Syue Memang Berubah Selepas Join Shaklee!

syuesalim | February 10, 2018 | 0Komen |
Perasan atau tidak.

Hidup kita ni dikelilingi oleh 'perubahan' dan ia adalah satu perkara yang mempunyai kesan paling dramatik pada kehidupan kita. Kita tidak boleh mengelak perubahan dan percayalah; lebih banyak kita menentang perubahan, semakin sukar kehidupan kita. 'Perubahan' ini mempunyai keupayaan untuk 'tangkap' kita pada satu waktu dalam hidup anda. Kita tidak boleh terlepas kerana ia akan mencari kita, mencabar kita, dan memaksa kita untuk menimbang semula bagaimana kita menjalani kehidupan kita.

Melibatkan diri dalam Shaklee adalah satu perubahan besar dalam hidup. Sebab apa Syue cakap macamtu? Sekadar beli Shaklee untuk makan sendiri dengan buat bisnes Shaklee adalah 2 perkara yang berbeza. Bila mula-mula Syue nak libatkan diri, nak cuba bisnes, iaitu semasa di Qatar, Syue sedar yang Syue lepas ni akan 'lebih terikat'. Terikat dengan komitmen dan tanggungjawab untuk berjaya dalam bisnes ni. Bersediakah aku pada waktu itu? Bersedia atau tidak, dah pilih. Ini yang Syue maksudkan tadi, 'perubahan mencari kita'.

Bila masuk Shaklee ni lah, banyak benda Syue kenal. Dari taktau pasai blog, sekarang dah tahu. Belajar macamana nak gunakan medium online yang ada. Sebab di Qatar, memang tiada pilihan. Online saja medium yang ada. Kalau dulu-dulu nak tengok Syue up post di FB pun jarang-jarang, apatah lagi nak promote produk Shaklee. Malu tu tak payah nak cerita lah. Tapi sekarang? Dah semakin berani nak up post di FB. Sebab kalau ikut logik pun, orang tak nampak kita. Tak perlu malu pun. Orang lain ok ja, tak perlu malu dah aku ni. Lihat bagaimana 'perubahan mencabar kita'.
 
Syue dari dulu memang sistematik dan teliti orangnya. Syue lebih suka buat keja ikut jadual. Ni kisah zama dulu-dulu lah. Tapi bila dok rumah dengan selesa dah lama, ada keadaan di mana Syue ignore perkara-perkara yang ikut aturan ni. Semuanya ikut dan ja nak buat bila. Tapi bila dah terikat dengan bisnes ni, bisnes ini memaksa Syue untuk kembali bekerja secara sistematik. Semua kena ikut list. Kena pandai agih dan plan masa. Ada masa utk anak-anak, ada masa berbisnes. Betapa 'perubahan memaksa' kehidupan kita.

Shaklee bukan saja bagi perubahan pada tahap kesihatan Syue, malah bisnes ini sendiri membentuk attitude supaya Syue lebih bertanggungjawab dalam meningkatkan mutu hidup Syue sendiri 😉.

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com