Mana Lebih Baik: Beli Atau Sewa?

syuesalim | March 14, 2017 | 0Komen |

Pernah tak alami dilema macam ni:

Aku nak beli rumah lah; boleh buat taman sendiri, boleh nak renovate dapur, deco bilik macam idea deco kat majalah kat tv tu. Tapi beli mahaiii..banyak duit nak pakai. Macamana nanti kalau kena tukar tempat kerja, terpaksa tinggal macamtu ja rumah. Kalau tiba-tiba rasa tempat tu macam tak best, tak boleh tukar dah. Sewa jelah kot. Tak payah pening kepala nak fikir bab duit. Tapi macam buang duit ja. Bayar bulan-bulan bukan rumah sendiri pun. Buatnya nanti mai mood tuan rumah halau pulak, tak ke naya.

Tak payah pening kepala, kawan. Beli atau sewa rumah bukan perkara mudah. Tak semudah membeli baju. Memang akan ada pro dan kotra untuk setiap keputusan. Keperluan anda pasti akan berubah mengikut keadaan. Syue bagi panduan ringkas kepada mereka untuk buat keputusan sama ada nak BELI atau SEWA.

Kelebihan BELI
🏠 Kita bayar bulan-bulan untuk rumah sendiri; bukan masuk poket tuan rumah
🏠 Boleh buat untung kalau harga rumah naik 
🏠 Boleh hidup dengan peraturan sendiri tanpa perlu mintak izin tuan rumah (tebuk dinding, bela binatang) 
🏠 Buat renovation @ lanskap ikut selera kita

Kekurangan BELI
🏠 Kos pendahuluan; deposit jual beli, duti setem, yang boleh sebabkan ianya jadi lebih mahal dari kos sewa
🏠 Kena bayar sendiri kos pembaikan/ penyelenggaraan 
🏠 Kalau rasa tak sesuai dengan tempat tu, susah nak pindah sebab kena juai dulu rumah yang ada 
🏠 Jika kita ada masalah kewangan, untuk berpindah ke rumah yang lebih murah mungkin ambil masa yang sangat lama

Kelebihan SEWA
🏠 Boleh pindah cepat bila masa kita suka
🏠 Tiada risiko kehilangan wang jika harga rumah jatuh
🏠 Tuan rumah perlu bayar semua urusan pembaikan dan penyelenggaraan
🏠 Boleh sewa rumah yang lebih besar lebih cantik di kawasan yang lebih bagus berbanding daripada apa yang kita mampu beli

Kekurangan SEWA
🏠 Semua bayaran bulanan ke tuan rumah; yang akhirnya rumah tu bukan kita punya pun
🏠 Kalau tak beli rumah, kita mungkin terpaksa bayar sewa sepanjang hidup kita
🏠 Kalau tuan rumah bercadang nak penyewa baru, kita kena pindah
🏠 Tuan rumah boleh sesuka hati naikkan harga sewa

Jadi, mana lagi bagus?

Dalam jangka masa pendek, sewa mungkin pilihan lebih baik. Mungkin kita rasa kita tak mahu duduk lama di situ atau sebab tuntutan kerjaya, akan ditukarkan ke mana-mana, atau satu hari kita rasa kita nak balik kampung halaman mak ayah kita atau kita nak tunggu hingga kita rasa betul-betul mampu beli rumah sendiri. Tak perlu pandang rendah pada yang menyewa. Tak salah pun menyewa.

Dalam jangka masa panjang, beli rumah pasti lebih menguntungkan. Semakin hari harga rumah semakin meningkat. Jika tidak beli sekarang mungkin kita perlu berkorban lebih lagi untuk membayar harga yang lebih tinggi
pada masa hadapan. Bergantung pada kemampuan dan  kedudukan kewangan kita. Jika nak beli pastikan kita masih ada duit untuk perbelanjaan hidup sendiri; jangan sampai tak makan, terabai keperluan diri pula sebab semua duit dah banyak ke akaun beli rumah. 


No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com