Matlamat di Awal Tahun Baru 2018

syuesalim | February 10, 2018 | 0Komen |

1 Januari, pada saat pukul 9 pagi, masih di sekolah anak. Belom settle lagi urusan menunggu. Walau di darjah yang tak perlu tunggu pun, tapi memandangkan anak-anak pertama kali masuk sekolah di Malaysia, makanya kena la tunggu. 31Disember, diakui memang kelam kabut. Macam-macam persiapan Syue buat. Tapi terasa ada kekurangan, ada tak cukup. Rasa debar tu Allah saja yang tahu. Memang terasa berjalan tu dah tak jejak tanah dah! Hahaha. Mungkin sendiri tak pandai urus masa, baru nak cari rentak...aih, macam-macam lah! Silap-silap kalau di check BP taktau la bropa dia naik.

Syue tak terbayang kalau keja. Ni cara dok rumah ni. Tapi sejujurnya Syue tak penah menyesal apa yang cikSyue pilih. Tinggalkan 2017 yang penuh pengalaman tak bropa maneh, kita carik kegembiraan dalam 2018. Banyak benda nak buat ni. Salah satunya; CikSyue nak cuba-cuba jadi sumber inspirasi org lain? Buleh lagutu?

Syue percaya sikap positif itu sendiri memberi inspirasi terhadap perjalanan hidup kita esok. Apa-apa yang berlaku dalam hidup kita ni, sama ada baik atau buruk bergantung pada perspektif kita sendiri. Cuma kekal positif & kita akan tarik orang-orang di sekeliling kita untuk positif sama.

Yg paling penting inspirasikan orang lain dengan menepati janji dan BERCAKAP BENAR. Kalau dah kata nak buat, BUAT! Kalau kata nak kemana mana, PERGI! Kalau rasa nak buat sesuatu, ZAHIRKAN! Kalau tak boleh, CAKAP TAK BOLEH! Ada brani?

Moga yang indah-indah datang dalam tahun ini buat Syue. Amiinn.

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com