. Sekurang-kurangnyanya tidaklah terikat dengan nota, perbincangan semata-mata kan. Gembirakan diri sendiri, gembirakan setiap ahli kumpulan. Bagi rasa seperti ahli keluarga sendiri. 


Buat bisnes ni adalah satu proses pembelajaran yang berterusan. Syue sebagai leader team juga masih perlu belajar. Kerana Syue percaya, jika kita pandai jaga ahli kumpulan kita, prestasi team mesti naik seterusnya bisnes kita pasti naik juga.

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com