Rata-rata masyarakat dunia merokok secara aktif. Bukan mereka tidak tahu kesan bahaya merokok. Letak lah imej paling menyeramkan di kotak rokok, dengan pesanan 'rokok membahayakan kesihatan' atau berlaku kenaikan harga rokok, mereka tetap akan beli.
Majlis Fatwa Kebangsaan juga telah mengeluarkan fatwa bahawa merokok adalah haram, namun tetap ramai orang melayu Islam yang merokok. Pemerhatian Syue, kalau dulu budak sekolah curi-curi hisap rokok belakang bangunan, celah semak, tapi sekarang terang-terang hisap rokok di stesen basa, di cyber cafe. Macamana tu? hmm..
Majlis Fatwa Kebangsaan juga telah mengeluarkan fatwa bahawa merokok adalah haram, namun tetap ramai orang melayu Islam yang merokok. Pemerhatian Syue, kalau dulu budak sekolah curi-curi hisap rokok belakang bangunan, celah semak, tapi sekarang terang-terang hisap rokok di stesen basa, di cyber cafe. Macamana tu? hmm..
Kenapa susah sangat berhenti merokok?
Ada orang sangat tekad
nak berhenti, baru sehari dua kurangkan kuantiti rokok, kawan lalu depan
ajak sekali saja dah boleh sambung balik. Berbatang-batang boleh pekena. Cover balik yang 2 hari tinggal tuh. Tak kuat iman katanya. haha. Takut
kena perli kawan barangkali. Dikatakan tak macho, tak gentleman atau
takut bini.
Jika ditanya kepada perokok yang dah berjaya berhenti merokok, mereka akan menyatakan hal yang sama; berhenti merokok bukan perkara mudah. Abang sado kita ni pun buat macam-macam dah nak berhenti, pun tak boleh. Sehinggalah dia jumpa satu cara yang buat dia dah tak mau rokok dah sampai bila-bila.
Sebenar-benarnya
sebab kenapa seseorang individu ni susah nak berhenti adalah disebabkan
kandungan nikotin dalam rokok itu sendiri. 1 batang rokok menagndungi
6-8mg nikotin. Nikotin dalam rokok secara perlahan mengubah cara kerja
otak seseorang dan melemahkan kemampuan seseorang untuk mengawal
keinginan mereka untuk merokok. Kajian yang terkandung dalam Healthy Living (14/03)
menyebut, imbasan otak terhadap perokok yang dilarang merokok selama
24jam menunjukkan adanya kesan ketagihan nikotin. Ketagihan kepada
nikotin boleh memberi perasaan tenang kepada perokok. Semakin seseorang
itu merokok, tubuhnya akan bertoleransi dengan nikotin. Bila dia cuba
untuk berhenti, dia akan rasa cemas, sakit kepala, susah tidur.
Sebabnya, kebergantungan badan terhadap nikotin itu tadi. Itu yang susah
sangat nak berhenti.
Kita
tahu, kandungan rokok itu sendiri tiada satu pun yang bermanfaat.
Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun dalam rokok. Syue
nyatakan beberapa bahan dan dari mana sumber tersebut.
- Metanol - sumber: bahan api
- Sianida - sumber: racun berbisa
- Karbon Monoksida - sumber: asap kereta
- Nitrobenzena - sumber: gasolin
- Ammonia - sumber: pencuci lantai
- Raksa - sumber: logam dalam termometer
- Toulena - sumber: pelarut industri
- Arsenik - sumber: racun tikus
Itu baru sedikit bahan kimia yang disenaraikan. Bayangkan baki yang beribu-ribu lagi tu?
Tiada satu kebaikan untuk badan pun kalau berterusan mengambilnya.
Ditambah lagi dengan kesan-kesan buruk merokok itu sendiri. Hasil dari
pembacaan, hasil dari pencarian, lihat sini Syue senaraikan kesan-kesan
merokok.
Nikotin
doleh menyebabkan dinding salur darah rosak, tebal dan sempit dan
mengganggu pengaliran darah ke otak. Bila ada gangguan pengaliran darah
ke otak, sebahagian badan mungkin lumpuh dan boleh membawa maut
Merokok penyebab Sakit Jantung
Merokok penyebab Sakit Jantung
Rokok
boleh menyebabkan pembuluh darah mengeras dan menjadi sempit. Ini memaksa
jantung bekerja keras untuk mengepam darah. Ini yang boleh sebabkan
serangan jantung. Kajian oleh British Heart Foundation (BHF), 1 batang rokok sehari menyebabkan risiko 3 kali ganda serangan jantung berbanding yang tidak merokok
Merokok Menyebabkan Kanser
Merokok Menyebabkan Kanser
Asap
rokok mengeluarkan 4,000 bahan kimia dan 53 dari bahan kimia ini boleh
sebabkan kanser paru-paru. Boleh sebabkan kanser mulut, kaser
kerongkong, ulser perut.
Merokok mengancam Kanak-kanak
Merokok mengancam Kanak-kanak
Dikategorikan
sebagai 'perokok pasif'. mereka ini dipaksa menyedut asap rokok dari
perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok
adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap yang disedut oleh
perokok aktif. Mereka mungkin terdedah kepada masalah asma dan jangkitan
paru-paru.
Merokok mengakibatkan mati pucuk
Merokok mengakibatkan mati pucuk
Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat
setrusnya mengakibatkan mati pucuk, kualiti sperma berkurang, nafsu
seks menjadi lemah
Merokok sebabkan keguguran, komplikasi kehamilan @ kematian bayi
Merokok sebabkan keguguran, komplikasi kehamilan @ kematian bayi
Perokok
wanita yang merokok mendedahkan kandungannya dengan bahan kimia beracun
yang masuk ke dalam salur darah dan bagi kesan buruk kepada
perkembangan janin. Lebih teruk kesannya kepada perokok pasif; ibu-ibu
hamil yang duduk dekat dengan perokok aktif.
Perokok yang betul-betul tekad nak berhenti akan buat apa jua cara kan. Syue percaya isteri perokok pun nak sangat suami mereka berhenti. Jadi kepada perokok, kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk isteri dan anak-anak anda. Jangan nanti di masa depan isteri & anak-anak dapat penyakit disebabkan amalan merokok kita, baru kita nak menyesal. Bantu diri anda, amalkan hidup sihat.
Perokok yang betul-betul tekad nak berhenti akan buat apa jua cara kan. Syue percaya isteri perokok pun nak sangat suami mereka berhenti. Jadi kepada perokok, kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk isteri dan anak-anak anda. Jangan nanti di masa depan isteri & anak-anak dapat penyakit disebabkan amalan merokok kita, baru kita nak menyesal. Bantu diri anda, amalkan hidup sihat.
untuk mendapatkan penawar tabiat merokok
Sebarang
pertanyaan atau ingin membuat pembelian rangkaian produk Shaklee,
hubungi
Syue di sini.
Konsultasi
dan panduan PERCUMA bagi yang mendaftar dengan Syue ya!
**Produk
ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah
sebarang jenis penyakit.
No comments:
Post a Comment