Tips Kawal Kos Hidup yang Tinggi

syuesalim | March 20, 2017 | 0Komen |
Kos hidup sekarang makin tinggi kan. Mencari cara untuk dapatkan duit nak tampung kos sara hidup boleh menjadi satu perkara yang paling susah pada hari ini. Betul? Barangan runcit, pengangkutan, perubatan, utiliti, penjagaan anak. Fuh...sebut ja pun dah terasa payahnya.

Tidak kira berapa teliti bajet kita, kelihatan hampir mustahil untuk meningkatkan margin di antara pendapatan dan perbelanjaan. Sebab kita memang tak boleh nak ubah kenaikan harga barang dalam ekonomi. Yang naik tetap naik. Pendapatan kita masih seperti itu. Jadi apa kita patut buat?

Sebenarnya, masih ada cara untuk kita hidup dalam keadaan macamni tanpa menjejaskan keselesaan, kesihatan, keselamatan. Kadang-kadang, ia hanya memerlukan sedikit kreativiti, berjimat cermat, dan ketabahan .

Syue nak berkongsi beberapa cara kita boleh kawal kos sara hidup yang tinggi ni dan menyelamatkan sikit lebihan setiap bulan:

Kembali kepada asas dan nilai antara keperluan dan kehendak sendiri. Barang-barang kita, kewangan, gaya hidup kita. Tanya pada diri sendiri, "Apa yang benar-benar penting? Adakah saya PERLU atau adakah saya MAHU?"

'Do It Yourself'. Bila ia melibatkan ekonomi rumahtangga, cari inisiatif yang kita boleh buat sendiri. Yang penting kena ada masa saja. Sebagai contoh, jika sebelum ni nak potong rumput di halaman atau cuci rumah kita panggil khidmat luar potong rumput, boleh cuba kumpulkan ahli keluarga utk buat sendiri. Atau kita boleh cuba buat sendiri barang yang sebelum ni kita beli dari kedai; seperti makanan bayi, perencah masakan.

Sentiasa pantau bil utiliti. Bil utiliti boleh jadi mahal jika rumah anda besar atau ahli keluarga ramai. Cuba pasang alat-alat elektrik yang cekap tenaga. Bukan saja baik untuk alam sekitar, tapi baik juga untuk dompet anda . Tanamkan sikap pada setiap ahli keluarga; tutup lampu, kipas, aircond setiap kali bila keluar bilik atau tiada di rumah, tutup radio dan TV kalau dah tak mau dengar/tengok. Tutup segala alat elektrik yang dah guna. Sama juga dengan penggunaan air. Jangan biar terbuka tanpa pengawasan. Tutup kalau dah tak guna. Jangan biar mengalir tanpa pengawasan.

Rancang beli-belah barang runcit. Pernah dengar tak ada orang kata, jangan membeli-belah semasa lapar. Contoh paling senang masa bulan puasa lah. Cuba pergi beli makanan berbuka di bazar ramadhan. Semua nak beli kan? Sama lah seperti beli barang runcit. Satu lagi, JANGAN pergi membeli-belah runcit tanpa senarai kerana anda akan menghabiskan lebih banyak wang membeli barang yang tak perlu berbanding yang sepatutnya. Mesti semua lorong nak masuk kan. Untuk makanan harian isi rumah (terutama yang tak mudah rosak), boleh beli secara pukal/borong. Memang menjimatkan wang dalam jangka masa panjang, jimat masa, dan beli-belah pun dah jadi kurang kerap.

Tetap pada bajet sendiri. Ada keadaan di mana terdapat bulan-bulan tertentu kita akan menghadapi keadaan terlebih belanja; contohnya musim perayaan, anak-anak masuk sekolah dan tabiat tertentu seperti makan luar terlalu kerap, tangguh yuran atau tidak memberi perhatian kepada penggunaan kad kredit atau bayaran bank. Pada masa inilah penting untuk kita latih diri ikut bajet yang dah buat.

Buat pendapatan sampingan.Yang ada kemahiran memasak, menjahit, menghias, menyolek; iklankan kemahiran anda. Selain dari tu, perniagaan kecil pun dah tumbuh macam cendawan terutamanya perniagaan online, dropship. Nak yang mudah, Shaklee pun boleyyyy


Eh panjang pulak bebel. Memandai jer cik Syue bagi tips eh.
Tips-tips ni sebagai panduan bersama. Nak ikut boleh, dah buat lagi bagus, tak nak buat, ikut sukaaa..hehehe...Yer, Syue cakap memang senang; lagi-lagi dok Qatar yang tak merasa sangat peningkatan kos tinggi tu kaan... tapi korang kena tahu, cik Syue masih ada keluarga kat Malaysia, dan satu hari nanti pun Syue akan balik duduk kat sana, akan merasa jugak situasi begini. Tips ini pun sebagai panduan diri sendiri juga.

Apa-apa pun, tepuk dada, tanya diri sendiri .


 

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com