SOHO: Pejabatku Rumahku

syuesalim | March 11, 2017 | 0Komen |

Sekarang dah ramai yang bekerja dari rumah kan. Seronok; sebab kita tak terikat dengan masa kerja, senang hati ja kan kerja. Selesa; sebab tak payah nak bersiap cantik-cantik, makan pun ikut suka ja time bila. Mencabar; dengan karenah anak-anak, gangguan kerja-kerja rumah, keperluan bersosial.

Bila bekerja di rumah ni, memang tak boleh lari daripada kena berkerja dengan teknologi; PC, komputer riba (laptop) atau telefon pintar. Tapi dalam ketiga-tiga gajet ni, laptop lah lagi banyak digunakan oleh peniaga terutamanya ibu-ibu sebab mudah ja nak diusung merata-rata. Telefon pun ya, tapi paparan skrin mungkin terlalu kecil berbanding laptop. Kerja di laptop lebih mudah. Kat dapur, kat sofa, kat katil, kat lantai, kat depan tv; semua tempat boleh. Tapi kalau berterusan begini sebenarnya kurang praktikal.

Jika betul-betul serius nak berniaga dari rumah apa kata kita wujudkan tempat bekerja yang selesa. Wujudkan SOHO. SOHO ni singkatan kepada Small Office Home Office, yang merujuk kepada pejabat kecil di rumah. Biasanya dimiliki oleh mereka yang bekerja sendiri. SOHO memang dicirikan sebagai 'kecil' sama ada dari segi ruang atau pun pekerja. Sesuai lah macam kita yang kerja di rumah ni kan. Takkan selamanya nak usung pi mai pi mai laptop tu kan. Paling-paling pun ada meja. Kecil pun takpa. Memadai kita dapat letak laptop tu dan ada sedikit ruang untuk menulis. Mungkin kita perlu menulis tempahan, rujuk buku nota atau menulis bil. Jika ada ruang, kita upgred meja yang lebih besar atau buat meja tambahan sebab kita juga mesti nak letak alat tulis dan printer kan. Bila semuanya setempat, semua akan lebih sistematik 😉.

Kalau tak ada tempat yang spesifik untuk dijadikan ruang kerja, tak perlu besar; memadai jika kita pilih suatu sudut atau bahagian yang tak guna. Letak pokok hiasan, pencahayaan lampu yang baik, warna dinding atau lantai yang menarik, rak atau kabinet untuk menyimpan alat tulis atau buku. Semua-semua tu boleh membangkitkan mood kita nak kerja tau. Bila mood elok, kita pun jadi lebih produktif kan.

Bila dah ada ruang kerja yang selesa dah cantik, kena buat jadual lah, supaya urusan perniagaan kita tak bercampur dengan kerja rumah. Mana lah tau kan, tempat dah cantik lama pulak nak lepak situ pulak 😄.

SOHO impian Syue macam dalam gambar. Suka betul lah Syue kalau dapat buat SOHO kat loteng. Kalu ada tingkap, boleh tinjau-tinjau kat luar, ruang pun cerah. Privacy pun ya jugak, sebab terasing kat atas kan. Org cakap suhu kat ruang begitu pun sejuk. Tu kalau rumah dikelilingi pokok-pokok la. Tapi kalau mcm kat Qatar, jangan buat pasai, lagi-lagi musim panas. Mau rentung kat pejabat sendiri 😁. Macam Syue ni, setakat meja tulis tu, ada. Letak kertas, printer, buku boleh lah. Selesa untuk Syue buat kerja walaupun kadang-kadang diganggu oleh si kenit berdua ni. Untuk dapat seperti di gambar, mungkin boleh berangan ja dulu. Mujur berangan tu free. Hehehe. Tp mana tau satu hari boleh dapat kan.

Pentingkan SOHO ni. Korang ada SOHO idaman? 



No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com