Syue jadi lemau kalau terlebih tidoq. Hahaha 🤣 Tapi tak selalu oiii. Seksa sebab dia siap dengan pakej sakit kepala jugak. Bahaya kalau selalu lemau-lemau macamni. Kena switch off cepat-cepat mind tu. Kena paksa diri kasik lebih semangat dan lebih energetic, baru hidup lebih produktif dan capai hasil dan result yang kita nak. Betoi tak korang?
Peniaga-peniaga yang buat bisnes lagi lah kena elak terlalu layan lemau ni. Takut nanti habis effect semua rentak perjalanan bisnes! Takdak sales, lemau. Kena reject customer time nak close deal, lemau. Kena caras, lemau. Uiii parah gini 😅
Tak boleh dilayan sangat layan lemau ni. Nanti apa pun tak jadi, apa pun tak boleh. Nak elak pun benda dah jadi. Nak tak nak, kita kena hadap segala situasi mcm ni. Jadi, macam mana cara nak buat?
• Matlamat hidup kita kena JELAS. Kena jelas apa yang kita betul-betul nak. Kemana arah tuju dan kena tahu juga cara macam mana nak capai semua yang kita nak tu. Barulah kita faham sebab apa kita kena buat kerja setiap hari.
.
• Tujuan dan sebab kita buat kena kuat. PERSONAL WHY orang kata. Kalau kerja ygan kita buat tu hanya setakat nak duit cukup makan ja, memang lemau la. Sebab apa? Sebab takdak sebab, takdak tujuan. Motivasi pun kurang. Jadi, kalau personal why kita kuat seperti nak bantu suami, nak happykan anak-anak, nak bantu ramai orang jana income sama-sama, haaa, masa tu barulah setiap pergerakan kita akan sentiasa ada energi, ada semangat. Tak sempat lemau dah!
.
• Kena yakin dengan rezeki. Walaupun masih tengah berusaha mendapatkan rezeki yang kita mintak dari-Nya, kita kena sentiasa POSITIF dan YAKIN bahawa rezeki tu pasti kita terima nanti dengan izin-Nya pada masa yang tepat. Sentiasa bersyukur dengan segala perjalanan yang Allah dah aturkan untuk kita.
.
• Jaga rutin harian kita; jaga makan minum tidoq. Pastikan semua cukup. Bangun awal supaya kita dapat mulakan hari kita dengan bersemangat. Jaga hubungan dengan Allah. Tingkatkan amalan rohani. Bila ia terpelihara, lagi bertambah berkat hidup kita, lagi cepat Allah permudahkan urusan kita 😉
Yang LEMAU-LEMAU tu, jom bangkit! Buang jauh-jauh lemau tu. Ada misi yang nak dicapai, ada orang yang perlu ditanggung, ada org yang perlukan bantuan kita. Semua berbalik pada kita. Paksa diri, kembali ke realiti 😬.
No comments:
Post a Comment