Dalam entry sebelum ini, Syue penah tulis Cara Urus Wang Melalui Sistem 7 Jar. Ada buat dak? Belom buat, baik buat. Dah takleh beralasan 'aku tak pandai menyimpan'. Teknik ni memang ajar kita berdisiplin. Secara tak langsung dapat didik kita kuatkan iman juga .
Balik Malaysia ni kan, semua benda kena buat secara sistematik.
Maklumlah, orang pompuan ni takkan boleh lari dari pegang jawatan
Menteri Kewangan/ Gabenor bank rumah .
Bila dah merangkap jawatan besaq dalam rumah ni, kena lah pandai nak
arrange semua kan. Dari sebesar-besar belanja; duit rumah, duit kereta,
sampai lah ke sekecil-kecilnya; belanja dapur, beli mainan anak.
Kalau macam Syue lah kan, Syue akan catat semua perbelanjaan harian. Habit ni memang Syue buat dari masa bujang lagi. Nampak macam berkira sangat, tapi itulah cara kita nak bajet duit kita; terlebih belanja ka, terlebih duit ka. Penting semua tu. Kalau macam bil utiliti, Syue cuba setelkan pada hari dapat bil tu. Sebab macam rumah Syue ni, bil air, bil internet, bil letrik semuanya dapat pada hari yang berlainan. Ada awal, ada lewat. Takut tunggu semua nak setel hujung bulan, nanti ada yang tertunggak pulak kan.
Yang mana patut setel awal bulan, Syue set kan satu date untuk bayar semua pada tarikh itu; duit insuran, duit rumah, kereta. Dan semua ini kena rekod. Idokler mai tengah bulan 'eh, ni dah bayar belom ah?' Sendiri pun boleh lupa, kan?
Lagi satu yang penting; beli emas. Sekarang kan boleh saja kalau beli emas keping tu. Setiap bulan amal beli @ simpan 1g. Lama-lama banyak jugak. Ada lebih beli banyak. Tak rugi melabur dengan emas. Emas ni memang berguna tau di masa depan. Kita tak tahu selama mana duit kertas bernilai, sejauh mana ia bertahan. jadi emas salah satu cara palin selamat.

Walau macamana sekalipun keadaan kewangan kita, apa yang penting, kita sendiri tahu yang mana satu keperluan, mana satu
kehendak. Kalau kita yang tak atur sendiri kewangan keluarga kita sendiri,
sapa lagi nak buat kan?
No comments:
Post a Comment