Tips Mudah Kelancaran Rezeki

syuesalim | March 19, 2017 | 0Komen |
Apa itu REZEKI?
---------------------
Rezeki adalah apa-apa yg kita dapat rasa manfaatnya. Perkara yang beri manfaat ni boleh jadi dalam bentuk material atau bukan material. Material senang kita nampak; duit, kereta, rumah, makanan. Bukan material pula? Kesihatan, keupayaan bekerja, kekuatan tubuh, kefasihan bercakap, tingkah laku, dan sikap. Idea untuk Syue menulis entry ni pun rezeki. Alhamdulillah.

Rezeki itu macam-macam. Jenis-jenis rezeki yang Allah kurniakan pun berbeza antara satu sama lain. Ada yang diberikan makanan, tak diberikan selera. Ada yang diberikan harta, tidak diberikan kesihatan. Ada yang diberikan zuriat, tidak berikan harta. Ada yang diberikan harta dan zuriat, tidak diberikan kebahagiaan ataupun ketenangan dalam hidup ataupun kasih sayang. Betul kan? Ker baru terfikir? 😊

Adakah kita meyakini rezeki hanya perlu ketika di dunia sahaja? Jangan lupa, kita juga perlukan rezeki apabila berada di akhirat nanti. Kedua-dua rezeki di dunia dan akhirat penting dan perlu diusahakan pada masa yg sama. 

Jadi, bagaimana nak melancarkan rezeki kita setiap hari?
✔ Utamakan solat 5 waktu ~ solat awal waktu
✔ Banyakkan beristighfar
Banyakkan berzikir
✔ Banyakkan berdoa
✔ Banyakkan bersedekah
✔ Amalkan solat Dhuha
✔ Amalkan solat Tahajud
✔ Amalan membaca Al-Quran
✔ Amalan Asmaul Husna
"Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yg dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung jumlahnya." (Ali 'Imran 3:37)

Tips di atas sebenarnya banyak dikongsikan oleh leader kami dalam Shaklee. Walau segigih mana pun buat bisnes Shalee ni, jangan tinggal tips-tips di atas. Dalam nak buat perniagaan ni, bukan kita nak untung semata-mata. Kita nak untung yang berkat, kekayaan yang diredhai.

Allah dah bagi jaminan. Siapa yang berusaha Allah dah tetapkan dia akan memperolehi rezeki. Tidak ada siapa yang boleh ambil rezeki kita. Semua boleh berlaku dengan izin-Nya. Janganlah kita melihat rezeki itu hanya pada satu sudut semata sehingga kita merasa rezeki kita kurang dalam semua sudut dibandingkan orang lain. Tak perlu bimbang dengan sedikit atau banyakknya rezeki kita. Tak perlulah nak bersangka buruk kepada sesiapa jika rezeki kita sempit atau merasa hebat bila rezeki melimpah.

Apa yang penting, usaha dan usaha. Agama tidak menyuruh kita duduk saja tanpa berusaha. Usaha itu sendiri adalah satu ibadah. Apa yang penting adalah diri kita sendiri. Jadilah insan yang sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan dan usaha untuk apa yang diinginkan.

Buku ni 👆. Bukan Syue jual pun. Tapi tengok tajuk pun dah menarik. Nak galakkan kepada peniaga baru, yang baru berjinak dengan perniagaan khusunya, bacalah buku ni. Pelaburan yang sangat berbaloi. Peringatan untuk diri sendiri Syue juga. Banyak sangat yang perlu kita faham dengan konsep rezeki ni. Mungkin sedikit sebanyak dapat bagi panduan kepada kita. Bila dah ulang-ulang kali baca, Syue percaya, kita akan faham konsep lebih mudah 'jemput rezeki' daripada 'cari rezeki'.



No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com