Bangun awal pagi semua mampu kan. Tapi seawal mana bangun pagi tu? Sekurang-kurangnya 2
jam awal dari masa kita bangun sekarang. Hah, mampu?! Kenapa yang tiba-tiba Syue cerita pasai bangun pagi ni? Jangan taktau, inilah salah satu tabiat orang yang berjaya dalam bisnes! Beberapa usahawan paling berjaya di dunia bangun awal, antara pukul 4
pagi dan 5 pagi setiap hari tanpa gagal (baca 4 pagi waktu negara
omputih ok 😉). Tabiat elok macam ni tak mau tiru?
Kalau orang bukan Islam boleh bangun awal kejar kebahagiaan dunia, kenapa kita orang Islam tak boleh? Islam galakkan kita bangun awal sebab ada faktor ketenteraman pada masa tu. Pada saat inilah kita boleh buat amalan solat sunat, baca al-Quran dengan lebih khusyuk, dan masa ni juga lah kita luangkan masa kita bersendirian dengan Allah.
Kalau fikir secara logik pun, kebanyakan daripada kita biasanya mengalami keadaan huru-hara pada siang hari, dan atas sebab itulah kita memerlukan masa awal-awal pagi, supaya minda kita dapat fokus sepanjang hari tu. Takdak lah nak rasa serabut ka, stress atau marah-marah di hujung hari.
Pengakhiran yang baik dimulakan dengan permulaan yang baik. Kan? Memang tak ada tabiat yang lebih baik untuk capai matlamat kita, tak kisah lah sama ada peribadi atau profesional, selain daripada tabiat bangun awal. Tak pecaya? Tolongla pecaya. Haha 😆 Tak pecaya jugak, sila cuba sendiri.
No comments:
Post a Comment