Vitamin C Kunyah Tetap Menjadi Pilihan

syuesalim | March 29, 2015 | 0Komen |

Chewable Vitamin C Plus dahulunya dibotolkan dengan warna biru, sekarang dipertingkatkan lagi formulanya dan juga berwajah baru. Produk ini, seperti SR Vita C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan.  Bezanya ianya didatngkan dalam bentuk tablet mudah kunyah. Ideal untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil. Chewable Vita-C dengan rasa sitrus menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren.  

Kelebihan Dan Kebaikan Chewable Vitamin C Plus
 
Chewable Vitamin C Plus 100mg Shaklee membantu meningkatkan imun sistem dalam badan dengan cara berikut:

  • Menyokong sistem pertahanan antioksidan semulajadi dalam tubuh 
  • Membantu memelihara sel badan 
  • Membantu menjaga kesihatan tulang, gigi, gusi, mata, otot dan salur darah 
  • Untuk menjamin kecantikan kulit agar kelihatan cantik 
  • Untuk merangsang penghasilan kolagen dalam badan 
  • Memperbaiki insomnia 
  • Mengekalkan kolestrol sihat 
 
Cara Pengambilan

Dengan pengamilan 2 biji Vitamin C Plus ini, air liur membantu memecahkan Vitamin C. Membolehkan ianya diserap sebaik saja sampai ke usus kecil. Malah, kajian menunjukkan pengambilan atau pengunyahan Vitamin C dalam kuantiti yang sedikit setiap hari membolehkan Vitamin C diserap dengan lebih berkesan.

Vitamin ini menjadi pilihan saya untuk anak-anak. Yer, memang kanak-kanak seperti anak-anak saya tak berapa suka pada awalnya. Dah la rupanya tak cantik tidak warna warni, rasanya pun sangat masam. Tak macam vitamin kanak-kanak yang lain di pasaran, warna-warni dan rasa manis. Namun saya yakin bahawa sumber semulajadi seperti Chewable Vitamin C Shaklee tidak mempunyai warna mahupun perasa tiruan, maka wajar rupa dan rasanya begitu. Lama kelamaan anak-anak saya dah biasa. Jadi mereka tiada masalah lagi nak jadikan ia sebagai rutin.

Jadi, apa tindakan anda pula? Untuk anak-anak atau anda sendiri? 
Buat pembelian sekarang.


vit C chewable

Belum menjadi AHLI? 
Daftar segera sebagai AHLI SHAKLEE 
untuk menikmati PENJIMATAN 15%-25% 
pembelian produk SHAKLEE

Sebarang pertanyaan atau ingin membuat pembelian rangkaian produk lain,
hubungi saya di sini.
Konsultasi dan panduan PERCUMA bagi yang mendaftar dengan saya ya!

**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Anak Selalu Sakit Di Taska? Apa Ibu Bapa Perlu Buat?

syuesalim | March 29, 2015 | 0Komen |



Syue pasti ianya dilema yang cukup besar kepada ibu bapa di Malaysia. Memilih antara anak dan kerjaya. Bila masing-masing dah berkerjaya, sudah pasti khidmat taska diperlukan. Tapi, untuk memastikan anak dalam keadaan sihat di taska adalah satu cabaran yang cukup hebat kepada ibu bapa berkerjaya ini. Bagaimana kita nak kawal anak-anak kita supaya tak kena penyakit? Memang susah! Kanak-kanak, memang seronok bermain saja. Jumpa kawan-kawan berkongsi itu ini, berpelukan. Tak kisah dah kawan mereka sakit ke tak sebab kuman memang tak nampak pun kan. Walaupun kanak-kanak terdedah dengan persekitaran 'mudah jatuh sakit' ini, namun akan ada yang senang sangat sakit dan ada yang tak sakit. Kenapa ya?

4 Cara Jimat Beli Barang Kembar: Perlu Kah Semua Serba Dua?

syuesalim | March 25, 2015 | 0Komen |
Mana-mana pasangan yang bakal mendapat anak buat pertama kali, mesti sangat teruja nak beli barang bayi kan. Seawal 5 bulan dah mula beli sikit-sikit. Tengok saja lah baju bayi di pasaran. Ya Allah...cute nya laaaa. Dari kepala sampai ke kaki, apa benda yang tak cute pasai baby. Mana lah tak menggugat jiwa dan perasaan. Kalau boleh semua serba satu nak ambil. Tak kira suami atau isteri, kedua-duanya mesti teruja. Kadang-kadang si bapa tu lebih lagi dari si ibu tu haa. Mengaku tak? haha. Okay, itu kalau anak satu. Macamana kalau dua? Kalau tiga? Lagi-lagi kalau kembar yang bakal lahir ada lelaki dan perempuan. Wah, happening! Hah, rasa macam nak beli kedai terus! Tapi, memang semua mesti beli DUA ke?

Chicken Pox: Cegah Dari Awal Sebelum Parutnya Menghantui Kita Seumur Hidup

syuesalim | March 24, 2015 | 0Komen |
Pernah dengar chicken pox? Bukan chicken chop eh. Chicken chop sedap. haha. Chicken pox ni orang belah utara panggil campak besar. Orang dulu-dulu kata, chicken pox ni hanya serang sekali seumur hidup. Dan, kalau ada parut besar tinggal di kulit, chicken pox tu tak singgah dah ke kita. Macam lawak je bunyinya. Tapi orang dulu-dulu berkata dari pengalaman. Sebab Syue pun pernah kena chicken pox, ada 1-2 kesan parut yang agak besar jugak dan Syue kena sekali tu ja. Haa, kan ada bukti yang menyokong kata-kata orang lama tu. haha. Tapi, mesti ada sebab orang-orang tua cakap macamtu.

Set Kulit Cantik Untuk Wanita Yang Mementingkan Keanggunan

syuesalim | March 23, 2015 | 0Komen |
Memiliki kulit yang cantik memang menjadi idaman wanita. Siapa tak mau kulit cantik kan?  Seronok kan kalau kulit muka tiada sebarang masalah; tidak berminyak, berjerawat, tidak kering. Tidak perlu berhabisan nak beli pencuci atau alat solek paling mahal. Cukup dengan pencuci muka biasa dan bedak kompak biasa saja. Semulajadi berkulit cantik dan tiada masalah memang satu bonus. 

Apa sebenarnya patut kita buat untuk memastikan kulit kita ni sentiasa ‘glow & flawless’ ? Tak cantik, berkulit gelap, tak mengapa asalkan kulit muka lembut dan bersih. Seronok kan kalau kulit macam kulit bayi. Bukan senang tau nak kekalkan yang itu. Di sini saya kongsi beberapa tips bagaimana nak melindungi & kekalkan kecantikan kulit sehari-hari.


Tingkatkan Tenaga Anda Dengan Teh Terbaik Shaklee

syuesalim | March 20, 2015 | 0Komen |
Teh eksotik putih, merah dan hijau Matcha dipetik dengan berhati-hati dan diadun sempurna untuk menghasilkan minuman yang sungguh luar biasa. Ia bertindak pantas untuk memberikan rangsangan tenaga semulajadi. Ia juga meningkatkan kesihatan keseluruhan.

KELEBIHAN CINCH TEA

  • Rangsangan tenaga secara semula jadi dan selamat
  • Cepat bertindak untuk meningkatkan tenaga
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Membantu mengurangkan gejala kencing manis
  • Mengandungi antioksidan yang tinggi yang dapat mengelakkan kanser
  • Mempercepatkan pembakaran kalori
  • Membantu mengurangkan kolesterol
  • Baik untuk mengurangkan sembelit
  • Menjaga kesihatan jantung
Cinch Tea ini sedap diminum, sama ada panas atau sejuk dan wajar sebagai alternatif terbaik kepada snek manis dan kopi. Didatangkan dalam bungkusan berbentuk ‘stick’ yang mudah bagi setiap sajian. Paling best, boleh bawak ke mana sahaja. Terpulang pada anda untuk minum begitu saja, atau dicampur dengan madu. Yang penting, ianya tiada perasa, pewarna atau pemanis tiruan.

CinchTea



Belum menjadi AHLI
Daftar segera sebagai AHLI SHAKLEE
 untuk menikmati PENJIMATAN 15%-25% 
pembelian produk SHAKLEE




Sebarang pertanyaan atau ingin membuat pembelian rangkaian produk lain,
hubungi saya di sini.

Konsultasi dan panduan PERCUMA bagi yang mendaftar dengan saya ya!




**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Kenali Punca Dan Cara Atasi Keletihan Serta Mengantuk Yang Melampau

syuesalim | March 20, 2015 | 0Komen |
Pernahkah situasi begini berlaku; 
- Di dewan kuliah, sedang asyik je dengar syarahan pensyarah, badan statik tapi mata pejam. Tersedar pun bila kawan sebelah cuit atau kena panggil dengan pensyarah suruh jawab soalan. Dah satu dewan gelakkan kita.
- Di pejabat, muka kita mengadap komputer tetapi mata pejam, tahu-tahu kepala terhantuk kat meja. Bila sedar, liar jer mata mencari; tengok kiri kanan kalau-kalau ada orang perati. Kalau takdak, legaaa. Nasib tak baik, aksi dah kena rakam. Adoi!

5 Cara Hilangkan Parut Jerawat Secara Semulajadi Dan Selamat

syuesalim | March 14, 2015 | 0Komen |

'Mencegah lebih baik dari mengubati'. Biasa kan kita dengar ayat-ayat hikmah begini. Dah tu apa kaitan dengan entry Syue kali ni? 'Rawat jerawat lagi mudah dari rawat parut jerawat'. Setuju kan dengan Syue? Tiada siapa suka parut jerawat. Nak hilangkan parut tu sebenarnya lagi susah dari nak hilangkan jerawat. Jerawat secara semula jadinya boleh dirawat menggunakan bahan yang mengandungi bahan anti-keradangan atau antibakteria tapi parut jerawat nilah yang sedikit degil. Memang akan ambil masa untuk hilangkan bergantung pada tahap mana parut jerawat kita lah kan. Tapi tak mustahil. Konsisten amalkan kaedah atau bahan tertentu mungkin sedikit sebanyak dapat memudarkan atau mana tahu boleh hilang terus.

6 Tips Turunkan Berat Berpuluh Kilo Selepas Bersalin

syuesalim | March 13, 2015 | 0Komen |
Nak KURUS! Masalah sejagat untuk wanita yang baru lepas bersalin. Fuh, sangat mencabar. 9 bulan mengandung dan masa itu orang sekeliling akan kata, "Alah, makan saja...tak payah nak jaga-jaga makan sangat...ingat anak dalam perut tu...nak kembang ka, nak lebar ke, biar...lepas beranak, fikir lain..." Ada macamtu?? Syue pun macamtu jugak. Ada je suara-suara yang bagi galakan. Eh tapi betul...9 bulan tu lah anda nak makan betul-betul tanpa perlu nak fikir apa orang akan kata pada badan anda. Tapi berpada-pada lah makan tu yer. Jangan sampai pergi routine check-up sangkut pulak; kencing manis lah, darah tinggi lah. Lagi susah..haha...

Tips Rawat Demam Secara Semulajadi

syuesalim | March 10, 2015 | 0Komen |
Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang, tak mustahil ada di antara ahli keluarga kita akan kena demam. Bermula dari sedikit selsema, batuk seterusnya demam. Kalau anak-anak Syue, sebelum bertemu vitamin untuk kanak-kanak, kebiasaanya kalau diserang demam mesti berpunca dari sakit tekak atau ulser dalam mulut. Mungkin orang lain, lain puncanya. Yang penting, kita tahu bagaimana hendak mengawal demam dari terus melarat.

9 Tips Bagaimana Suami Boleh Bantu Isteri Buat Kerja Rumah

syuesalim | March 07, 2015 | 0Komen |
Bila sebut bab kerja rumah, sangat sinonim dengan orang perempuan. Macam dah memang tertulis; orang perempuan=kerja rumah. Tambahan lagi surirumah. Makanya kerjanya memang di rumah lah. Betul tak wahai isteri-isteri sekalian? Dah tu orang lelaki buat apa? Orang lelaki mestilah kerja, cari duit untuk isteri dan anak-anak. Tapi kalau isteri pun bekerja, macamana pulak? Kerja di pejabat pun dia, balik rumah pun dia. Besarnya lah peranan isteri kan. Tak kisahlah wanita bekerja atau tidak berkerja, kerja rumah memang kepakaran para isteri kan. Biasa orang lelaki cakap:

" Isteri saya memang tak suka saya tolong. Dia suka buat sendiri "
" Saya tak pandai lah buat kerja rumah ni...saya tak biasa "
" Kalau saya tolong, lagi huru-hara. Baik tak payah tolong "


Multivitamin Terbaik Untuk Kanak-Kanak

syuesalim | March 05, 2015 | 0Komen |
Setelah menghilang setahun lebih lamanya, Vitalea for Children kembali muncul bersama-sama dengan barisan produk yang lain. 'Kehilangannya' sebelum ini adalah disebabkan pihak Shaklee sendiri memantapkan formula (improved formula) dalam vitamin ini, supaya dapat memberi keperluan vitamin yang optimum untuk anak-anak kita. Wujud dalam bentuk tablet boleh kunyah (chewable  tablets) memudahkan anak-anak yang memang kita tahu sangat susah nak menelan vitamin. Maka dengan ini tiada alasan lagi untuk tidak mahu makan vitamin kan. 
Kebaikan Vitalea for Children
  • Mengandungi 19 vitamin  yang sangat diperlukan untuk tumbesaran
  • Membekalkan kalsium untuk tulang, otak dan gigi 
  • Meningkatkan tahap daya tahan melawan penyakit 
  • Lengkap dengan vitamin B untuk fungsi tubuh yang betul 
  • Menyediakan 150% nilai harian Vitamin D untuk menyerap kalsium dengan berkesan
  • Mengandungi 100% nilai harian Vitamin C yang diperlukan badan
  • Multivitamin yang kaya dengan antioksidan untuk kulit yang cantik 
  • Sesuai untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas
  • Rasa yang sedap dan memang digemari kanak-kanak
Vitalea ini boleh dijadikan pengganti vitamin yang ada dijual di pasaran. Saya agak keberatan nak bagi anak saya vitamin-vitamin tersebut sebab manis sangat. Bila dah manis, faham-faham jelah kan. Bukan sebiji dua telan. Kalau tak ditengok, mau habis satu botol buat ala-ala kudapan. Jadi saya berhenti ambil vitamin di pasaran. Saya tidak mahu mereka terdedah dengan vitamin yang mempunyai perasa atau warna tambahan. Biar tidak manis, tidak menarik pun, asalkan mereka dapat zat yang sepatutnya diterima badan mereka.
Ini jumlah zat makanan yang anak anda perlu makan
untuk keperluan vitamin mereka.
Mampukah mereka?

Siapa yang layak mengambil Vitalea ini? 
- anak yang memilih makan. cth: tak makan sayur, buah, susu
- anak yang kurang selera makan
- anak yang suka makan junk-food
- anak yang kerap diserang demam, selesema, batuk

Saya sendiri dah konsisten bagi anak-anak Vitalea ni tau. Jadi, bagaimana dengan anda? Masih berkira-kira untuk beri yang terbaik untuk anak-anak? Besarkan mereka dengan kesihatan yang terbaik. Nak pilih vitamin, janagn lupa, biar yang semulajadi, berkesan dan selamat. 

Bermula Januari, sehingga lah April ini, promo Vitalea masih berlangsung!
Beli 3 dapat 4. Kalau anak-anak ramai tu, boleh ni sambar terus 1 set atau tambah 2-3 set buat stok. Percayalah, benda ni sekelip mata saja akan habis dikerjakan anak-anak. hehe.


Untuk pembelian Vitalea for Children, 
 Vitalea for Children



Belum menjadi AHLI? 
Daftar segera sebagai AHLI SHAKLEE 
untuk menikmati PENJIMATAN 15%-25% 
pembelian produk SHAKLEE



Sebarang pertanyaan atau ingin membuat pembelian rangkaian produk lain,
hubungi saya di sini.

Konsultasi dan panduan PERCUMA bagi yang mendaftar dengan saya ya!





**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berhenti Merokok Dengan Cepat buat Selama-lamanya

syuesalim | March 04, 2015 | 0Komen |
Rata-rata masyarakat dunia merokok secara aktif. Bukan mereka tidak tahu kesan bahaya merokok. Letak lah imej paling menyeramkan di kotak rokok, dengan pesanan 'rokok membahayakan kesihatan' atau berlaku kenaikan harga rokok, mereka tetap akan beli. 

Majlis Fatwa Kebangsaan juga telah mengeluarkan fatwa bahawa merokok adalah haram, namun tetap ramai orang melayu Islam yang merokok. Pemerhatian Syue, kalau dulu budak sekolah curi-curi hisap rokok belakang bangunan, celah semak, tapi sekarang terang-terang hisap rokok di stesen basa, di cyber cafe. Macamana tu? hmm..

Doha-KL Tak Terasa Jauhnya Walau Sarat Mengandung Kembar

syuesalim | March 03, 2015 | 0Komen |
Travel dalam keadaan mengandung memang mencabar. Pengalaman Syue sebelum ini, mengandung anak kedua, Syue berulang-alik Alor Star-Kuantan dari awal mengandung sehinggalah 8 bulan lebih. Berkereta, seorang diri. Letih tu tak payah cakap lah. Paling kurang Syue akan berhenti di dua RNR, pejam mata sekejap bagi hilang mengantuk. 7-8jam perjalanan, siap lalu Batang Kali ikut laluan ke Genting tu. Sampai Kuantan, balik tidur sekejap esok dah kena kerja. Terlelap di tempat kerja, heh...dah sinonim dengan Syue...di ketika itu. Fikir-fikir balik, gila berani aku dulu. Nak suruh buat balik, huiii cukup-cukup lah...dah tak berani rasanya.
Kali ni, cabarannya lain sikit. Syue dah tak sorang-sorang. Dengan suami dan anak-anak pula kali ni. Masa perjalanan lebih kurang sama macam masa Syue berulang dulu; 7-8jam. Tapi kali ni ianya berbeza jarak. Beza sangat sangat. Dulu 677km saja, ini 5,895km. Inilah jarak Qatar-Malaysia. Yang mengandung seorang pun ada risikonya kalau naik kapal terbang. Inikan pula mengandung kembar. Letih, serius tak. Memang tak terasa jauh Doha-Kuala Lumpur pun dengan keadaan begini. Syukur.
SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com