Anak Selalu Sakit Di Taska? Apa Ibu Bapa Perlu Buat?

syuesalim | March 29, 2015 | 0Komen |



Syue pasti ianya dilema yang cukup besar kepada ibu bapa di Malaysia. Memilih antara anak dan kerjaya. Bila masing-masing dah berkerjaya, sudah pasti khidmat taska diperlukan. Tapi, untuk memastikan anak dalam keadaan sihat di taska adalah satu cabaran yang cukup hebat kepada ibu bapa berkerjaya ini. Bagaimana kita nak kawal anak-anak kita supaya tak kena penyakit? Memang susah! Kanak-kanak, memang seronok bermain saja. Jumpa kawan-kawan berkongsi itu ini, berpelukan. Tak kisah dah kawan mereka sakit ke tak sebab kuman memang tak nampak pun kan. Walaupun kanak-kanak terdedah dengan persekitaran 'mudah jatuh sakit' ini, namun akan ada yang senang sangat sakit dan ada yang tak sakit. Kenapa ya?

Persekitaran di rumah sangat berbeza dengan di taska. Jika kita mulakan dari rumah, mungkin kita tidak perlu risau anak-anak jatuh sakit dengan mudah di taska kan. Jadi ibu bapalah yang perlu main peranan untuk pastikan anak-anak ini didisiplinkan dari rumah berkenaan perkara-perkara asas ini supaya mereka boleh kekal sihat di taska.

Basuh Tangan
Kanak-kanak ni secara lumrahnya suka meneroka. Ada saja benda yang mereka nampak, mereka suka pegang. Ibu bapa perlu lebih prihatin. Jika anak-anak yang dihantar ke taska yang rata-rata 5-6 tahun, mereka sudah bijak menerima arahan. Ajar mereka kerap basuh tangan terutamanya selepas balik dari taska, selepas main dan sebelum makan. Perlu diingat berkali-kali kepada mereka bahawa walaupun kuman tu kita tak nampak tapi kuman ada di merata-rata tempat. Ia boleh merebak melalui sentuhan. Kuman ini yang sebabkan mereka jatuh sakit. Sebab tu mereka perlu tahu pentingnya bagi mereka untuk kerap basuh tangan.

Banyakkan Tidur
Tidur yang cukup amat penting terutamanya bagi kanak-kanak kerana pada waktu tidur ini lah badan melalui proses penyembuhan dan pembesaran. Kurang tidur lebih mendedahkan kanak-kanak ini kepada serangan penyakit terutama selesema. Bayi kebiasaannya tidur 14 jam dah kanak-kanak pra-sekolah perlu cukup tidur antara 11-13 jam. Pastikan anak-anak mendapat tidur yang berkualiti supaya mereka dapat bangun dengan segar keesokan harinya.

Makanan Bernutrisi
Cuba sedaya upaya untuk menyediakan bekal kepada anak-anak. Kita saja yang tahu apa jenis makanan yang terbaik untuk diberikan kepada anak-anak kita. Yang pastinya, ianya mestilah yang segar. Pastikan cukup pengambilan zat makanan seperti yang ditunjuk dalam piramid makanan; karbohidrat (nasi, gandum), protein (ikan, daging, telur), buah-buahan, sayur-sayuran. Cuba elakkan pengambilan garam, gula, pewarna atau perasa tiruan secara berlebihan. Biasanya terkandung dalam snek ringan. Elakkan juga makanan segera. Jus bagus untuk mereka tapi sebolehnya larutkan dengan 50% air kerana jus kebiasaanya mengandungi kadar gula yang tinggi juga.

Stress
Percaya atau tidak, kanak-kanak pun boleh dapat stress. Jangan fikir orang tua saja pandai stress. Stress ini boleh menjejaskan fungsi imun badan itu sendiri. Jika anak-anak tunjuk tanda-tanda stress, cuba beri perhatian kepada mereka. Salah satunya ialah mereka nak ketenangan. Taska bising kan; ramai kanak-kanak, orang dewasa, macam-macam ragam, macam-macam bunyi. Apa salahnya jika kita luangkan masa sehari dua bagi peluang untuk anak-anak ini 'cipta ruang mereka' sendiri. Tak perlu nak tunggu anak sakit baru nak ambil cuti kan. Masa tu pun dah tak guna; kita kena jaga dia sakit je. Ambil lah cuti sehari duduk berborak dengan anak-anak ini. Percaya lah, mereka akan lebih bersemangat bila ke taska nanti.

Tertekan kan kalau anak yang kita jaga elok di rumah tapi bila dihantar ke taska, jatuh sakit, tak mahu makan. Kita di tempat kerja pun tak tentu arah duduk teringat ke anak-anak. Masalah ini bukan masalah seorang dua. Rata-rata ibu bapa turut alami masalah sebegini. Begitu juga dua ibu ini.




Kita patut ubah budaya memberi kanak-kanak ubat-ubatan kepada sesuatu yang lebih semulajadi yang lebih selamat yang boleh menyokong pembangunan sistem imunisasi badan mereka. Banyak kejadian di mana kanak-kanak ini diberi ubat yang tidak bersesuaian dengan umur mereka, tanpa perskripsi yang dibenarkan oleh doktor. Nak hilangkan satu penyakit, penyakit lain pula yang datang. Bukan semua ubat sesuai dengan kanak-kanak sebab simptom sakit setiap kanak-kanak mungkin juga berbeza. Seeloknya, jika anak-anak jatuh sakit dari taska, biar mereka duduk di rumah dan sembuh sepenuhnya. Jangan dedahkan dengan persekitaran yang terbuka, seperti taman, pusat beli-belah yang mungkin akan sebabkan tahap kesihatan semakin merosot.

Kanak-kanak yang baru pulih dari sakit mempunyai tahap imuniti yang rendah. Di samping kita amalkan cara-cara yang telah Syue sebutkan di atas, ada juga zat tambahan yang boleh dipertimbangkan untuk diberi kepada kanak-kanak bagi mengembalikan stamina dan imuniti anak-anak kita apabila kembali ke taska.

Probiotik
Probiotik merupakan makanan tambahan yang mengandungi bakteria baik yang melekat pada dinding usus yang mampu menggalakkan kesihatan yang baik. Banyak kebaikan probiotik untuk kanak-kanak sebenarnya terutama kepada sistem penghadaman. Kajian juga menunjukkan pengambilan probiotik secara konsisten dapat mengurangkan berlakunya selsema biasa. jadi, boleh biasakan anak-anak dengan yoghurt dan minuman probiotik seperti Yakult dan Sustagen.

Vitamin C
Vitamin C ini memang terbukti dalam meningkatkan pertahanan badan terhadap bakteria dan jangkitan. Macam Syue, Syue sangat suka vitamin C ini. Diberi secara konsisten setiap hari sebagai pertahanan badan dan boleh ditingkatkan kuantiti pengambilannya jika anak sakit. Jika diambil pada peringkat awal tanda-tanda sakit boleh mengelakkan berlakunya gejala yang lebih teruk. Adalah penting untuk kita pastikan kita memberikan anak kita vitamin C yang terbaik yer.

Sumber Mineral
Ada sesetangah kanak-kanak jika badan mereka kekurangan sesuatu zat, boleh jadi mereka kurang zat yang lain. Contoh kekurangan zat besi atau zinc. Jadi, kanak-kanak ini mungkin mudah terkena jangkitan atau lambat nak sembuh. Jadi, adalah penting jika kita dapat memberikan anak-anak sumber mineral terbaik supaya anak-anak kita tidak sekadar 'ambil saja' tapi tidak dapat sebarang kebaikan. Jika Syue, suka Syue cadangkan multivitamin untuk kanak-kanak dan susu tepung ajaib ini. Lengkap dengan segala zat dan boleh bagi kesan positif kepada tumbesaran anak-anak.

Diharap panduan-panduan yang Syue berikan dapat membantu ibu-ibu di luar sana menghadapi situasi anak-anak sakit di taska ini. Jangan sampai hilang harapan, hilang semangat, nak marah bila anak-anak kita asyik tidak sihat saja. Kerana anak-anak kita ini dalam tempoh membesar. Proses membesar ini terlalu banyak cabaran dan apa yang mereka perlukan adalah perhatian serta sokongan kita sebagai ibu bapa untuk mereka menbesar jadi anak-anak yang sihat dan hebat.

Selamat mencuba!



Sebarang pertanyaan atau ingin membuat pembelian rangkaian produk Shaklee,
hubungi Syue di sini.
 
Konsultasi dan panduan PERCUMA bagi yang mendaftar dengan Syue ya!
 

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com