Sejauh Mana Kita Struggle?

syuesalim | February 10, 2018 | 0Komen |
Nak mulakan sesuatu perniagaan bukan mudah. Ia memerlukan perancangan, pengorbanan dan pengambilan risiko. Nak bangunkan, pun tak mudah. Boleh jadi semakin susah yang mana mungkin memerlukan lebih masa, lebih usaha dan lebih wang. Bagi kebanyakan orang, berbisnes ni seronok tapi ianya lebih seronok kalau bisnes tu berkembang. Dan apa yang nak mendorong bisnes tu berkembang? Struggle.

Nak terjemahkan struggle dalam BM ni apa ya? Syue guna struggle jelah eh. Takut bila translate kang, lain pulak maksudnya. Setiap orang melalui struggle yang berbeza. And the struggle is real! 


Masa Syue kat Qatar dlu, nak mulakan bisnes di sana memang mencabar. Satunya opkos la sebab sana takdak office Shaklee 😅 Qatar pulak sangat strict berkenaan dengan kemasukan barang-barang ke negara dia terutamanya suplimen atau makanan tambahan. Nak pos banyak sekali pun, bukanlah murah. Pos sikit tak cuckup pulak. Even untuk makan sendiri pun dah banyak ni kan pulak untuk beli extra stok untuk buat jualan. Andai bernasib baik, masa kat pejabat pos pun dah selesai. Kalau tak, kena la ke Drug Centre di Doha tu. Tak lah takut kena tahan apa pun, Shaklee bukan barang terlarang. Tapi nak kena melalui prosedur-prosedur diorang nak mengambil barang tu, alahai...leceh!

Kalau bukan pos pun, setiap kali balik mesti akan topup stok Shaklee banyak-banyak. Sehingga kadang-kadang terpaksa korbankan kilo bawak stok bahan masak dari Malaysia. Shaklee punya pasai tak kesah dahhh. Bukan Syue sorang ja yang buat camni. Semua yang ada di bawah satu team di Qatar expert dah bab korban kilo ni 🤣

Dan ada satu lagi struggle bila kat sana adalah, kurang sales dari kalangan orang yang tinggal di Malaysia. Punyalah depa takut nak order barang kat Syue sebab Syue dok Qatar 😂 Tengok nombor kod negara yang keluar kat tepon pun seram. Sedangkan Syue buat oder online ja pun. Shaklee Malaysia yang buat urusan mengepos barang sampai depan pintu rumah. Sebab ada tau yang ingat Syue pos dari Qatar haaa 🤦🏻

Bila balik Malaysia, Syue dah takdak masalah dah bab pos-pos ni. Orang tak takut dah nak oder dengan Syue 😂 Lega dah bab tu. Tapi sekarang Syue memang struggle nak seimbangkan masa bisnes dengan masa di rumah. Rasa mcm banyak sangat kerja nak buat, lastly satu tak buat. Orang nampak senang; dok rumah tak buat apa bulehla nak tengok tepon nak tengok laptop buat bisnes. Tapi hakikatnya, serius struggle sangat! 😵

Disebabkan Syue BARU NAK MULA hidup kat Malaysia, kena urus anak-anak sekolah, urus hal rumahtangga, semuanya buat sendiri (suami kerja jauh) jadi Syue pujuk diri. Syue kena bagi masa pada diri sendiri untuk cari rentak, untuk buat time planning dan pengagihan tugas seharian supaya keperluan anak-anak tak terabai dan bisnes pun sama-sama up.
.
Syue percaya visi dapat membantu Syue melihat halangan dan keadaan yang sukar. Kena ikut betul-betul apa matlamat nak buat bisnes ni. Dan selebihnya serah dan tawakal pada Allah.
.
Kejayaan memerlukan kerja keras. Tiada siapa yang mengatakan ia mudah, tetapi ia berbaloi. Gunakan struggle kita untuk membantu anda mengembangkan kemahiran yang diperlukan yang akhirnya pasti membawa kepada kejayaan

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com