Memiliki kulit yang cantik memang menjadi idaman wanita.
Siapa tak mau kulit cantik kan? Seronok
kan kalau kulit muka tiada sebarang masalah; tidak berminyak, berjerawat, tidak
kering. Tidak perlu berhabisan nak beli pencuci atau alat solek paling mahal.
Cukup dengan pencuci muka biasa dan bedak kompak biasa saja. Semulajadi
berkulit cantik dan tiada masalah memang satu bonus.
Apa sebenarnya patut kita buat untuk memastikan kulit
kita ni sentiasa ‘glow & flawless’ ? Tak cantik, berkulit gelap, tak
mengapa asalkan kulit muka lembut dan bersih. Seronok kan kalau kulit macam kulit bayi. Bukan senang tau
nak kekalkan yang itu. Di sini saya kongsi beberapa tips bagaimana nak
melindungi & kekalkan kecantikan kulit sehari-hari.
Untuk kecantikan kulit luaran:
Basuh muka pada waktu malam
Sepanjang hari kulit
muka diselaputi dengan alat solek, debu,
habuk. Gunakan make-up removal jika perlu unatuk mengelakkan pori-pori kulit
tersumbat. Basuh muka dengan pencucui muka yang betul. Jadikan ini sebagai ruti
sebelum tidur
Gunakan toner, pelembab yang sesuai dan skrub muka seminggu sekali
Penggunaan rangkaian pencuci muka yang bersesuaian dapat
menjamin kulit sentiasa dalam keadaan bersih.
Skrub mungkin agak renyah tapi ia dapat membuang kulit mati yang ada di muka. Jika diamalkan secara disiplin, kulit muka mungkin sukar untuk mengalami masalah seperti
jerawat.
Lindungi kulit dari matahari
Guna setiap kali anda bercadang untuk keluar dari rumah.
Sapuan nipis dapat mengelakkan kulit rosak akibat pancaran matahari. Ingat,
sunburn hanya mengambil masa 15minit yer. Tak mustahil kalau kita lihat orang
yang melancong, balik melancong jer mesti gelap gelita. Hehe.
Untuk kecantikan kulit dari dalam:
Minum banyak air
Pastikan minum 8 gelas & lebih air kosong sehari kerana
air boleh buat kulit kita berseri. Bagaimana? Dengan banyak air, badan mudah
menyingkirkan toksin dengan cepat. Kalau
dah tak boleh sangat minum air kosong, minum teh herba, teh ajaib atau minuman
yang tidak berkafein.
Makan makanan berkhasiat
Makan makanan tinggi protein dah buah serta sayuran yang
tinggi nutrisi. Amalan secara berterusan boleh buat kulit muka lebih berseri. Masukkan
juga omega-3 (biasa terdapat dalam ikan & walnut) dalam pemakanan seharian.
Lebih mudah jika amal pengambilan omega-3 ini. Jangan lupa vitamin C (biasa
dalam buah-buahan sitrus & bayam) kerana boleh memulihkan jerawat sedia
ada.
Kurangkan gula & garam kerana garam berlebihan boleh
membuatkan muka anda nampak sembap.
Senaman
Senaman boleh melancarkan aliran darah seterusnya kulit muka
akan rasa lebih segar. Kesan boleh nampak segera atau dalam jangka masa panjang.
Ia juga bagus untuk kesihatan badan dan dapat buatkn badan lebih bertenaga.
Ambil vitamin
Jika bimbang badan tidak cukup zat, boleh ambil vitamin
sebagai pelengkap. Kulit juga memerlukan vitamin. Penting untuk kita bagi kulit
cukup vitamin sebab bukan sahaja kita mahu badan yang sihat, semestinya kulit yang sihat juga kan. Guna vitamin yang sesuai untuk membantu kulit tu sihat dari dalam.
Jika saya, suka saya cadangkan set ini untuk kulit cantik.
Set ini mengandungi:
Setiap satunya mempunyai peranan masing-masing dalam membentuk kulit yang cantik, berseri dan sihat. Ada yang dapat hasil serta merta dan ada juga yang megambil masa agak lama. Bergantung kepada kulit masing-masing. Yang penting konsisten amalkan pengambilan vitamin dan tips-tips yang saya beri. Untuk pembelian set ini, boleh klik di bawah.
Belum menjadi AHLI?
Daftar segera sebagai AHLI SHAKLEE
dan nikmati PENJIMATAN 15%-25%
untuk pembelian produk SHAKLEE
No comments:
Post a Comment