Junk food atau makanan ringan ni adalah istilah pada makanan yang
mempunyai kandungan kalori yang tinggi yang kebanyakannya terdiri dari gula
dan lemak tepu, dan sangat rendah kandungan fiber, protein atau vitamin.
Junk food ni bukan setakat jajan-jajan, chips yang banyak kat kedai-kedai tu.
Ia termasuklah makanan darr restoran makanan segera.
"Alah, aku dulu pun makan jugak fast food. Tak mati pun. Sehat je haaa sampai sekarang". Haish, masih ada kah pemikiran sebegini di zaman ini? Jangan nak bandingkan hidup kita zaman dulu dengan zaman anak-anak kita masa sekarang. Zaman kita dulu ada la satu dua jenis je junk food ni. Zaman dulu pun hidup ibu bapa pun tak sesibuk zaman sekarang. Fast food ni dibuat macam ganjaran; dah habis exam, dapat tolong buat kerja. Maknanya memang jarang-jarang sekali lah naka makan. Sekarang, beratus-ratus jenis junk food. Yang mahal, yang murah semua ada. Kena pulak parents yang jenis semua nak cepat, nak mudah. Nak bagi anak dok diam, hulur junk food. Dah anak suka, belikan lah. Stok sentiasa ada di rumah. Alahaiiii....
Kalau Syue lah kan, kat rumah memang Syue tak beli. Memang pangkah terus! Kalau ada pun sebab orang bagi. Ya lah, doorgift kenduri ada jajan, doorgift birthday party ada jajan. Tak boleh lari! Apa yang Syue perasan, jajan ni memang dijual dengan murah. Walau tak boleh lari, tapi kita boleh elak. Kalau lalu kat pasaraya tu, pandai-pandai la buat hati kering tak melayan rengekan anak-anak. Kalau sayang anak, tak payah la nak ikut sangat cakap diorang kan. Lama-lama diorang masak dah peel kalau keluar dengan mama mereka.
Selain itu, Syue banyakkan beli buah-buahan. Mungkin ada buah yang anak-anak tak suka. Jadi beli dulu buah-buah yang mereka suka. Epal, pisang. Kemudian pelan-pelan biasakan anak-anak makan buah-buahan lain. Sambil-sambil kita makan tu, kopek bagi diorang rasa sikit. Untung tau Malaysia ni macam-macam buah ada. Boleh buah smoothies, buat homemade ice-cream. Pelbagaikan. Sampai diorang tak ingat nak mintak makan junk food.
Macam Syue yang dok rumah ni, semestinya masak sendiri. Kita boleh pilih sayur-sayuran, daging, ayam, ikan anyg boleh variasikan. Atas kreatif sendiri lah. Yang penting, masak sendiri. Biasakan anak-anak dengan makanan yang berkhasiat, yang kita masak sendiri. Jadi mereka tiada masa nak mintak junk food dah.
Lagi satu, Syue memang bagi suplimen kat anak. Walau cukup makan pun, kita tahu ka nutrisi tu cukup ke tak untuk badan anak kita? Dari dok kunyah yang bukan-bukan, baik kunyah Vitalea For Kids ja. Air pulak, shake aje Mealshake tuh. Sedap memang kalah air kat kedai! 😂 Konpem tanpa pewarna & perasa tiruan.
Kalau kita nak anak-anak kita sihat tanpa junk food, kena lah mula dari kita dulu kan. Bagi yang suka tu, yang selang sehari mesti makan tu, boleh la belajar kurang-kurangkan atau berhenti terus. Sebab, sama ada korang perasan atau tidak, ia macam ketagihan. Skali makan, memang nak makan selalu 😅 Sebab tu jangan mula kalau tak pernah. Hahaha.
Memang banyak kesan negatif junk food ni terhadap kesihatan. Takut
betul memikirkan macam-macam penyakit yang timbul.sekarang. Even kanak-kanak pun dah
diserang sakit kronik 😖
Untuk pupuk sikap tak amalkan junk food ni mesti bermula dari rumah.
Walau ada kempen kesedaran kesihatan dibuat secara besar-besaran pun, kalau
sendiri tak sedar, tak guna jugak kan. Atas diri sendiri. Kita sihat,
ahli keluarga sihat, masyarakat pun sihat. Mudah kan 😉
No comments:
Post a Comment