Chicken Pox: Cegah Dari Awal Sebelum Parutnya Menghantui Kita Seumur Hidup

syuesalim | March 24, 2015 | 0Komen |
Pernah dengar chicken pox? Bukan chicken chop eh. Chicken chop sedap. haha. Chicken pox ni orang belah utara panggil campak besar. Orang dulu-dulu kata, chicken pox ni hanya serang sekali seumur hidup. Dan, kalau ada parut besar tinggal di kulit, chicken pox tu tak singgah dah ke kita. Macam lawak je bunyinya. Tapi orang dulu-dulu berkata dari pengalaman. Sebab Syue pun pernah kena chicken pox, ada 1-2 kesan parut yang agak besar jugak dan Syue kena sekali tu ja. Haa, kan ada bukti yang menyokong kata-kata orang lama tu. haha. Tapi, mesti ada sebab orang-orang tua cakap macamtu.


Secara saintifiknya, sekali kita kena chicken pox, badan kita akan menghasilkan antibodi dan jadi imun terhadap serangan tersebut. Sebab itu orang kata sekali datang dia tak akan datang dah bila-bila. Memang tak salah kata-kata orang lama ni kan. Tapi yang paling menakutkan bab chicken pox ni, parutnya. Lagi-lagi kalau pengidap chicken pox tu orang dewasa. Yerlah, orang kata baik kena pada waktu kecil. Kulit kanak-kanak kan cepat berganti baru. Kena waktu dewasa? Kulit orang dewasa bukan tahap 'bersalin kulit' dah. Lagipun, nak membesar mana lagi kita ni, ye dak. Risau betul kalau kekal selamanya 'kawah-kawah' tu.

Nak hilangkan parut chicken pox bukan ambil masa sehari dua saja. Makan hari, malah minggu. Kalau bekerja yang memerlukan jumpa pelanggan, segan, rasa rendah diri pun ada kan. Kakak ni kena masa beliau dah kahwin, dah ada anak. Dia kena pun sebab berjangkit dari anak. Haaa, punya la hebat chicken pox ni. Risau dia kalau dah tak cantik di mata suami. Nak bagi parut hilang setelah dewasa begini? Macam mustahil ja. Tapi tiada yang mustahil bagi beliau.




Chicken pox atau campak besar ini disebabkan oleh virus varicella-zoster (wah, nama pun sedap). Pada awal serangan, badan biasanya akan bermula dengan demam. Selepas itu, badan akan dinaiki bintik-bintik merah, merebak seluruh badan. Seingat Syue dulu, dalam mulut, atas lidah pun ada. 3-4 hari kemudian bintik-bintik itu terkandung air. Dan masa itu lah betapa gatalnya badan dan sangat tidak selesa. Seminggu selepas itu, bintik-bintik itu akan pecah dah kering.

Chicken pox dari mula sehingga kering
Parut ni sebenarnya tidak berlaku masa berlakunya serangan chicken-pox ni. Parut terbentuk bila bintik-bintik yang kering tadi tu membentuk keruping dan kita pun 'gatal tangan' korek keruping tadi. Tempat yang kering tu terkena jangkitan dan itu yang menyebabkan berlakunya parut. Sama macam jerawat. Kalau kita suka picit jerawat, banyak parut jerawat yang berkawah kan. Cuma kita ni yang tidak sabar nak baik cepat. Tapi mana mungkin kita tahan dengan rupa yang begitu kan. Lagi-lagi kalau di muka.

Jadi, apa cara nak elakkan parut chicken pox ni? Macam Syue kata tadi, parut disebabkan oleh jangkitan kuman akibat mengorek tadi tu. Haa, bahasa mudah Syue guna. haha. Sebab apa kita korek? Sebab gatal kan. Dan antara sebab lain, rimas tengok. 'Gatal' jer jari-jemari mengorek. Untuk orang dewasa, senanglah untuk beritahu 'tak nak ada parut, jangan korek'. Bagi kanak-kanak memang susah sebab mereka tak tahu apa-apa. Tapi kita boleh cuba beberapa cara ini.
  • dapatkan calamine lotion atau mana-mana krim anti-kegatalan dari farmasi
  • ambil ubatan anti-histamine yang sesuai untuk kanak-kanak
  • letak ais di tempat yang rasa gatal
  • pakaikan sarung tangan supaya dia tidak cenderung menggaru
Itu peringkat mencegah, tapi kalau dah ada parut, kenalah buat sesuatu untuk menghilangkan parut juga. Untuk kanak-kanak mungkin kita tak perlu risau sangat sebab parut chicken pox kanak-kanak biasanya tidak kekal. Namun bagi orang dewasa, sekiranya parut chicken pox tersebut amat memalukan, ada perlunya berjumpa dengan pakar kecantikan kulit dan mungkin di pihaknya boleh cadangkan rawatan yang sesuai untuk parut tersebut. Ada rawatan pengelupasan atau terapi laser, ikut kepada keampuan.

Namun seperti yang diamalkan oleh kakak dalam video itu, set kulit cantik mungkin boleh membantu. Mengamalkan rangkaian produk ini, pasti akan menghilangkan atau memudarkan parut anda. Bergantung kepada tindak balas badan itu sendiri. Ada sesetengah orang boleh nampak kesan seawal 3minggu dan ada yang ambil masa berbulan. Apa yang penting, mesti konsisten dan disiplin. Kita kena ingat, dapat chicken pox masa dewasa lagi serius dari mendapat chicken pox semasa kanak-kanak tau. Jadi jika anda diserang chicken pox, rawat dari peringkat awal lagi supaya parut kekal tidak terus-terusan menghantui anda!


Selamat mencuba!
 
Sebarang pertanyaan atau ingin membuat pembelian rangkaian produk Shaklee,
hubungi Syue di sini.
 
Konsultasi dan panduan PERCUMA bagi yang mendaftar dengan Syue ya!
 

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com