SATU Cara Utama Tangani Stress Untuk Hidup Lebih Tenang

syuesalim | March 01, 2015 | 0Komen |
Percaya atau tidak kalau Syue katakan punca seseorang mengalami tekanan atau bahasa mudahnya; STRESS, berpunca dari sifat semulajadi yang dimilikinya?

Syue bagi contoh:
1. Tiap-tiap tahun acara pecut 100m, mesti aku juara. Ada budak baru masuk sekolah, tiba-tiba dia pecut lagi laju dari aku. Rampas title yang selama ini aku pegang. Rasa apa? STRESS!
2. Anak-anak lompat-lompat atas katil baru kemas...argh...STRESS!
3. Eh, laki aku lagi kaya dari dia, sebab apa dia boleh tukar perabot tiap-tiap bulan?? Perasaan? STRESS!
4. Alamak, anak aku nak exam esok...dah la tak tengok langsung dia stadi..argh...STRESS!
5. Eleh...tunjuk baik dekat bos konon...macamla dia tu bagus sangat dari aku!..aku STRESS!

Cukuplah banyak tu Syue bagi contoh. Bagi banyak banyak Syue pulak yang stress. haha.

Tapi cuba lihat, bukankah semua tu timbul dari sikap kita sendiri?


Kita tidak boleh terima kekalahan, nak kita jer menang. Perasaan kalah tu dah buat kita tertekan.
Kita terlalu mementingkan kesempurnaan. Sedikit ja kecacatan buat kita betul-betul terganggu.
Kita tidak boleh lihat orang lain senang @ lebih dari apa yang kita ada.
Kita terlalu  risau berlebih-lebih. Biasanya kita akan memikir kesan negatif yamg mungkin berlaku.
Kita suka bersangka buruk dan iri hati pada kelebihan orang lain, hasilnya, sendiri mengalami tekanan.

Walaupun faktor semulajadi boleh menjadi punca kepada tekanan/stress pada diri sendiri, kita tidak harus membiarkan sifat ini terus mengawal diri kita. Sebolehnya kita berusaha untuk cuba tenangkan diri, kawal diri, bersihkan hati dan jiwa supaya hidup kita lebih tenang. Yang penting kita kena banyakkan ilmu dan pengetahuan untuk menguruskan stress, terutamanya stres yang membawa kesan negatif.

Ya, stress ada juga kesan positif. Tapi kita lebih banyak membiarkan perasaan negatif itu mengawal perilaku kita. Asal stress saja, nak marah, nak mengamuk, nak menangis. Lebih teruk sikit ada yang sampai hilang selera makan, tak boleh tidur, kesihatan merosot, prestasi kerja pun terjejas sama. Ada yang lagi teruk, sampai nak bunuh diri. Nauzubillah. Kenapa tidak kita jadikan stress tu sebagai satu pemangkin untuk kita lebih positif dalam hidup kita.

Cuba kita tukar persepsi; tekanan atau stress ini bukanlah satu masalah besar sangat pun dan boleh diselesaikan. Jadikan ia sebagai satu galakan untuk lebih berjaya. Tanpa tekanan, mungkin kita kadang-kadang leka dengan keadaan sekeliling yang tidak mendorong kita untuk berjaya. Orang yang malas adakalanya memerlukan tekanan untuk 'tolak' dirinya untuk bangkit berubah dan berusaha dengan lebih gigih.

Tekanan juga menyumbang kepada peningkatan amalan ibadah kita. Bagaimana? Mungkin sebelum ni kita kurang berhubung dengan Maha Pencipta, buat kerja tidak bermatlamatkan redha Allah, maka segala kerja yang kita buat dirasakan sia-sia dan tekanan melanda diri. Maka, apa-apa kembali kepada Allah. Buat kerja dengan tenang, lillahi Taala, yakin akan dapat balasan dan ganjaran baik daripada-Nya, maka diri akan jauh dari stress yang negatif. InsyaAllah.

Syue nak bagitau SATU cara yang betul-betul boleh buat kita tangani stress negatif dan dapatkan hidup yang tenang. Nak tahu macamana? Cuba tengok video ni dulu, apa cik kak ni pesan.




Dah dapat apa cara utama tu? BERSYUKUR!..ya bersyukur...sangat mudah...

"...dan Allah akan memberi balasan dan menambah nikmat-Nya kepada orang-orang yang bersyukur"
Surah Ali Imran:144

"Aku hari-hari bersyukur, tapi kenapa hidup masih begini, asyik stress saja?" 
Maknanya, anda belum bersyukur.

Bersyukur bukan sekadar kata-kata. Ia lebih kepada rasa terima kasih dan penghargaan di atas pemberian dari Maha Kuasa, tak kisahlah bagaimana kecil atau besar nya pemberian itu. Tak kisahlah sihat, sakit, senang, sedih, panas, sejuk. Apa-apa situasi pun, belajar bersyukur. Bila kita dah boleh rasa bersyukur, kita sendiri boleh rasa kejayaan diri kita dan percayalah kejayaan lebih besar akan menanti. 


Bagaimana nak kaitkan dengan situasi STRESS di atas tadi? Cuba tukarkan kepada mode 'bersyukur'. Takpun cuba kita apply pada diri kita sendiri. Banyak bersyukur, memang tak sempat nak stress. Percaya lah, memang akan jadi yang baik-baik saja.

"...dan ingatlah tatkala Tuhanmu berjanji kepadamu: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-ku kepadamu"
Surah Ibrahim:7

Bersyukur adalah alat pembuka rezeki dan nikmat yang lebih banyak. Jadi, selepas ini, banyakkan BERSYUKUR, elakkan diri dipengaruhi dengan stress negatif, elakkan mengeluh, nikmati betul-betul kehidupan kita. Buat Jurnal Kesyukuran supaya kita tidak lupa apa yang perlu syukurkan hari-hari.

Jom sama-sama ya! ;)

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com