Mula Februari, Syue mula sapu sawang blog ni. Banyak betul sawang haaa. Rupanya setahun tak update 😱. Dah apa aku buat sepanjang tahun lepas ah? Membazir masa banyak sangat ni. Berapa kali dah jalan-jalan haaa tapi belum berkesempatan nak update stori kat blog. Macamla banyak sangat berjalan. hahaha. Tiga tempat berbeza dah pergi sebelum ni; belum sempat nak update. Wahai kerajinan, cepatlah kau datang sementara memori masih ada ni. 😅
Kali ni Syue cerita secara ringkas dulu lah tempat berjalan yang 'jauh' dari Qatar. Cuti
sekolah tahun lepas, tahun 2016 (baca: cuti sekolah Qatar), kami balik kampung. Last balik Malaysia tahun 2014 masa bersalinkan kembaq. Mai Qatar depa dok dalam
bassinet. Masih jimat. Tapi balik kali ni dah ada seat sendiri! Hamek ko, 2
tiket terus tambah. Kiranya 2 tahun lebih jugak la tak balik. Bila lama tak balik plan kali ni nak jalan-jalan tempat sendiri; MELANCONG di MALAYSIA 🤗.
Dalam kepala ni banyak sangat tempat plan nak jalan. Memang nak singgah masuk setiap negeri. Tapi kita mampu merancang saja sebab merancang memang tak semudah melaksanakan. hahaha. Walaupun begitu, Alhamdulillah segalanya masih berjalan ikut jadual. Suami pun cuti sebulan saja. Jadi bayangkan betapa packnya jadual kami. Untuk setiap negeri tak sempat pun nak dok lama. Singgah sat-sat ja. Mula-mula kat Penang. Kami sempat pergi Bukit Bendera saja! 😅
Dok situ saja dah sepetang. Saya dah banyak kali jalan Penang ni. Ke Bukit Bendera pun, tapi untuk anak-anak ini pengalaman mereka yang pertama. Kesian pulak sempat satu tempat ja. haha. Tapi betul orang kata, nak cover Penang, especially bahagian pulau saja, hangpa memang kena tidoq buang semalam-dua. Banyak tempat nak kena cover oiii 😂
Esok-esok tu, kami bercadang nak balik rumah mentua di Melaka. Dalam perjalanan kami singgah masuk kat Selangor. Secara spesifik, ke Kidzania. Mmg niat lama dah kalau balik Malaysia nak bawak depa jalan sini. Maklumlah, sebelum ni dok bawak depa berjalan ke tempat yang ikut selera kami 😁. Seharian dok situ haa. Sampai tutup. Agaknya kalau Kidzania tu buka 24 jam silap-silap ambil pakej penginapan tidur situ haa. Kami laki bini pula yang boring apa tak boleh buat. Yelah, tempat budak-budak kan. Dan sempat juga pergi ke I-City, Shah Alam. Tu pun dah lewat dan rasanya tak cover semua tempat I-City tu. Nasib lah nak, kelam kabut betul. Sebenarnya banyak plan nak jalan-jalan di sebelah Selangor dan Kuala Lumpur ni. Banyak kot tempat tarikan pelancongan. Ada juga plan nak bagi anak-anak merasa naik LRT, Komuter, tapi tak sempat. 😭.
Seterusnya ke Melaka lah.
Melaka memang sedia maklum banyak tempat tarikan pelancong. Tapi nak pergi
tempat budak-budak suka lah kan, jadi kami pergi ke A-Famosa Resort tengok safari. Bagi depa kenal haiwan. Kesian dok Qatar takdak tempat nak tengok haiwan hidup. hehe. Seharian juga di situ, sampai keletihan lah masing-masing. Selepas tu kami ke Muzium 3D. Ambil-ambil gambar. Tempat-tempat lain dah biasa sangat pergi. Ops, abah mama yang dah biasa. Anak-anak belum pernah 😀. Lain kali lah anak-anak yer. Seperti mana Kedah, Melaka ni kan kampung abah depa. Alah, bila-bila boleh pergi lagi lah. hehe. Seminggu juga kami di Melaka. Lama tak balik kampung kan. Bagi anak-anak main dengan sepupu-sepupu depa. Jumpa saudara-mara yang sempat jumpa lah.
Lepas tu ke Johor Bahru; konpem ke Legoland lah. Haaa, macam lepas geram
gamaknya budak-budak ni; sekali bagi can masuk, semua depa nak main. Taman tema air ja tak masuk sebab tak bermalam di Hotel Legoland. Kalau
bermalam di situ ok jugak lah kan. Seharian kat situ. Letih oii, dengan panasnya. Kalau ikutkan depa ni, tak puas hati tu haaa. Budak-budak jumpa tempat macam tu mana kenal erti penat! Nanti-nanti lah pulak yer anak-anak, andai ada rezeki kita datang lagi. Sekurang-kurangnya dah tunaikan janji dengan depa nak bawa ke sini.
Selesai di Johor, kami ke Kuantan. Kenapa ke Kuantan? Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat yang pernah cari rezeki. Tempat Syue pernah kerja dulu haaa, jadi datang ke sini memang tak pernah miss dari nak jumpa kawan-kawan pejabat lama. Tak lama di Kuantan; satu malam sahaja. Seterusnya, ke Paka. Pun jumpa kawan jugak. Dan ibarat singgah ke sarang lama lah; tempat yang Syue mula-mula duduk selepas kahwin. Haa, very sentimental tau tempat ni. Satu malam juga di situ, seterusnya ke Kuala Terengganu. Kat Kuala Terengganu ni pun fikir mana lah nak pergi, sebab tempat ni pun Syue dah biasa. Tiba-tiba spontan ja decide nak ke Pulau Redang. Ke pulau ni tiada dalam itenerari kami sebab Syue tak berapa suka pulau..hehe..takut hitam! 😂 Tapi bila dah pergi kan, macam dah jatuh cinta pulak dengan pantai ni haaa. Cantiknya la
haaaiiii tempat ni. Pulau tercantik dunia kot. Dah tak kisah dah bab nak hitam. Lepas ni kalau balik Malaysia lagi memang kena buat pulau jadi acara tahunan lah;
tempat wajib singgah. Dua malam jugak kat situ. Kemudian, masuk Kelantan ke
Kota Bahru. Sempat satu malam saja kat situ. Sebab Syue nak try bersarapan kat tempat yang viral tu; Kopitiam Kita. Dapat merasa tu ka lega dah. Boleh balik dengan tenang. Lepas sarapan tu, terus kami gerak balik ke Kedah melalui Grik. Dah tak larat dah nak pusing-pusing KB. Lagipun ada tempat lain plan nak pergi kalau sempat sebab suami pun ada seminggu ja lagi sebelum balik ke Qatar.
Balik tu, anak-anak semua demam 😅 Tak sempat haaa nak jalan Langkawi ngan Padang Besar. Itu plannya. Ikut gila mak pak depa ka, memang haru. Main redah ja semua tu haaa. Hairan; jalan luar negara tak pulak depa demam. Ni jalan dalam Malaysia saja boleh demam. Nasiblaaa. Pengalaman berharga tu haaa anak-anak. Mohon hangpa ingat sampai besaq naaa.
Jadi, boleh la dikatakan kami ni pusing satu semenanjung kan. 3 negeri
saja yang tak masuk betul2, maknanya tak bermalam lah; Perlis, Perak, Negeri Sembilan. Kebanyakan negeri yang kami
pergi tu Syue memang plan nak jumpa kawan-kawan. Kawan-kawan lama. Untung ada kawan-kawan
kat setiap negeri haaa. Jumpak kawan-kawan ni laaa yang paling seronok. Tak
cukup sembang-sembang, masa singkat sangat. Moga ada rezeki untuk berjumpa lagi. Dalam tempoh bercuti ni, lebih kurang sebulan lamanya, ada dalam 5 hari rasanya kami ke Bandung. Itu bukan Malaysia. Jadi, Syue akan asingkan dalam entry yang lain. Ini summary untuk jalan-jalan dalam Malaysia sahaja.
Best experienced
ever. Harap boleh repeat lagi. Sabah Sarawak pulak ka next time. Lama jugak aim nak ke Sabah dan Sarawak. Harap-harap dapat pergi lah suatu hari nanti. Ada lagi tempat best; Cameron Highland, Bukit Tinggi, Pulau Pangkor, Pulau Tioman. Nak senaraikan memang panjang. Semua tempat nak pergi kot 😜. Pada rakan-rakan blog yang tak pernah berjalan tu kan, berjalan lah cari pengalaman. Terutamanya pengalaman untuk
anak-anak. Kalau tak cukup duit, tak payah fikir nak jalan luar negara
sangat lah. Malaysia pun banyak sangat kot tempat best nak kena pegi. Yang paling
best banyak tempat nak makan, betul? Ada orang sayang duit untuk berjalan-jalan. Membazir kata mereka. Tapi pengalaman tu sendiri; tak ternilai.
Allah telah berfirman di dalam Al-Quran dan menggalakkan umat manusia supaya berkelana ke setiap pelusuk dunia. Malah ada lebih daripada satu ayat di dalam Al-Quran yang menyebut perkataan "berjalanlah" atau "mengembaralah" di muka bumi. Jadi, nak duduk rumah saja ka?
Allah telah berfirman di dalam Al-Quran dan menggalakkan umat manusia supaya berkelana ke setiap pelusuk dunia. Malah ada lebih daripada satu ayat di dalam Al-Quran yang menyebut perkataan "berjalanlah" atau "mengembaralah" di muka bumi. Jadi, nak duduk rumah saja ka?
No comments:
Post a Comment