Kejayaaan Sebagai KPI seorang Hamba Tuhan

syuesalim | March 30, 2017 | 0Komen |
Kejayaan adalah tujuan utama setiap orang di dunia. Untuk kita yang beragama Islam, kejayaan bukan saja apa yang dicapai di dunia malah merangkumi persediaan untuk meraih kejayaan di akhirat nanti. Seperti dalam bidang pekerjaan, kita ada KPI untuk kita capai. KPI adalah sebagai kayu pengukur kepada sesuatu pencapaian. Dengan KPI, ia membantu kita untuk lebih fokus, ada target. Sama seperti dengan hidup kita. Jika kejayaan dalam apa jua menjadi KPI kita, jadi apa usaha kita ke arah kejayaan itu? 


Jangan lupa pada Allah. Beribadahlah dengan benar dan telus. Ia adalah asas daripada niat yang kita lakukan. Siapapun yang inginkan kejayaan, kena sentiasa memperbaiki ibadahnya sebab Allah dah janji akan tolong orang yang ibadahnya baik dan bernilai.
Berakhlak baik; kepada Allah dan sesama manusia kerana akhlak yang baik adalah bukti daripada ibadah yang benar dan betul. Jujur, menepati janji, ramah dan lemah lembut, melaksanakan amanah adalah antara sifat-sifat akhlak yang baik.
Jangan jemu belajar. Belajar dari alam, belajar dari buku, belajar dari pengalaman, belajar dari kesilapan, kerana ilmu sentiasa berlegar disekeliling kita. Hanya ilmu pengetahuan yang boleh membawa kita kepada kejayaan.
Mesti bekerja kuat dengan cerdas dan ikhlas. Kerja kuat mesti ada gabungan fizikal dan spiritual. Hanya ini yang dapat bawa kita pergi lebih jauh.
Bersahaja dalam hidup. Maksudnya bukan membiarkan diri menerima keadaan hingga sanggup hidup dalam kemiskinan tetapi mampu untuk mengendalikan diri supaya tidak menjadi hamba kepada keinginan dan hawa nafsu.

Jadi, dalam apa jua pun yang kita buat, jika kita tekun, fokus, tertib, bersungguh-sungguh dalam mencapai apa dihasratkan, dengan izin Allah akan menghasilkan kejayaan. 

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com