Recharge Diri

syuesalim | February 10, 2018 | 0Komen |
Memang kehidupan seharian penuh dengan stress. Mungkin kita tak sedar yang kita mengalami keletihan dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani. Andai rasa begitu, apa kata kita recharge semula bateri kita. Masa dan usaha kita buat macamtu pasti berbaloi.

Ini boleh dijadikan panduan macam mana cara nak recharge balik. Juga sebagai panduan Syue jugak. Mungkin kita boleh ambil sedikit masa untuk recharge diri kita sendiri kan. Recharge balik keempat-empat keadaan tadi.

Recharge Fizikal
 
Mandi. Kalau rasa stuck dalam idea atau kecewa selepas melalui hari yang sukar, mandi akan memberi kita peluang untuk berehat dan fikir balik keadaan kita. Kalau rumah yang ada tub tu, boleh la berendam dalam air suam bagi otot badan lega. Bila otot kita rasa lega ia akan menghantar signal pada badan bahawa ini ada lah masa utk rehat dan bertenang.
Senaman. Aim 30 minit sehari untuk buat senaman setiap hari. Atau buat aktiviti yang kita suka, seperti berjalan kaki, berlari atau berenang. Sebab apa? Aktiviti sebegini boleh menyebabkan otak kita melepaskan bahan kimia "gembira" seperti serotonin, adrenalin dan endorfin. Jadi, badan dan minda kita akan rasa mcm dicas semula. 

Recharge Emosi
Buat sesuatu yang menyeronokkan. Kadang-kadang kita terlalu sibuk sampai kita kena tangguh perkara-perkara yang kita suka buat atau pengalaman yang anda ingin cuba. Ambik masa seminggu sekali (atau sebulan sekali, sekurang-kurangnya) untuk melakukan sesuatu yang betul-betul boleh buat kita enjoy. Window shopping, tengok wayang, pergi bercuti atau melancong.
Luangkan masa bersama rakan dan keluarga. Duduk buat aktiviti bersama pasangan dan anak-anak kita. Pergi ke acara keluarga dan kanak-kanak bersama-sama. Atau sesekali keluar mengopi bersama rakan-rakan, bergelak ketawa.

Recharge Mental
Hentikan multitasking. Penyelidikan menunjukkan bahawa multitasking hanya membuatkan seseorang itu rasa kurang berpuas hati secara keseluruhan. Bila dah semua benda kita nak buat, kita tidak boleh fokus kepada tugas yang sepatutnya kita selesaikan. Walau kita boleh selesaikan semuanya, mental kita akan lebih letih.
Sesekali pisahkan sekejap diri kita dari gajet. TV dan skrin komputer mahupun telefon boleh menyebabkan sakit kepala. Kalau masa tidur, pastikan tidur anda tidak diganggu dgn panggilan telefon. Bagi peluang badan berehat.

Recharge Rohani
Kita sebagai seorang Muslim juga perlu recharge dalaman. Kalau dalaman dalam keadaan baik, stabil, terurus, automatik luaran pun akan jadi lebih baik. Mungkin kebanyakan agama menyarankan perkara yang sama. Ambil masa bersendiri, bermuhasabah diri, membaca Al-Quran, membaca buku-buku agama, ikuti kelas-kelas ilmu.

Sebenarnya banyak tau yang kita boleh buat untuk recharge ni. Even telepon pun kena caj balik kalau bateri habis kan. Ini kan pulak kita manusia. Kita bukan robot atau mesin yang boleh buat kerja 24jam tanpa henti. Ada ketikanya perlu bagi ruang dan masa pada diri sendiri jugak.

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com