Majalah Kegemaran Syue?

syuesalim | March 18, 2017 | 0Komen |


Syue ni bukanlah jenis orang yang suka membaca. Kalau dulu zaman sekolah, kalau tulis hobi membaca tu, tipu sangat lah; sah-sah tiru kawan . Ya lah, bila tanya hobi masing-masing, semua tulis membaca ja. Syue ja yang tulis hobi mengumpul setem. hehe. Hobi standard budak-budak zaman 80-an. Ayat panjang-panjang memang kurang gemar. Syue suka tengok gambar dan yang ada caption sikit-sikit. Contoh macam ensiklopedia. Gitu ja kekdahnya kalau nak suruh Syue membaca. Buku macam novel, buku ilmiah dengan ayat panjang-panjang tu jarang sangat nak baca. Koleksi pun tak pernah ada. Alah, zaman 90-an pada yang bukan kaki buku ni, rasa buku tu mahal sangat dah.

Zaman lepas skolah, rajin layan majalah. Majalah artis. Mangga??! Eyy, sori...tak layan. Syue layan majalah omputih hokay Pada yang pernah kawan dengan Syue memang tahu Syue suka kumpul Galaxie. Time tu 3 ringgit saja kot. Tapi tengok jugak siapa yang jadi front cover keluaran masa tu. Nak kumpul apa tau? Lirik lagu dengan poster artis antarabangsa! 
Masa tu mana laaa nak senang-senang cari lirik dan poster macam sekarang. Sekarang Google jer, macam-macam jenis lirik lagu, macam-macam gambar artis keluar. Dulu sanggup kumpul, sanggup hapal. Siap ada fail haaa. Time tu kan; zaman belom ada komitmen atau masalah lain selain belajar ja kan.

Bila umur dah semakin banyak, dah semakin kurang haa layan majalah tu. Macam semakin tak kena dengan jiwa. Kadang-kadang tengok saja, tak beli dah. Lagi-lagi bila dah kawin. Mula dah layan majalah-majalah yang lebih matang sikit pengisiannya; Mingguan Wanita, Keluarga, Anis, Impiana. Tak ada yang betul-betul favourite lah. Semua Syue layan.

Dok Qatar pulak, susah dah nak layan majalah macamtu. Ada peminat tegar sanggup beli bawak mai sini tau. Bukan sini takdak majalah. Banyak! Internasional lagik haa. Tapi dah bukan kaki buku kan, tak kisah pun. Hehe. Lagipun sekarang banyak dah boleh baca kat internet. Macam-macam cerita inspirasi, motivasi, ilmiah, kekeluargaan boleh baca dah sekarang. Kata orang, tak sama feel baca buku fizikal berbanding dengan maya ni. Betul..betul. Tak dinafikan. Tapi Syue ni tak kisah pun bentuk macamana. Asal menarik dan bermanfaat dibaca, itulah yang Syue akan baca 😊 

Korang ada majalah kegemaran? Bolehlah kongsi apa suka baca. Atau pernah ada minat kumpul Galaxie macam Syue dulu? heeee...Betapa Syue rindukan zaman itu.



No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com