8 Cara Dapat Anak Kembar: Sejauh Mana Peluang Anda?

syuesalim | January 21, 2015 | 0Komen |
Mana-mana pasangan yang berkahwin mesti akan terlintas nak anak kembar. Seronok kan. Boleh la si ibu rehat lama sikit mengandung anak seterusnya. Untung kan, sekali beranak keluar dua. Kalau beranak lagi 2 kali, dua-dua tu pun kembar, wah...lagi untung!! Tapi ada tau, Syue ada kenal seorang Hamba Allah semasa di hospital. Dia cakap, kawan dia 3 kali beranak, 3 pasang kembar, semua lelaki. MasyaAllah. Tak tergambar. Tapi seronok kan. 3 kali beranak ja anak dah 6.

Ramai tanya Syue, apa petua dapat kembar. Takde petua apa sangat pun; Syue cuma makan pisang kembar @ telur kembar ja. hahaha. Tak lah, mitos ja tu. Syue memang pernah teringin nakkan kembar. Tapi, sebelum mengandungkan kembar, bila baca artikel, pengalaman orang lain menjaga, membesarkan anak kembar, uiii..mencabarnya. Dalam hati macam nak kensel balik ja hasrat tu. Tapi kuasa Allah, siapa boleh menafikannya kan.
Ini kembar saya; Aisya Syamila & Aisya Syakira
Meh sini Syue nak kongsi sikit. 

Dapat kembar ni, takdir/ ketentuan Allah. Namun begitu, ada juga beberapa faktor yang boleh membuatkan kita berpeluang untuk dapat anak kembar. Kebanyakan faktor-faktor ini bukanlah diuji secara saintifik tetapi ianya lebih kepada kepercayaan/fahaman orang lama dan pengalaman peribadi ibu kembar itu sendiri.

1. Sejarah/keturunan
Jika dalam salasilah keluarga anda atau pasangan anda ada kembar, kemungkinan besar anda juga mampu dapat anak kembar. Syue termasuk dalam faktor ini. Nenek Syue kembar. Syue ada bapa saudara kembar. Syue pun ada sepupu yang ada ada anak kembar. Kiranya kembar ni bukan perkara asing dalam keluarga Syue. Pada keadaan begini, biasanya genetik ini diturunkan dari generasi ke generasi, hinggalah ada pada anda.

2. Umur
Wanita yang berumur 40-45 tahun ke atas berpotensi besar untuk mendapat anak kembar. Menurut kajian, hampir 20% wanita yang berumur 45 tahun melahirkan kembar. Kebanyakan wanita pada peringkat ini menjalani rawatan kesuburan. Jadi mereka lebih cenderung untuk menghasilkan lebih ovum semasa proses ovulasi. Walau bagaimanapun, risikonya juga tinggi. Ibu yang berumur ini boleh diancam keguguran, atau masalah semasa mengandung.

3. Bilangan anak
Lebih banyak anak yang pernah dilahirkan, lagi tinggi peluang untuk melahirkan anak selepas itu. Anda perlu terus mencuba sehinggalah dapat kembar ye. :)

4. Berat badan dan tinggi
Kajian menunjukkan wanita yang mempunyai indeks bacaan BMI 30 dan lebih dikatakan berpotensi mendapat kembar. Wanita yang mempunyai ketinggian lebih dari tinggi purata wanita normal juga berpotensi.

5. Ada kembar juga
Sekali anda pernah beranakkan kembar, anda berpontensi untuk mendapat kembar lagi! Ada kajian menganggarkan, ibu kepada kembar mempunyai 4 kali lebih peluang untuk mempunyai kembar lagi berbanding wanita yang tidak pernah mengandung atau yang beranak seorang-seorang. Owh...Syue pula teruja dengan faktor ini...heee

6.Pemakanan - keledek / keladi / susu
Banyakkan memakan 3 jenis makanan ini. Makanan ini meningkatkan ovulasi pada telur dan boleh mendapat kembar. Perkara ini Syue pernah terbaca dalam internet, satu puak orang asli di Afrika Barat mempunyai kadar kembar yang tertinggi di dunia. Kajian mendapati diet wanita dalam puak ini mempengaruhi kelahiran kembar. Mereka memakan keladi dan keledek. Juga kajian dalam 2006 menunjukkan wanita yang mengamalkan meminum susu setiap hari adalah 5 kali lebih berpotensi mendapat kembar. Jadi, boleh mula minum susu makan ubi-ubi ye selepas ini.

7. Rawatan kesuburan
Rawatan kesuburan boleh meningkatkan potensi kelahiran kembar. Ini kerana ovari boleh mengovulasi lebih dari satu telur. Namun ianya bukanlah faktor semulajadi yang telah Syue sebut sebelum ini.

8. Berdoa. Ada boleh jadi salah seorang yang DIPILIH!
Ada ibu bapa yang memiliki kembar, tidak memiliki mana-mana kriteria di atas pun. Itu yang Syue kata anda insan terpilih! Anda bertuah! Kita manusia biasa ni takkan tahu bagaimana proses berlakunya kembar ni. Tiada siapa boleh tentukan sama ada pasangan itu mesti dapat kembar atau tidak. Semua di bawah ilmu Maha Pencipta. Jadi, jika anda disahkan mengandungkan kembar, be prepared! :)

Sebagai umat Islam, kita kena berdoa. Nak kembar, mintak pada-Nya. Berdoa yang baik-baik. Insya-Allah. Dia akan bagi pada orang yang Dia mahu. 



Bagi yang inginkan kembar, semoga berjaya ya...
Bagi yang on the way nak lahirkan kembar, tahniah!!
Apa-apa pun, anak seorang-seorang atau kembar, bersyukurlah kita diberi peluang untuk menjaga amanah-Nya.

Selamat membaca & mencuba! 

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com