Kenali Punca Dan Cara Atasi Keletihan Serta Mengantuk Yang Melampau

syuesalim | March 20, 2015 | 0Komen |
Pernahkah situasi begini berlaku; 
- Di dewan kuliah, sedang asyik je dengar syarahan pensyarah, badan statik tapi mata pejam. Tersedar pun bila kawan sebelah cuit atau kena panggil dengan pensyarah suruh jawab soalan. Dah satu dewan gelakkan kita.
- Di pejabat, muka kita mengadap komputer tetapi mata pejam, tahu-tahu kepala terhantuk kat meja. Bila sedar, liar jer mata mencari; tengok kiri kanan kalau-kalau ada orang perati. Kalau takdak, legaaa. Nasib tak baik, aksi dah kena rakam. Adoi!

Tabiat begini sebenarnya menganggu urusan harian kita. Juga memalukan. Tidak kira lah kita ni sebagai pelajar atau pekerja, jika tak dapat tangani secara bijak, lama kelamaan akan buat individu itu rasa rendah diri dan boleh menjejaskan prestasi sama ada dalam pelajaran atau karier.  

Syue pun sebenarnya agak hebat bab letih dan mengantuk ni. haha. Memang tak tahu mana datang keletihan ya amat sangat tu. Orang kata minum kopi, nescafe boleh hilangkan mengantuk. Tapi tak menjadi pada Syue. Tanyalah kawan-kawan sama belajar, sama pejabat; Syue dan terlelap memang sinonim. haha.

Kalaulah Syue jumpa penawar seperti cik kak ni dari awal...





Apa punca yang menyebakan keletihan dan mengantuk yang amat sangat ni? Di sini Syue kongsikan punca dan seterusnya cara untuk kita atasi masalah ini. Kita sama-sama belajar keluar dari belenggu keletihan & kemengantukan ini.

Kurang Tidur
Memang ketara sangat yang kita ni kurang tidur. Dewasa patut tidur 7-8 jam setiap malam. Jika tidak, boleh bagi kesan negatif pada kosentrasi dan kesihatan.
Cara atasi: Masukkan agenda 'tidur' ini dalam skedul harian kita. Jadikan ia sebagai keutamaan. Yang penting, haramkan gajet dalam bilik tidur anda; tv, laptop, komputer, telefon bimbit.

Kurang Makan
Makan sikit sangat boleh sebabkan keletihan, tapi makan makanan yang tak betul pun boleh jadi masalah juga. Makanan yang seimbang nutrisinya membantu mengekalkan kandungan gula dalam darah kita. 
Cara atasi: Pastikan tidak tinggal sarapan. Cuba masukkan protein dan karbo kompleks dalam setiap meal. Contoh, roti wholemeal & telur. Dalam selang masa antara setiap meal tu, boleh makan snek untuk tenaga yang berterusan.

Lebih Kaffein
Kafein boleh menggalakkan tumpuan dan kepekaan kita terhadap sesuatu tugas sekiranya diambil dalam kuantiti sederhana. Tapi, pengambilan secara berlebihan boleh meningkatkan kadar denyutan jantung, tekanan darah dan rasa gugup. 
Cara atasi: Kurangkan atau elakkan terus minuman yang mengandungi kaffein seperti kopi, teh, nescafe, minuman ringan. Jika anda peminum tegar, lakukan secara perlahan-lahan dan berperingkat. Berhenti secara mendadak hanya akan buat badan akan jadi lebih letih. Di sini nampak pentingnya peranan teh ajaib. Walaupun ianya teh, tapi bukan sebarang teh tau. Bebas kafein bebas steroid. Macam kakak dalam video di atas tu.

Kurang Air
Keletihan boleh jadi tanda-tanda kita kurang air. Tak kira lah kita berada di luar atau di dalam pejabat, tak perlu nak tunggu sehingga sangat dahaga baru nak minum ye. Bila kurang air, secara automatik badan jadi letih dan kita akan rasa mengantuk.
Cara atasi: Minum sepanjang hari supaya warna urin jernih kerana badan kita memerlukan cukup air untuk berfungsi dengan sempurna. 

Kurang Senamam
Jika ada  mengalami keletihan yang tidak berkaitan dengan penyakit, mungkin disebabkan kekurangan stamina. Ada kajian mendapati, seseorang dewasa yang sihat tetapi mudah letih boleh mendapatkan kembali staminanya melalui program kecergasan.
Cara atasi: Buat senaman yang sesuai seperti berbasikal. Lakukan selama 20 minit. Jadikan sebagai rutin 3 kali seminggu. Mungkin cukup untuk mengatasi masalah keletihan sedia ada.

Ada permasalahan keletihan dan mengantuk adalah disebabkan oleh penyakit seperti apnea tidur, anemia, diabetes, hypothyrodism dan beberapa penyakit lain yang memerlukan anda mengambil ubat-ubatan atau terapi perubatan. Seeloknya dapatkan nasihat doktor dan mereka lebih tahu bagaimana penyelesaian terbaik kepada masalah kita.

Jadi, cubalah kaji mana-mana punca yang berkaitan. Dah kaji cuba atasi dengan cara yang dicadangkan. Tidaklah selalu asyik terhantuk kepala di meja kan. Moga kita lebih fokus dalam kerja kita. Yeay!

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com