Apa Istimewanya Kandungan Bahan Dalam Ostematrix

syuesalim | May 04, 2018 | 0Komen |
Waktu kecil kita disogokkan dengan kata-kata 'budak-budak kena minum susu, baru gigi dengan tulang kuat', kan. Dah kenapa bila kita dewasa, kita stop susu? Adakah sebab tak sedap? Atau sebab kita fikir susu ni minuman budak-budak? Atau mungkin kita rasa kita dan dewasa, mestilah gigi dan tulang kita dah cukup kuat kan?

Masa di Qatar dulu, apa yang Syue perhatikan, orang-orang tempatan dan orang luar memang suka minum susu segar. Jadi, susu segar ni memang sentiasa ada permintaan dan banyak dijual di pasaraya. Dan harga memang murah. Mungkin meminum susu ini dah jadi budaya mereka jadi susu segar ini dah jadi stok mesti ada di rumah. Macam kami orang Malaysia di sana pun dah buat minum susu segar ni jadi habit. Murah kot! Sayang sekali tidak dibudayakan di negara kita. Tapi susu segar pun Syue perasan, memang mahal. Susu tepung ja murah.

Berbalik pada kalsium tadi. kalau nak tahu, peringkat dewasa inilah paling mudah nak kena risiko reput tulang. Bagi seseorang yang suka minum susu, memang dah bagus tapi penting juga untuk ambil suplimen kalsium. Sebab apa? Kandungan kalsium dalam segelas susu tu sebenarnya tak cukup untuk memenuhi keperluan kalsium badan kita pun. Bayangkan mereka yang langsung takpernah meminum susu!😨 

Kandungan kalsium dalam 1 gelas susu bersamaan dengan 300gm lebih sahaja sedangkan badan kita memerlukan 1000mg kalsium sehari! Dah tu mampu ka nak minum banyak-banyak gelas sehari? Syue memang tak lah kan. Segelas pun puas haaa nak telan 😅

Lagi satu, tulang bukan memerlukan kalsium semata-mata saja tau. Tulang kita ni memerlukan 20 mineral lain termasuk kalsium. Haa, baru tau kan? Mana nak cari semua-semua ni? Sebab tu pentingnya suplimen. Fungsi nya adalah nak tampung apa yang kurang dalam tulang kita. Dan suplimen kalsium terbaik yang Syue rekemenkan adalah Ostematrix.

Ostematrik ni bukan suplimen kalsium biasa tau. Dalam memilih suplimen kalsium, apa yang penting, kita kena pastikan yang suplimen kalsium itu mesti ada Vitamin D dan Magnesium

Vitamin D ni fungsinya membantu kalsium menyerap ke dalam tulang. Tiada vitamin D ni, kalsium tak mudah terurai dah diserap ke dalam tulang. Manakala Magnesium pula fungsi dia macam kenderaan; ia mengangkut kalsium ke bahagian-bahagian yang diperlukan badan. Selain itu, ia melegakan otot dan sendi dan juga mengeluarkan sisa dalam perut dan usus. Atas sebab ini lah, pengamal Ostematrix dapat tidur lebih lena dan mudah melawas.

Mungkin ada yang pernah baca artikel dari pengamal perubatan yang menyatakan makan banyak suplimen kalsium boleh sebabkan kerosakan pada buah pinggang. BETUL. Memang tak dinafikan. Kalsium yang berlebihan yang tak dapat diserap memang akan termendap dan akan merosakkan buah pinggang. TAPI, itu disebabkan oleh suplimen kalsium yang tiada kandungan 2 bahan yang Syue sebutkan tadi. Sebab tu pentingnya Vitamin D dan Magnesium dalam suplimen kalsium. Tengok betul-betul sebelum membeli.
Bukan semua pil kalsium ada 2 bahan tu tau. Dan jangan pukul rata kata semua suplimen kalsium memudaratkan.

Sebab tu Syue cadangkan suplimen kalsium Shaklee. Bukan saja cukup mineral yang diperlukan tulang kita, malah ianya selamat dan dihasilkan dari bahan semulajadi. Kita tak tahu bila-bila kita tersalah langkah, terseliuh, terjatuh, tulang kita boleh patah macam tu saja! Tak mustahil! Sekali kena, menyesal tak sudah.

Berminat dengan Ostematrix? Syue boleh submit oder korang. Boleh bagi free consulation jugak. Produk ni kiranya produk mesti ada di setiap rumah. MUST BUY!

Klik Sahaja 👇 Di Sini




No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com