'Mencegah lebih baik dari mengubati'. Biasa kan kita dengar ayat-ayat hikmah begini. Dah tu apa kaitan dengan entry Syue kali ni? 'Rawat jerawat lagi mudah dari rawat parut jerawat'. Setuju kan dengan Syue? Tiada siapa suka parut jerawat. Nak hilangkan parut tu sebenarnya lagi susah dari nak hilangkan jerawat. Jerawat secara semula jadinya boleh dirawat menggunakan bahan yang mengandungi bahan anti-keradangan atau antibakteria tapi parut jerawat nilah yang sedikit degil. Memang akan ambil masa untuk hilangkan bergantung pada tahap mana parut jerawat kita lah kan. Tapi tak mustahil. Konsisten amalkan kaedah atau bahan tertentu mungkin sedikit sebanyak dapat memudarkan atau mana tahu boleh hilang terus.
Kedudukan kolagen dalam kulit |
Syue akan mencadangkan beberapa cara untuk menghilangkan parut jerawat. Sebelum tu, cuba lihat video kakak ni yang ada masalah jerawat. 7 tahun! Lama tu jerawat & parut jerawat beliau bertapak di mukanya. Lihat apa yang beliau buat sehingga dapat kembali kulit muka yang cantik.
Ada bebrapa cara anda boleh buat untuk membuang parut di muka menggunakan bahan semulajadi.
1. Lemon
Benda yang paling senang nak dapat adalah lemon. Kandungan Vitamin C dalam lemon membantu pembentukan semula kolagen. Lemon bertindak sebagai peluntur semulajadi. Bila kita amalkan, parut akan semakin pudar hari ke hari. Lemon juga bertindak sebagai ejen pemutih. Asid lemon ini bertindak mencerahkan parut dengan cepat. Jus lemon juga membantu mengurangkan kemerahan. Jadi, bagaimana nak guna lemon ni? Perah ambil jusnya, sapu di muka, biarkan dalam 10minit, kemudian cuci. Mudah sangat kan? Lakukan ini setiap hari untuk 3 minggu dan lihat sendiri kesannya. Jadi, selepas ini, pastikan lemon sentiasa ada dalam peti sejuk yer.
Tomato mempunyai bahan antioksidan iaitu lycopene yang membantu menjadikan kulit lebih cantik. Jika mengamalkan memakannya akan boleh melindungi pigmentasi kulit. Jika diamalkan di kulit muka berparut pasti lama-kelamaan akan pudar. Seeloknya seiring untuk hasil yang lebih cepat. Tomato dipotong nipis, dan secara perlahan sental ke kulit kita sehingga anda rasa kering. Ulang dengan kepingan yang lain dan buat cara yang sama. Biarkan sehingga jus tomato meresap ke kulit muka kita. Lakukan secara konsisten 3-4 kali seminggu untuk 1-2 bulan bergantung pada tahap parut kita.
Terkenal dalam perubatan kulit, aloe vera bukan hanya melembutkan kulit tapi ia juga membantu membina semula sel tisu yang rosak dalam proses penyembuhan. Lebih elok jika dapat guna lendir dari daun aloe vera itu sendiri berbanding produk yang mengandungi aloe vera. Mudah saja; buang selaput luar yang berwarna hijau & kita boleh tengok ada lendir yang keluar. Ambil lendir tu, sapu di muka, biar setengah jam ke sejam, kemudian bilas. Amalkan 2 kali sehari dan boleh nampak kesan dalam beberapa hari. Bukan saja parut pudar, kulit kita pun bertambah tegang.
4. Minyak zaitun
Minyak zaitun boleh dikatakan sebagai minyak yang sangat baik untuk kulit kerana mengandungi banyak vitamin termasuklah vitamin A,B,E,C,B1 dan B2, iron dan antioksida. Komponen anti-radang dalam minyak zaitun juga membantu menghilangkan parut. Bagaimana caranya? Ambil sedikit minyak zaitun, secara perlahan sapu di kulit muka, terutamanya parut jerawat. Urut rata sehingga kita rasa minyak tu menyerap masuk dalam kulit. Kemudian ambil tuala bersih, rendam dengan air suam. Letakkan di muka untuk dapatkan wap panas suam tu. Selepas 1-2minit, bilas dengan air biasa.
Vitamin E telah dikenalpasti sebagai vitamin yang sangat bermanfaat untuk kulit. Ia boleh melembapkan kulit, dan boleh menjadikan parut pudar. Ada satu teori berkaitan dengan vitamin E dan keberkesanannya dalam mengurangkan parut jerawat. Vitamin E menyokong Vitamin A dalam badan. Bila kita ambil Vitamin E, biasanya wujud dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, fat dalam badan menyerap vitamin E ini. Seterusnya 'bekerjasama' dengan vitamin A sedia ada dalam badan untuk membekalkan kulit yang lebih lembut, mengelakkan kulit kering dan mencegah jerawat. Dah lihat kan apa yang kakak di atas amalkan? Memang wajar beliau amalkan vitamin E untuk dapatkan balik kulit yang gebu. Jadi apa boleh dibuat dengan vitamin E ini? Stim muka supaya pori-pori muka terbuka. Letak bebrapa titik minyak Vitamin E. Atau jika ada dalam bentuk kapsul, keuarkan dari dalam kapsul tu, sapu di tempat berparut. Sapu secara perlahan sekitar 10 minit sehingga kita rasa minyak tu menyerap masuk kulit. Biar dalam 20 minit, kemudian bilas. Buat hari-hari.
Kesemua tips di atas memerlukan kesabaran dan disiplin. Tak boleh la nak harapkan amal sehari dua terus nak hilang kan. Ianya bergantung kepada kulit sesorang juga. Ada yang beri tindakbalas sangat cepat, seawal seminggu dah nampak hasil. Alhamdulillah. Ada yang amal 3-4 bulan baru berhasil. Apa-apa petua sekalipun, jika diamalkan secara konsisten, biarpun ambil masa yang lama, hasilnya pasti berbaloi.
No comments:
Post a Comment