Untuk dapat sesuatu yang berfaedah perlu tempuh perjalanan yang penuh cabaran. Apa yang datang dengan cepat, dengan mudah, biasanya takkan kekal lama. Mudah lenyap. Kenapa? Ianya berkaitan dengan bagaimana kita menghargai sesuatu. Kalau kita dah berusaha keras; melaburkan masa dan tenaga untuk perniagaan kita, bermula dari kosong dari tak ada apa-apa sehingga perniagaan maju, kita pun mesti berusaha sedaya mungkin untuk terus kekal berjaya. Kan? Cuba kalau kita dapat benda tu dengan senang, mungkin kita tak berapa nak peduli. Ni maksud Syue dengan ayat tadi. Dah apa kaitan dengan entri Syue kali ni?
Pada asalnya join Shaklee, ya...memang jadi ahli untuk dapat harga murah bila beli vitamin. Lama-kelamaan, timbul rasa teringin nak buat bisnes dengan Shaklee sebab Syue rasa bisnes Shaklee ni macam ada 'sesuatu'. Tengok leaders dia takdak pulak tayang duit berkepuk-kepuk atau kereta mewah berbiji-biji tapi ramai jugak yang join bisnes ni. Kaya ka buat bisnes ni? Heheh, lagi lah mcm 'sesuatu' kan.
Bagi yang dah cuak dengan ayat Syue kata Shaklee tak mudah ni, meh nak bagitau. Sebenarnya, bisnes Shaklee tak berbeza pun dari bisnes yang lain. Syue beruntung masuk dalam kumpulan yang
leaders dia ada sifat kepimpinan yang tinggi. Mereka menyediakan proses
yang jelas untuk diikuti. Coaching, sharing, komunikasi sesama 'mak-anak', dan sentiasa push untuk kebaikan bersama. Tak pernah rasa
hilang keyakinan dengan group ni. Melainkan diri sendiri yang malas memang
itu siapa pun tak dapat bantu. Tahu asas, tahu matlamat, jadi efektif
dengan mereka, bergerak sama-sama dan Syue pasti Syue akan melalui tahap
kejayaan yang tinggi.
Suplimen Shaklee ni memang Syue akan ambil sampai bila-bila. Demi kesihatan sendiri juga. Nak cuba-cuba jual vitamin
lain? Tak lah kan. Untuk apa Syue jual benda yang Syue tak ambil. Syue ambil
sebab Syue tahu kebaikan dia dan Syue nak orang lain pun rasa kebaikan dia.
Bukan bab untung semata-mata. Mereka yang buat bisnes Shaklee untuk untung semata-mata, takkan ke mana. Biar kena jatuh cinta dengan produk. Rasa sendiri, dan sendiri akan timbul rasa tanggunjawab nak kongsi kebaikan dia. Orang lain turut sama sihat, Syue pun happy.
Syue percaya, kalau produk itu bagus, kalau syarikat itu kukuh, tak perlu nak tayang kemewahan untuk tarik orang lain libatkan dalam bisnes. Bagi Syue, Syue percaya dengan Shaklee ni dan azam Syue, sekali dah berbisnes Shaklee kena buat sampai jadi Master Coordinator. InsyaAllah.
Bisnes ni tetap berkekalan sampai bila-bila melainkan Syue pilih tak nak buat. Ingat ya kata-kata hikmah tadi. Alang-alang dah terjebak kan, kena buat sungguh-sungguh. Kena buat sampai jadi. Nak patah balik? Rugi
oiii. Moga hati tetap cekal.
Nak join sekali dalam kumpulan bisnes Syue? 😊 Boleh lah hubungi Syue di bawah ni.
Nak join sekali dalam kumpulan bisnes Syue? 😊 Boleh lah hubungi Syue di bawah ni.
No comments:
Post a Comment