Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang, tak mustahil ada di antara ahli keluarga kita akan kena demam. Bermula dari sedikit selsema, batuk seterusnya demam. Kalau anak-anak Syue, sebelum bertemu vitamin untuk kanak-kanak, kebiasaanya kalau diserang demam mesti berpunca dari sakit tekak atau ulser dalam mulut. Mungkin orang lain, lain puncanya. Yang penting, kita tahu bagaimana hendak mengawal demam dari terus melarat.
Demam bukanlah penyakit. Demam merupakan satu tindak balas normal badan terhadap jangkitan. Ianya memberi tanda bahawa badan anda ada jangkitan kuman @ virus. Suhu biasa badan adalah dalam lingkungan 36.5°c - 37.5 °c. Sekiranya lebih, maka demam lah orang itu. Demam ini boleh lega tanpa rawatan. Ini menunjukkan sistem imunisasi badan berjaya tangani jangkitan. Melainkan demam panas; maka rawatan segera diperlukan bagi mengelakkan risiko penyakit lain hinggap.
Tanda-tanda demam
- Badan panas bila disentuh
- Pernafasan meningkat
- Muka jadi merah
- Tidak aktif& sentiasa rasa nak tidur
- Tiada selera makan
Seperti yang Syue sebut tadi, demam tidak perlu ubat pun melainkan demam panas. Ada beberapa perkara yang kita perlu amalkan @ elakkan ketika demam. Berikut adalah tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan demam.
♢ Tak kira kanak-kanak ataupun dewasa, amalkan memulakan mandi dari kaki, baru naik ke kepala.
♢ Tuam dengan air suam. Guna tuala yang dibasahkan dengan air suam, letak di dahi, leher, bawah lengan. Berendam dengan air suam boleh bagi demam turun dengan cepat.
♢ Elakkan berselimut dan memakai pakaian tebal. Ini kerana udara tubuh yang panas yang tidak boleh keluar hanya akan menyebabkan suhu meningkat dengan cepat & mendorong kekejangan.
♢ Elakkan kafein kerana kafein hanya membuatkan badan cepat kering.
♢ Makan makanan bernutrisi kerana ianya membantu meningkatkan daya tahan tubuh. Jadi demam akan cepat turun. Pilih makanan yang mudah dicerna seperti bubur.
♢ Mengambil madu sebagai tenaga segera. Kerana madu bagi kesan antimikrob iaitu menghalang pembiakan kuman. Ia juga memiliki daya antiseptik & vitamin C yang tinggi.
♢ Banyak makan buah-buahan, terutamanya buah yang mengandungi banyak air, seperti oren, epal, belimbing. Buah-buahan juga kaya dengan vitamin yg akan meningkatkan daya tahan tubuh dan sekaligus membantu mencepatkan proses pemnyembuhan.
♢ Tidur dan rehat yang mencukupi akan memberi kesempatan pada tubuh untuk menghasilkan antibodi dan melawan virus dengan efektif. Kurangkan aktiviti. Pada mereka yang bekerja, sebaiknya ambil cuti rehat.
♢ Satu kajian di Australia menunjukkan, semasa dalam tekanan, sel-sel darah putih akan mengeluarkan satu neurotransmitter iaitu satu bahan kimia yang merencatkan sistem pertahanan tubuh. Jadi, jangan mengeluh @ rasa tertekan! Mengeluh hanya melambatkan penyembuhan.
♢ Amalkan pemikiran psikologi berbalik (reverse psychology) untuk rawat demam. Contoh: katakan pada diri anda, demam ni hanya beberapa hari saja, selebihnya anda sihat! Dicadangkan bertenang, tarik nafas, lepas secara perlahan, bagi membantu meningkatkan kapasiti oksigen yang masuk ke dalam paru-paru untuk dihantar ke kawasan tubuh & sendi yang sakit. Be positive!
Adalah lebih baik cegah dari rawat, walaupun ianya sekadar demam. Bila dah berlaku, mungkin kita tiada pilihan selain dari mengambil ubat untuk menyembuhkan. Syue sendiri Alhamdulillah dah lama tak kena demam sejak mengamalkan vitamin Shaklee. Jika ada rasa macam nak demam, Syue cepat-cepat ambil 3 rakan baik ni.
~ Nutriferon
~ SR Vitamin C
~ OmegaGuard
~ SR Vitamin C
~ OmegaGuard
Alhamdulillah dengan izin-Nya demam yang hampir-hampir nak singgah pun tak jadi nak singgah.
Jadi, selamat mencuba tips-tips di atas!
Sebarang
pertanyaan atau ingin membuat pembelian rangkaian produk Shaklee,
hubungi
Syue di sini.
Konsultasi
dan panduan PERCUMA bagi yang mendaftar dengan Syue ya!
**Produk ini tidak bertujuan untuk
mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
No comments:
Post a Comment