Permulaan Tahun Baru: Istiqamah Dengan Shaklee

syuesalim | March 17, 2017 | 0Komen |
Sekejap betul masa berlalu kan Tahu-tahu dah akhir tahun. Tahu-tahu dan masuk tahun baru. Rasa macam baru saja 2016. Dah masuk 2017. Permulaan Januari 2017 di wall FB Syue, ramai kawan-kawan yang update anak masuk sekolah. Kalau diikutkan tahun ni, kalau di Malaysia, si Syamil tu pun akan masuk Darjah 1. Tapi di sini sesi persekolahan dia dah start awal; bulan September 2016. Jadi bulan Januari ni dia dah masuk Year 1 Terms 2 dah. Jadi, nak update apa pasai sekolah kan. Kalau bekerja, mungkin kena set KPI baru untuk dicapai sepanjang tahun ini. Ada orang tiap-tiap tahun mesti pasang azam. Tapi kalau surirumah? Hari-hari perkara yang sama berlaku. Azam apa nak di set ya...

Masuk Januari, Syue berazam nak push diri untuk lebih serius dengan Shaklee. Bermula Januari inilah Syue cuba jebakkan diri dalam task #tsunamishaklee iReach family. Mula-mula seram jugak nak masuk. Sebab kalau tak boleh bagi komitmen kang kena kick. Fikir-fikir balik kan, duduk rumah keja apa sangat la ko buat kan Syue (ni apa orang fikir; sedangkan kerja 24jam non-stop 😜). Hati berkata-kata, dari ko duduk mengadap FB, IG sesaja, cuba ko buat something yang berfaedah sikit 😁. Makanya Syue decide join ja lah; CUBA keluar dari kepompong 'ketakutan' tu. Ya lah, sebelum ni malu nak update apa-apa pasai Shaklee; dok fikir apa org kata lah, dok fikir nanti org meluat lah, dok fikir nanti hilang kawan lah. Tapi syukur sangat bila buat task ni sebulan, jadi cam habit pulak nak update. Secara tak langsung task ni built up 'self-confidence' Syue. Dah sampai tahap fikir, lantaklahorang  nak kata apa pun. Redah kasi pecah...hahaha. Senarai task pun orang dah bagi, ahli kumpulan yang support each other, leader yang cukup bersemangat, dah nak apa lagi kan? Sendiri yang kena push diri.

Harap-harap ini permulaan yang baik untuk Syue terus istiqamah dalam Shaklee. Produk bagus, sistem bagus, orang-orangnya pun bagus-bagus. Rancang yang terbaik, minta yg baik-baik kat Dia, harap segalanya yang berlangsung selepas ini pun baik-baik saja. InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com