Interaksi antara ibu bapa dan anak-anak boleh bagi kesan yang sangat penting pada perkembangan anak-anak. Selain dari interaksi, suasana pembelajaran yang baik juga berperanan penting dalam membentuk fokus kanak-kanak. Pakar psikologi menyatakan bahawa keadaan sekelililing amat mempengaruhi proses pembentukan mental. Syue cadangkan beberapa cara untuk membina suasana pembelajaran yang baik di rumah supaya kanak-kanak dapat memberi lebih tumpuan.
Hadkan Gangguan BUNYI
Bunyi persekitaran seperti TV, radio atau perbualan telefon memberi kesan yang amat jelas terhadap keupayaan anak-anak dalam memberi tumpuan. Bunyi-bunyi latar belakang ini berpotensi mengganggu mereka kerana elemen-elelen bahasa di dalamnya. Contoh ketika kita nak ajar anak-anak, dalam masa yang sama kita pasang tv.
Istilah psikologikognitif, dikenali sebagai fenomena 'pengalih perhatian'. Otak kanak-kanak secara automatik memberi perhatian kepada bunyi tv tu dan cuba pula nak dengar apa yang kita ajar ketika itu. Cabarannya adalah bagaimana kita nak pastikan suasana pembelajaran anak kita bebas daripada sebarang sumber bahasa lain. Kalau latar belakang muzik yang sederhana & hanya alunan muzik semata-mata, itu boleh dan tidak akan menjejaskan tumpuan.
Hadkan Gangguan VISUAL
Andai mampu, sediakan ruangan pembelajaran yang kemas dan teratur supaya mereka bebas dari gangguan. Ruang kerja yang berselerak hanya akan buat fikiran berserabut. Jangan kata kanak-kanak saja, kita mak-nak pun serabut kan. Ruang yang kemas amat penting bagi kanak-kanak di bawah usia 6 tahun, sebab pada usia begini, mereka sangat mudah dipengaruhi oleh ransangan visual. Jika banyak barang atas meja, ini akan menyukarkan kanak-kanak memberi tumpuan kepada satu perkara sebab benda-benda ini akan meransangnya memegang atau meneliti objek tesebut.
Syue cadangkan supaya tetapkan satu aktiviti untuk meja belajar, iaitu pada bila-bila masa meja ini harus disediakan dengan objek-objek untuk satu aktiviti pembelajaran. Barangan dan objek lain yang tak berkaitan hendak lah disimpan di dalam kotak atau almari di tempat jauh. Contoh, jika kanak-kanak sedang melakukan aktiviti melukis, hanya set warna dan kertas lukisan sahaja yang harus ada di atas meja. Objek-objek lain macam bahan bacaan, atau blocks, simpan dulu. Bila barang disusun rapi, fikiran sudah pasti akan lebih fokus.
Letak Peralatan Di Tempat Yang Mudah Dan Senang Dicapai
Kanak-kanak digalakkan mempunyai inisiatif sendiri dalam proses pembelajaran. Ini bermakna mereka akan belajar walaupun ibu bapa tiada dengan mereka untuk mengawasi mereka. Mereka seharusnya bebas untuk belajar pada bila-bila masa yang mereka suka. Jadi, aturlah ruang belajar yang memudahkan mereka ambil dan guna peralatan pembelajaran bila diperlukan. Buku, alat tulis, dan permainan berilmu harus disimpan di tempat yang mudah diambil.
Kalau kita sebagai ibu bapa memudahkan perkara begini kepada anak-anak, ianya akan melatih inisiatif mereka untuk belajar. Mereka tak perlu lagi menunggu kita jika mereka nak belajar sesuatu. Pembelajaran melalui inisiatif sendiri adalah yang paling efektif tau.
Meniru Kelakuan
Kanak-kanak akan terganggu jika ibu bapa mereka diganggu. Kita sering mengadu tentang anak-anak tak bagi tumpuan terhadap sesuatu perkara dalam satu masa, sedangkan kita sendiri sering diganggu semasa mengajar anak-anak. Perkara ini berlaku kerana kita cuba melakukan banyak perkara dalam satu masa serentak. Contoh, semasa kita ajar anak-anak, kita mungkin sedang memasak, sedang main telefon, mendengar radio atau buat kerja kita yang lain.
Apa yg berlaku adalah, kita asyik beralih tumpuan antara mengajar dengan nak buat perkara lain. Kita mungkin tidak sedar bahawa kita sering beralih tumpuan kerana sudah terbiasa. Tapi, kanak-kanak sedar. Kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun mudah meniru apa yang kita lakukan. Fenomena ini adakalanya dipanggil rujukan sosial. kanak-kanak tidak tahu bagaimana berkelakuan wajar dalam sesuatu situasi jadi mereka akan cuba merujuk apa yang telah kita lakukan. jadi tanggungjawab kita untuk tunjuk tauldan yang terbaik supaya mereka melakukan yang terbaik bila disuruh.
Hadkan Masa Menonton TV
Pakar psikologi dan pengamal perubatan mengatakan bahawa kanak-kanak yang terdedah kepada televisyen akan menjejaskan tumpuan mereka. Menonton televisyen pada peringkat awal perkembangan otak boleh menggalakkan pembentukan pasif dalam tumpuan dan pembelajaran. Dalam erti kata lain televisyen boleh menggalakkan corak pembelajaran yang lesu.
Tak hairanlah kenapa ramai kanak-kanak yang dibenarkan menonton TV mempunyai masalah dalam memberi tumpuan semasa belajar. Cadangan daripada pakar, kanak-kanak di bawah 2 tahun tak dibenarkan menonton TV, kanak-kanak umur 2-3tahun dihadkan kepada 90 minit dan kanak-kanak umur 4-6 tahun dihadkan 2 jam sehari.
Syue berpendapat, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam memupuk perkembangan kanak-kanak. Penting untuk bantu anak-anak ini membina asas yang kukuh di rumah supaya mereka dapat fokus dengan pembelajaran di sekolah nanti. Cabaran utama bukan saja untuk menggalakkan ibu bapa dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan mereka menyediakan suasana pembelajaran yang baik untuk anak-anak, malah meningkatkan keupayaan kanak-kanak ini untuk lebih bersedia dengan susasan pembelajran yang lebih mencabar di luar.
No comments:
Post a Comment