Doha-KL Tak Terasa Jauhnya Walau Sarat Mengandung Kembar

syuesalim | March 03, 2015 | 0Komen |
Travel dalam keadaan mengandung memang mencabar. Pengalaman Syue sebelum ini, mengandung anak kedua, Syue berulang-alik Alor Star-Kuantan dari awal mengandung sehinggalah 8 bulan lebih. Berkereta, seorang diri. Letih tu tak payah cakap lah. Paling kurang Syue akan berhenti di dua RNR, pejam mata sekejap bagi hilang mengantuk. 7-8jam perjalanan, siap lalu Batang Kali ikut laluan ke Genting tu. Sampai Kuantan, balik tidur sekejap esok dah kena kerja. Terlelap di tempat kerja, heh...dah sinonim dengan Syue...di ketika itu. Fikir-fikir balik, gila berani aku dulu. Nak suruh buat balik, huiii cukup-cukup lah...dah tak berani rasanya.
Kali ni, cabarannya lain sikit. Syue dah tak sorang-sorang. Dengan suami dan anak-anak pula kali ni. Masa perjalanan lebih kurang sama macam masa Syue berulang dulu; 7-8jam. Tapi kali ni ianya berbeza jarak. Beza sangat sangat. Dulu 677km saja, ini 5,895km. Inilah jarak Qatar-Malaysia. Yang mengandung seorang pun ada risikonya kalau naik kapal terbang. Inikan pula mengandung kembar. Letih, serius tak. Memang tak terasa jauh Doha-Kuala Lumpur pun dengan keadaan begini. Syukur.
Boleh baca entry Syue sebelum ini; pengalaman Syue mengandungkan kembar. 
Baca Mengandung Kembar Jadi Mudah - Part 1 ... dan...
Baca Mengandung Kembar Jadi Mudah - Part 2

Sebab tak mahu bersalin di Qatar
EDD Syue, sehari sebelum puasa. Makanya, tiada siapa yang boleh datang jaga Syue berpantang waktu tu tau. Siapa nak datang jaga orang pantang bulan posa di Qatar weh. Rugi woo termiss makan sedap-sedap time posa di Malaysia. Lepas tu raya pulak. Mau sedih orang yg menjaga Syue tu tak merasa raya. Syue tak sedih, tahu adat berpantang. haha.

Plan dulu-dulu, nak jugak merasa bersalin di Qatar. Kalu berpantang sendiri pun, tak dak masalah sangat. Bukan pertama kali beranak, anak pun dah dua. Suami isteri kena main peranan lah. Syue handle baby, dia boleh handle hero 2 orang lagi tuh. Tapi, kuasa Allah, bukan baby Syue akan dapat, tapi babies. Fikir-fikir, kesian ke suami & anak-anak. Mana abah depa nak jaga mama dok tengah pantang, hero lasak 2 orang, kenit baru lahir 2 ketoi, masak orang pantang, masak buka posa, sahur lagik. Lepas tu raya pulak. Kesian anak-anak takde kuih raya baju raya mood raya. Entah beraya ke tidak, yelah..mama diorang tengah berpantang kan. Last-last, decide, kami balik Malaysia jelah. Anak-anak ada merasa suasana raya tu nanti.

Sebab ketiga, takut beranak normal! haha. Besar cita-cita nak beranak operate kekunun Syue ni haaa. Sebab tidak terlintas di fikiran pun nak normal dan boleh beranak normal untuk kembar ni. Jadi Syue fikir, apa pun terjadi, Syue nak operate di hospital Malaysia jugak.haha.

Mesti fly sebelum 28 minggu
Ada rakan Syue balik Malaysia pada usia kandungan 32 minggu. Jadi Syue dah planning jadual dah cantik. Sebolehnya nak bagi si Syakir tu habiskan term sekolah dia dulu. Kesian pulak kena pontengkan awai. Sekali doktor cakap Syue kena balik 28 minggu. Sebab dia kata risiko mengandung kembar tak sama macam risiko mengandung biasa. Makanya Syue decide balik pada usia kandungan 26 minggu. Doktor tu memang berat nak lepaskan asalnya tapi dah Syue nak jugak balik beranak kat negara asal, dia boleh cakap apa kan. Dia kena bagi jugaklah surat pelepasan. Maka, baliklah Syue dengan senang hati.

Debar sebenarnya. Macam-macam fikir. Doktor pun dah pesan, jangan biar kaki tu dalam keadaan bengkok. Kena regangkan selalu. Kalau boleh, jangan duduk terlalu lama. Makanya, atas nasihat doktor & atas kehendak sendiri jugak, haha, kami naik Sri Lankan Airlines, business class. Time begini la boleh nak demand duduk business class kan. Kalau tak, memang dok kelas ekonomi la. Tapi memang tak mahu kelas ekonomi, sebab dah tahu tahap keselesaan tu. Naik Sri Lankan, ada transit. 4jam-4jam. Mujur murah tiket waktu tu. Huiii..best giler dok business class ni. Maklumlah tak pernah. haha. Pramugari asyik hidang makan jer. Syue suka! Yang paling best, seat boleh adjust sampai baring. Tapi Syue tak boleh tidur! Bukan sebab sakit badan, bukan sebab babies dok menendang- nendang, tapi macam trauma. Sebab masa tu baru sangat berlaku tragedi MH370 hilang. Asal pejam ja, teringat berita tu. Asal pejam ja, begitu jadinya. Tengok suami dan anak-anak tidur, jeles tau! Takpa lah, berjaga lah tengok movie apa yang ada. Doha-Colombo tak lama mana pun. 4 jam saja. Sampai tempat transitm baru rasa mengantuk! Mujur perjalanan mudah, sampai, keluar gate, tukar gate, naik pula flight Colombo-Kuala Lumpur. Tapi seat flight ni dia dah tak macam seat tadi. Huwaaa! Tak aci betul. Tapi seat yang tak berapa best ni la bersungguh saya tidur. Cover yang malam tadi. haha.

Alhamdulillah selamat sampai KLIA pukul 3 petang waktu Malaysia keesokan harinya. Tapi macam pelik..tak letih pun. Dah la tak cukup tidur. Teruja sampai Malaysia barangkali. Dengan keadaan sarat mengandung begini, ada mata-mata yang memerhati Syue. Nampak sarat bebenor ke aku ni. Baru 6 bulan kot. haha. Kami bermalam di KL, keesokannya balik Melaka, selepas itu balik ke Kedah. Jauh perjalanan kami kan. Tapi syukur sangat, Syue tak rasa letih mana pun dengan perjalanan berpuluh ribu km di ketinggian berpuluh ribu kaki dengan keadaan begini. Konsisten amal Set Mengandung dari awal kehamilan, di Doha, lepas tu di Malaysia, Syue boleh kekal cergas walau travel sejauh itu.

Mengandung bukanlah penghalang nak aktif. Cuba tengok kakak ni. Boleh lagi pergi melancong sarat-sarat macamtu. Eh Syue kalau orang ajak pun, mahu aja. Sebab tak ada. Paling jauh pun ke Perlis cari harum manis. hehe. Agaknya orang yang tak sampai hati tengok Syue ni kot kan. Semacam ja perut dia nih, boleh lagi ka nak berjalan. haha. Bulan-bulan seterusnya boleh jalan-jalan cari makan dalam Alor Star jelah.



Syue sendiri dah rasa kesan bestnya set ini, akak ni pun dah rasa, memang tak perlu ragu-ragu keberkesanannya. Berkesan, semulajadi & selamat. Para-para suami bolehlah belikan isteri anda set ini jika tak mau tengok isteri terlepek baring jer masa mengandung. Percayalah, kalau time mengandung boleh cergas macamni kan, berapa kali mengandung pun takde masalah. haha. Janji boleh dibawa berjalan-jalan...kan..haha.



Enjoy reading! :)




Sebarang pertanyaan atau ingin membuat pembelian rangkaian produk Shaklee,
boleh hubungi saya di sini.
 
Konsultasi dan panduan PERCUMA bagi yang mendaftar dengan saya ya!

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com