Nak kaya, murah rezeki, faktor luaran saja tak cukup. Kita juga perlu
menitikberatkan faktor dalaman supaya sentiasa dimurahkan rezeki oleg
Allah.
Sy kongsikan beberapa amalan murah rezeki yg saya buat supaya kita dapat amalkan bersama-sama.
✅
Pastikan solat 5 waktu tidak ditinggalkan dan disempurnakan dengan
sebaiknya. Seelok-eloknya dikerjakan awal waktu. Macam saya,
kadang-kadang terbabas juga ๐ซ; suka juga nak melewatkan waktu solat. Tapi betul bagai di kata, andai tak buat
awal waktu, memang kita rasa masa tu cepat sangat berlalu. Ada saja
benda tak sempat buat. Terkejar-kejar lah, tak senang duduk. Hati pun
tak tenang. Cuba solat awal waktu; rasa macam masa tu lama sangat.
Percaya lah. Betapa Allah memudahkan urusan kita yg solat awal waktu.
✅
Banyakkan berdoa. Kita sebagai hamba Allah wajib berdoa. Macam sy, satu
contoh, sebelum mula post entri di FB atau di blog, doa sy supaya entri
sy dapat beri manfaat pd mereka yg membacanya. Hanya dengan berdoa,
segala permintaan kita didengari oleh-Nya. Kena percaya pada Allah yg
memberi rezeki. InsyaAllah tetap akan tiba pada kita; cepat atau lambat
sahaja.
✅
Amalan solat dhuha. Kita sedia maklum solat Dhuha ini adalah
satu-satunya solat yang memberikan limpahan rezeki dari Allah. Jika
diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas. Macam dulu,
sy macam sedikit sukar nak buat. Memanjang tak sempat. Tak tau kat
mana tak sempatnya tu; padahal 5 minit ja pun. Perlahan-lahan paksa diri
nak amalkan. Bila dah dijadikan sebagai rutin, sekali tinggal macam tak
best pulak. Moga dengan solat ini, rezeki yg dipohon mudah muncul.
✅
Macam kat Qatar ni memang susah nak didatangi oleh org yang meminta
sedekah. Atau susah nak jumpa orang susuah di sini. Tak macam kat
Malaysia. Kalau kita di tempat makan pun kan, ramai yg mendatangi meja
kita. Dari satu pandangan, mungkin peminta sedekah ni menyusahkan. Dari
sudut pandangan lain, sy rasa org Malaysia ni mudah betul nak
bersedekah. Bersedekah semampu yang boleh, disusuli dengan niat yg
ikhlas. Tiada orang yg jatuh miskin dengan bersedekah. Andai tak boleh
dengan wang, bersedekah dengan barang yg masih elok. Macam di Qatar ni
banyak kotak2 charity untuk barang-barang diletakkan di tempat-tempat
tumpuan. Andai ada pakaian, selimut, atau apa2 brg yg masih elok, orang
ramai boleh letak kat dalam tu. Memang itu saja cara sy boleh bersedekah
di Qatar ni.
Banyak lagi sebenarnya amalan-amalan murah rezeki
ni. Sy pun masih dalam proses nak improve diri, cuba jadikan habit
perkara-perkara dia atas. Yg penting tingkatkan takwa kepada Allah
kerana Allah memberi kepada orang-orang yang bertakwa itu rezeki yang
tidak pernah ia duga.
Moga sy terus istiqomah.