
" Isteri saya memang tak suka saya tolong. Dia suka buat sendiri "
" Saya tak pandai lah buat kerja rumah ni...saya tak biasa "
" Kalau saya tolong, lagi huru-hara. Baik tak payah tolong "
Bila Syue tengok video ni, gelihati rasa. Terubat rasa. Sebab apa yang beliau cerita sama seperti yang Syue alami. Ingat Syue sorang je gini. Rupanya ada geng. haha.
Bab buat kerja rumah ni, percaya tak Syue cakap, boleh jadi perang besar tau kalau tak pandai handle. Yerlah, isteri buat kerja rumah; dari masak, mengemas, urus anak-anak sampai kadang-kadang nak sikat rambut pun tak sempat (dahsyatnya..haha), tapi suami balik kerja, makan, lepak tgk Whatssapp, tengok FB. Membara tak hati isteri tengok. Encik Suami, ai tak kata kat u tau...u bagus..rajin...hahaha...
Orang perempuan yang dah berkahwin ni, akan ada satu perangai yang mana dia nak rumah & penghuni rumahnya terurus, teratur, terjaga; anak-anak elok makan pakai, ruang tamu bilik tidur kemas, masak sedap...kan? Dan seboleh-bolehnya semua nak buat sendiri nak buat serentak! Tapi suami, dah tahu isteri ada 'bakat semulajadi' begitu, takkan sanggup tengok saja isteri buat semua kan. Boleh tolong kot apa yang patut.
Jadi, untuk mengelakkan rumahtangga goyang disebabkan hal begini, apa kata kalau kita ambil tindakan supaya bukan saja suami boleh tolong kita buat kerja rumah, malah dapat mewujudkan kesefahaman sesama sendiri. Di sini Syue kongsi beberapa tips bagaimana suami boleh bantu anda buat kerja rumah.
1.Beritahu apa yang kena buat
Buat senarai kerja untuk seminggu dan nyatakan siapa yang perlu buat tugas ini tugas itu. Beri keutamaan pada tugas yang selalu dibuat. Tentukan siapa yang kena buat supaya kita tahu yang mana tugas yang hanya melibatkan suami sahaja, kita sahaja atau kedua-duanya.
Contoh tugas-tugas yang biasa dibuat: memasak, basuh baju, basuh tandas, kemas seluruh rumah, berkebun, bayar bil, bawa anak-anak beriadah
2. Senaraikan tahap 'kepayahan' tugas
Bila buat senarai, ambil kira sejauh mana susahnya kerja itu, berapa lama satu-satu kerja boleh siap dan berapa kerap perlu buat. Contoh, cuci lantai. Boleh jadi tugas yang agak susah pada suami kalau cuci lantai merangkumi menyapu, memvakum, mengemop. Bila nak minta tolong suami, apa kata cadangkan dia bagaimana nak buat supaya masa menyiapkan setiap tugas jadi pendek, tak buang masa, tak meletihkan, seperti cadangkan pencuci yang berkesan & selamat. Kalau di rumah ni, kami buna Basic H jer. Suami tak payah menyental bagai, kerja siap cepat tau! :) Kalau dah elok, tak perlu hari-hari.
3. Buat imbasan senarai

4. Minta & beri tolong
Jangan nak berharap suami boleh baca apa yang anda fikir ye. Tak minta tolong, mana dia tahu kita perlukan pertolongan dan kita pun tak tahu sejauh mana dia boleh tolong. Lainlah kalau suami anda psikik. hehe. Tapi isteri ni kadang-kadang malas nak cakap, jenis yang tak sampai hati. Jadi, kalau dah tengok isteri susah payah sorang-sorang, apa kata anda tawarkan pertolongan. Tak jatuh ego seorang lelaki tolong isteri buat kerja rumah pun kan.
5. Kerja berpasukan
Bahagi tugas supaya anda dan suami sama-sama buat kerja.
Contoh: isteri memasak, suami basuh pinggan. Isteri basuh baju, suami sidai baju. Isteri menyapu, suami mengemop. Ada yang dah buat begini? Senang kerja kan?

Anak-anak kena diajar dari kecil bagaimana nak buat kerja rumah, yang paling asas. Contohnya di mana nak letak baju terpakai, gantung tuala, kemas katil, kemas mainan sendiri. Kadang-kadang mereka suka tengok kita buat kerja yang agak berat sikit, macam vakum karpet, basuh pinggan. Jadi mereka pun nak buat juga. Jangan halang. Bagi peluang. Bila tugas-tugas begini dibiasakan, lama kelamaan akan jadi tabiat; mereka sendiri akan buat tanpa disuruh. Jadi, sebahagian dari kerja mengemas kita dah siap, kan.
7. Perkhidmatan mencuci rumah
Jika anda dan suami bekerja, dan anda juga berkemampuan, apa salahnya ambil orang cuci rumah secara mingguan. Hari-hari biasa anda bekerja, dan hujung minggu, barulah berkelapangan nak rehat. Tapi, takkan lah asal hujung minggu je kena operasi besar-besaran cuci rumah kan. Bagi masa untuk diri dan suami juga. Serahkan hal-hal mencuci rumah pada mereka. Anda suami isteri bersuka ria dengan anak-anak, bila balik, rumah pun dah cantik dan kemas.
8. Jadi fleksibel dan sabar
Mungkin ambil masa nak jadikan tabiat baru sebagai satu rutin. Suami yang tak pernah buat kerja rumah sepanjang hidup dia mungkin alami kesukaran dalam mengingat kerja-kerja rumah. Jadi, sebagai isteri kena banyak sabar, dan biasakan mengingatkan suami tentang kerja-kerja yang disenaraikan. Lama-kelamaan, suami akan biasa. Dan, jadi fleksibel. Kalau suami buat tugas dan hasilnya tak seperti yang anda nak, pejam mata ja dulu. Sekurang-kurangnya dia dah tolong anda buat kerja kan. Bagitau macamana yang anda nak supaya dia boleh perbaiki di masa hadapan.
9. Berterima kasih

Jadi, amalkan lah tips-tips di atas. Mana tahu, selepas ini isteri anda tidak lagi melampir bagai tarzan atau berubah jadi kuntilanak dek kerana kepenatan buat kerja rumah sorang-sorang kan. Suami isteri sebagai 2 individu dalam rumahtangga perlu jalankan peranan masing-masing dengan baik bagi memastikan keharmonian institusi keluarga.
Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment