Sesuatu bisnes yang berjaya mempunyai team yang hebat. Ada yang boleh
naikkan bisnes seorang diri? Rasanya tiada siapa yang boleh bergerak
dengan sendirinya.
Macam dalam Shaklee, team kami boleh terdiri
dari mereka yang datang dari mana-mana negeri. Sejauh Sabah Sarawak, Perlis hingga
lah ke Johor. Memang tak kenal pun. Kenal hanya di dalam FB, dalam
Whatsapp. Tapi yang megiknya, walau tak penah bersua muka, rapat tu macam
dah kenal lama.
Jadi kalau macam Syue adalah lebih baik kalau diadakan perjumpaan
face to face. Kenal sendiri ahli team yang selama ni ada yang ramah, ada yang
diam dlm group Whatsapp, sama-sama bincang matlamat team, kenal lebih rapat
sesama sendiri. Apa yang penting bagi Syue adalah bagi ahli-ahli seronok jadi
sebahagian dari team tu.
Bila dapat bersua muka, sesekali
duduk semeja, boleh sama-sama belajar bagaimana nak improve blog, pemasaran
menerusi FB, bantu mereka yang kurang cekap dalam teknik-teknik pemasaran, berkongsi
cerita atau masalah yang perlu dilalui sepanjang berbisnes ni.
Lagi best kalau boleh buat macam family day kan. Libatkan ahli
keluarga, anak-anak. Sekurang-kurangnyanya tidaklah terikat dengan nota, perbincangan
semata-mata kan. Gembirakan diri sendiri, gembirakan setiap ahli kumpulan.
Bagi rasa seperti ahli keluarga sendiri.
Buat bisnes ni adalah satu proses pembelajaran yang berterusan. Syue
sebagai leader team juga masih perlu belajar. Kerana Syue percaya,
jika kita pandai jaga ahli kumpulan kita, prestasi team mesti naik
seterusnya bisnes kita pasti naik juga.