Showing posts with label Phytocol-ST. Show all posts
Showing posts with label Phytocol-ST. Show all posts

Lawan Kolestrol Tidak Sihat Dengan Phytocol-ST

syuesalim | May 03, 2015 | 0Komen |
Pada tahun 2014, Shaklee telah memperkenalkan Phytocol-ST yang diformulasikan khusus untuk mengawal kolestrol. Phytocol-ST merupakan formulasi proprietari yang berasaskan bahan-bahan yang telah terbukti secara klinikal berkesan untuk penyekatan penyerapan kolestrol. Ianya mengandungi 2000mg fitosterol untuk setiap kapsul dan ianya disarankan 100% oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) untuk diambil setiap hari. Telah dirumus secara klinikal dengan bahan-bahan terpilih untuk membantu menghalang penyerapan kolestrol dalam tubuh.


Fitosterol diperolehi dari tumbuhan sterols dan stenoils yang terdapat dalam membran tumbuhan. Ia menyerupai kolestrol dalam badan dan apabila kolestrol dan fitosterol ini berjumpa, mereka akan bersaing untuk serap masuk dalam sistem penghadaman badan. Apabila kita mengambil banyak fitosterol, akan semakin kurang kolestrol yang akan diserap dalam tubuh kita dan kandungan LDL dapat dikurangkan dengan banyaknya. Sterol dan stenoils ini akan menghalang kolestrol tidak sihat (LDL) & akan merendahkan kandungannya dari masuk ke dalam salur darah manusia yang boleh menyumbatkan salur darah.

TAHUKAH ANDA...
Kandungan sterols & stenoils ini bersamaan dengan 200 batang lobak merah @ 70 keping roti gandum @ 425 biji tomato setiap hari. Mampu nak ambil ini setiap hari?

Kelainan Phytocol-ST Shaklee
- dirumus khas daripada sayur-sayuran, buah-buahan, tumbuhan & bijiran yang kaya dengan fitosterol asli yang aktif
- fitosterol dari tumbuhan ini sudah diuji secara klinikal oleh 80 kajian untuk merendahkan paras LDL kolestrol.
- mengandungi 2000mg fitosterol yang diperlukan setiap hari
- tiada pengawet, perasa atau pemanis tiruan
- halal

Sekiranya anda sedang dalam rawatan & mengambil ubat doktor, disarankan minta pendapat doktor anda dahulu sebelum mengambil produk ini. Perlu diingatkan bahawa suplimen bukanlah ubat yang boleh bertindak serta merta menjadikan anda sihat. Sekiranya anda ingin menurunkan kadar kolestrol secara semulajadi, pengambilan secara konsisten dan berterusan akan membantu anda mengurangkan kolestrol dalam tempoh jangka panjang.


Anda boleh membuat pembelian sendiri produk ini.
phytocol


Belum menjadi AHLI?
Daftar segera sebagai AHLI SHAKLEE 
untuk menikmati PENJIMATAN 15%-25% 
pembelian produk SHAKLEE




Sebarang pertanyaan atau ingin membuat pembelian rangkaian produk lain,
hubungi saya di sini.


Konsultasi dan panduan PERCUMA bagi yang mendaftar dengan saya ya!



**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Resepi Nasi Daging Paling Sedap di Dunia

syuesalim | October 07, 2014 | 8Komen |
Nasi daging memang sinonim dengan orang utara. Kalau dulu lah kan, tanya orang luar Kedah, mungkin tidak tahu. Tapi jangan pelik kalau ada orang Kedah pun tak tahu nasi daging ni. Mungkin sebilangan kecil sahaja. Tapi, itu dulu. 

Orang zaman sekarang, untung banyak. Boleh tanya pakcik Google ja. Jangan kata orang Kedah, orang luar Kedah pun dah pandai buat haa. Siap boleh buat menjual lagi tau. Tapi sebagaimana kita nak nasi kerabu hasil tangan orang Kelantan dan nasi dagang hasil tangan orang Terengganu, sama lah macam nasi daging ni.

Syue dulu pun memang tak tahu. Cuma ingat mak pernah buat. Tapi di zaman 'tak ambil tahu', hanya tahu makan saja. Bila dah kahwin, dah pandai masak sendiri, kena lah ambil tahu. Sesekali datang mood nak tukar selera nak makan selain dari nasi putih, apa salahnya cuba nasi daging.
SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com