Sekarang ni mana-mana tempat nak lawat pun kena scan guna App MySejahtera. Kalau kita keluar berdua suami isteri, boleh la masing-masing scan guna handphone masing-masing. Macamana kalau keluar satu keluarga? Tahu tak yang kita boleh check in kan untuk anak-anak kita jugak? Haaa, baru tahu kan. Caranya adalah dengan masukkan details anak-anak kita kat Add Dependents.
Mari saya tunjuk caranya step-by-step:
1) Pergi kat Apps MySejahtera. Kemudian pergi kat home MySejahtera. Kat atas ada 'More'. Click kat situ.
2) Nanti akan keluar macam dalam gambar. Tekan kat Manage Dependents.
3) Then.. Add dependents kat bahagian bawah. Kalau kita selalu bawak parents kita keluar, boleh letakkan sekali nama parents yang tak ada smartphone. Isi nama semua dengan relation.
4) Isi maklumat yang dikehendaki.
5) Make sure nama semua betul. Then, bila nak check in guna apps MySejahtera, akan keluar `I'm with...' Click nama yang ada dengan kita. Kalau kita sorang-sorang je, terus tekan check in je.
Senang je kan. So, selamat dah la check in nama anak kita sekali or nama-nama lain dependents dengan kita. Takdelah langgar SOP dah kan?
No comments:
Post a Comment