Apa Impian Anda Untuk Beberapa Puluh Tahun Akan Datang?

syuesalim | February 10, 2018 | 0Komen |
Pernah tak kita terfikir, "Oh..ini la kehidupan yang aku nak selama ni". Atau "aku tak pernah bermimpi nak hidup macamni". Tiada siapa yang mempunyai impian anyg sama. Setiap dari kita pasti berbeza. Even kembaq pun takkan sama impian mereka 😄.

Syue bersyukur diberi peluang merasai pengalaman 7 tahun tidak bekerja dan menetap di Qatar. Sungguh, tak pernah langsung terbayang nak hidup selesa goyang kaki macamtu. Ada ja pun yang tak goyang kaki sebab berniaga atau bekerja masa di Qatar. Diorang tu tak kesah lah kan. Ni kisah Syue haa 😂.

Bila balik Malaysia ni, segalanya macam kena mula balik. Ya lah, dulu tinggalkan Malaysia. anak baru dua, kecik lagi. Sekarang anak dah empat, dua yang kecik dulu tu dah bersekolah. Jadii, cabarannya double triple. Sangka dak hidup macamni tahun ni? Memang tak sangka tapi Syue tak menyesal. Kita kena paham, semua yang terjadi ada hikmah nya. Allah dah atoq elok dah jalan hidup kita.

Macam Syue penah cakap pada entry yang lepas, tak selamanya kita dok kat zon selesa. Ada ketika perlu keluar, supaya kita tahu bersyukur. Tapi itu tak bermakna Syue ikut flow macam tu saja. Rasa susah dok Malaysia, so teruskan susah tu. NO! Hidup kena sentiasa improve dan improve.

Syue mengimpikan duduk macam di Qatar tapi kat Malaysia. Boleh? hahaha. Buat Shaklee dari rumah saja, tau-tau duit masuk. Senang sangat kan. Nak kalut pun time berantaq berambik anak la. Bab tu takleh elak la kan melainkan ada drebar. Ahaks! 🤣
.
Kalau lagi 10 tahun, 20 tahun...time tu dah 40-an 50-an. Larat lagi ka nak reja? Sekarang pun tak rasa nak reja apatah lagi lagi doploh tahun 🙊 Harap-harap masa tu dah bebas dari beban kewangan, bebas hutang. Bukan sebab duit turun dari langit. Opkos sebab bisnes dah power! Nak pi melancong berdua ja dengan encik somi, anak-anak tinggal! Kah3. Bagi can la. Anak-anak time tu tah ka dah dok kolej/universiti, sekolah menengah; mana boleh ponteng!🤣
.
Syukur Syue dipertemukan dengan group Shaklee yang very supportive, yang bagi semangat untuk setiap ahlinya supaya jangan takut untuk BERIMPIAN. Tak kisah lah lagi berapa tahun pun, selagi tak melanggar hukum agama, berimpian lah. Apa impian korang?

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com