Syue duduk di Doha ni mengikut suami bekerja di sini. Dok rumah jadi
surirumah jelah. Memang takmau pun nak kerja kat sini sebab Syue dah niat datang sini nak 'berehat dari bekerja'. Kat sini, ada orang Malaysia kita yang jenis
tak boleh dok diam; kena buat sesuatu. Ada yang bekerja dengan syarikat di Qatar ni tapi kebanyakannya buat
side-income dengan memasak. Awal-awal sampai dulu, masa anak-anak kecik lagi, tak terfikir pun nak buat side-income. Tak sempat kot. Memang masa byk ke diorang ja. Bila anak dah besar, dah
sekolah, alahai boringnyaaa dok saja-saja kat rumah. Syue pun ada mai teringin nak buat side-income
jugak. Tapi Syue tak pandai masak! Jadinya, Syue try and error dengan Shaklee lah.
Mula dengan Shaklee
pun asalnya makan sendiri. Ingat lagi masa tu Syue beli Mealshake untuk
anak. Setahun selepas itu baru daftar ahli dan Syue baru tahu rupanya
boleh buat duit dengan Shaklee ni. Masalah Syue bila dah terjebak dengan Shaklee ni; Syue tak reti cakap!😣
Sebab Syue pun baru tahu Shaklee ni rupanya MLM. Jadi dalam kepala dah set, 'haa sudah..aku nak kena kena pi
jual barang kat org la pulaaaakkk'. Tapi andaian Syue silap. Buat side-income
zaman sekarang untung banyak; semua online ja. Ko pemalu tahap cipan pun
masih boleh menjual. Dengan adanya FB, Instagram, BLOG; semua-semua ni dah
boleh memudahkan semua urusan penjual pemalu cam Syue ni 😁.
Memang beza kalau dengan Shaklee ni. Tak macam MLM lain. Kena cari
orang kat bawah ko, pastu orang bawah ko keja bagai nak rak, ko goyang
kaki tunggu duit masuk. TAK...LANGSUNG TAK. Konsep dia; ko keja, ko dapat.
Ko malas, dok la kat situ sorang-sorang. Even orang bawah ko buat kerja lagi bagus pun boleh potong
ko. Tak malu orang bawah rank lagi tinggi dari ko? Malu oiii...
Mungkin sekarang orang nampak Syue
senang lenang dok kat Qatar, takdak masalah kena fikir berbanding kawan-kawan yang dok di Malaysia yang struggling buat 2-3 kerja part-time nak tambah
side-income. Syue pun kena fikir situasi Syue juga. Bukan selamanya akan berada dalam zon selesa ni. Nasib masa depan siapa yang tahu kan. Walau
sekarang income Syue bukan puluh-puluh ribu lagi, tapi dapat sedikit pun PUAS sebab Syue berjaya lawan rasa 'selesa' yang makan tahun jugak membelenggu.
Moga terus ada kekuatan & istiqamah lepas ni.
No comments:
Post a Comment