Bila duduk di negara padang pasir ni kan, perkara yang paling dirindui
adalah pokok-pokok dan pemandangan hijau. Dulu masa ke Istanbul,
tourist guide kami beritahu ramai orang Arab suka datang Turki. Bagi
mereka, Turki ni 'syurga dunia'. Mana taknya, memang susah nak jumpa tempat dengan udara yang
nyaman yang segar kat tempat mereka melainkan pasir. Ada pokok; pokok hiasan 😁. Tapi tu dulu.
Sekarang banyak dah tempat yang orang dah explore, yang boleh kita lihat sebagai 'syurga dunia'.
Malaysia tak terkecuali. Syurga jugak tu; syurga makanan. 😁


Kalu diikutkan list dalam kepala ni banyak, paling-paling nak penuhkan list '7
Wonders of the World' tapi ada situasi yang membataskan Syue untuk
pergi semua tempat tu pada masa sekarang. Masa, kewangan. Takpa, slow-slow cik Syue; pasang
impian, kutip bonus Shaklee banyak-banyak, penuhkan tabung travel
.

Tak lama selepas Syue tulis impian Syue di FB kan, sepupu Syue tag Syue ini 👇.
Apa kau rasa? Tak tau nak rasa macamana. Tapi Syue macam happy sangat tau! Mesti orang fikir, poyo lah Syue ni; nama ja pun. Ey, walau belum sampai secara fizikal kat situ, NAMA sampai dulu pun dah cukup bagus tau. Moga dapat jadikan inspirasi Syue untuk pergi juga ke situ satu hari nanti.
Allah sendiri berfirman dalam al-Quran yang menggalakkan manusia
mengembara ke pelusuk dunia, sebab banyak perkara yang Allah suruh tengok kat
muka bumi ni. Bukan semata-mata ambil gambar dan beli belah saja. Jalan-jalan mengagumi indahnya ciptaan Allah dan ambil iktibar. Jadi yang tak
pernah 'keluar' tu, bawa-bawalah diri keluar dari tempat pertapaan. Sekali
kita keluar dari tempat pertapaan kita, lama-lama jadi ketagih tau. Ketagih nak tengok dunia luar. Pasang impian moga satu hari Allah permudahkan niat
kita.
No comments:
Post a Comment