Set Mengandung Terbaik Untuk Bakal Ibu

syuesalim | September 29, 2014 | 0Komen |
Setiap pasangan yang berkahwin pasti menginginkan zuriat yang sihat. Dan si ibu itu sendiri mahu dirinya sihat sehingga bersalin. Tapi setiap wanita pasti ada pengalaman mengandung dan masalah nya sendiri. Ada yang langsung tidak mengalami masalah; tahu-tahu perut membesar & dah sampai masa nak bersalin. Ada yang mengalami masalah morning sickness berterusan sampai saat-saat hendak bersalin. Ada yang dah ada 3-4 anak pun tetap alami masalah yang sama. Ada yang anak-anak tertentu sahaja yang ada masalah. Macam-macam lah. Tapi walau apa pun keadaan itu, tempoh mengandung adalah tempoh yang sangat mencabar bagi seorang wanita. Sebab tu lah Allah SWT menjanjikan ganjaran pahala yang besar kepada ibu hamil sepanjang kehamilan 9 bulan itu. 

Si ibu sendiri perlu pastikan beliau kekal sihat untuk memastikan anak yang dikandungnya sihat & kekal membesar dengan sempurna. Masih mencari-cari vitamin yang sesuai untuk kehamilan anda?
Set Mengandung Shaklee ada jawapannya.



Set ini terdiri daripada:
Vita-Lea, Vita-C, B-Complex
Ostematrix, ESP, OmegaGuard
Vita-Lea 
Vitalea merupakan multivitamin, jadi si ibu tidak perlu lagi mengambil obimin. Ianya kaya dengan iron (zat besi) yang mana sangat sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami masalah mudah pening/pitam, dan juga masalah anemia (HB rendah). Ia juga sebagai pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental. Ia turut membantu dalam pertumbuhan sel baru dan membantu proses tumbesaran. Diambil 1 biji sehari selepas sarapan.

Vita-C
Vitamin C meningkatkan sistem pertahanan tubuh. Ia turut melindungi sel-sel penting dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Pengambilan 1 biji sehari selepas sarapan mencukupi bagi keperluan vitamin C dalam tubuh badan ibu mengandung.

B-Complex
Vitamin ini mengandungi 8 jenis kumpulan vitamin B dan lengkap dengan asid folik. Asid folik sangat penting diambil pada awal kehamilan dan sebenarnya sangat disarankan diambil bagi yang merancang untuk hamil. Ianya sangat penting bagi  mengurangkan risiko kecacatan janin dan merendahkan risiko mengandung bayi dengan kecacatan otak atau korda spina. Pengambilan 1 biji sehari selepas sarapan melengkapkan keperluan 400mg sehari untuk ibu mengandung.
 
Ostematrix
Ostematrix mengandungi magnesium, kalsium dan vitamin D. Gabungan ketiga-tiga vitamin ini penting dalam pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Ia turut membantu mengelakkan kekejangan dan kebas-kebas yang biasa dialami oleh ibu-ibu mengandung. Ianya juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan darah tinggi. Kekurangan kalsium boleh menjejaskan pertumbuhan bayi dan ibu itu sendiri akan mengalami kerosakan pada gigi dan kekurangan jisim tulang. Ini kerana, apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi, maka badan ibu dengan sendirinya akan menarik kalsium dari ibu untuk dibekalkan kepada bayi. Ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg kalsium sehari. Maka, pengambilan 4biji ostematrix sebelum tidur mampu membekalkan kalsium yang mencukupi untuk si ibu.

ESP
Protein sangat diperlukan oleh ibu mengandung juga kepada bayi. ESP membantu memberi tenaga kepada ibu-ibu yang mengalami morning sickness yang teruk. Boleh dijadikan pengganti susu bagi ibu-ibu yang tidak boleh minum susu dalam tempoh mengandung. Protein dari ESP membantu membekalkan asid amino yang merupakan bahan utama dalam pembentukan organ dan tisu bayi. Juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Minum sekali sehari atau lebih, yang penting keperluan protien haruslah mencukupi bagi membantu aliran darah ibu yang semakin bertambah dan juga penghasilan susu yang mencukupi selepas bersalin.

Omegaguard
Tambahan vitamin ini diambil pada trimester kedua dan ketiga. Ianya kaya dengan DHA yang penting untuk perkembangan otak janin di peringkat awal pembentukan dan membantu perkembangan memori. DHA juga adalah nutrien utama untuk sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa dalam kandungan. Untuk ibu pula, ia mengawal kadar kolestrol dalam darah. Ambil 3 biji sehari selepas sarapan.

Apa-apapun pilihan anda, pastikan ianya sihat, selamat dan semulajadi.  




Belum menjadi AHLI? 
Daftar segera sebagai AHLI SHAKLEE
 dan nikmati PENJIMATAN 15%-25% 
untuk pembelian produk SHAKLEE



Sebarang pertanyaan atau ingin membuat pembelian rangkaian produk lain,
hubungi saya di sini.
 
Konsultasi dan panduan PERCUMA bagi yang mendaftar dengan saya ya!




**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com