Siapa Mentor Anda Dalam Perniagaan?

syuesalim | March 12, 2017 | 0Komen |
Antara MENTOR, PENGAJAR @ PENAJA; apa beza nya? Lihat perbezaan ini.
Mentor bercakap DENGAN kita, pengajar bercakap KEPADA kita, PENAJA bercakap TENTANG kita. Antara ketiga-tiga tu, siapa yang kita nak pilih? Tanyalah mana-mana ahli perniagaan yang berjaya, jika mereka jujur ​​tentang hal ini, mereka pasti akan mengaku mereka lebih dapat manfaat daripada MENTOR. 


Kenapa perlunya MENTOR?
💡 Mentor bagi kita ilmu ~ Mereka lebih lama dalam bisnes, jadi mereka akan bagi kita tips dan nasihat, atau teknik2 yang boleh membuka jalan untuk kita belajar dan terus mara.
💡 Mentor bagi kita galakan ~ Mereka bantu kita percaya apa yg kita boleh capai walaupun kita rasa ianya mustahil.
💡 Mentor mengiktiraf kita ~ Hanya mentor yang boleh kenalpasti kemahiran kita yang orang lain tak perasan. Mereka akan sentiasa jujur ​​(atau kejam 😁) dengan kita dan beritahu apa kelebihan kita daripada meremehkan kelemahan yang mereka lihat di dalam diri kita.
💡 Mentor mendengar kita ~ Kita boleh bagi idea kita tanpa perlu nak tapis-tpis. Bila kita boleh sampaikan idea-idea kita, mereka boleh bantu lihat yg mana perlu untuk tingkatkan potensi kita.
💡 Mentor 'memaksa' kita ~ Hanya mentor yang boleh menolak kita melepasi had kita. Sentiasa mahu kita jadi lebih. Seorang mentor yang bagus sentiasa mengingatkan kita supaya hasil tidak boleh yang biasa-biasa saja.
💡 Mentor adalah penasihat yang dipercayai ~ Dalam dunia perniagaan mentor adalah satu pihak ketiga yang tiada kepentingan dalam apa-apa idea atau usaha. Dia gembira untuk beritahu apa yang dia fikir, dan kita pun seronok nak beritahu apa yang kita fikir juga.
💡Mentor adalah percuma ~ Mereka tidak melakukannya untuk wang. Mereka didorong oleh rasa ingin membantu orang lain berjaya dan ini yang membuat mereka tidak ternilai.

Dalam Syue buat Shaklee ni mesti lah Syue ada mentor. Mentor Syue adalah upline Syue sendiri. Glamer dgn nama Kakkep. Di alam maya pun terkenal dengan blog travel kakkep.com. Apa yang umiknya dia ni, dia memiliki hampir kesemua ciri-ciri yang Syue sebutkan kat atas. Kena pulak 'sekampung seutara', maka lagi mudah lah hubungan mentor-mentee ni. Ber'aku-hang' ja. Sempoi gila baq hang. Wasap tengah malam pun dia layan 😁. Memang mudahlah buat Shaklee ni bila bermentorkan dia. Rasa termotivasi. Rasa percaya pada diri sendiri. Untung ada mentor bersemangat jitu macamni. Harap-harap satu hari boleh berjaya seperti dia atau lebih lagi. 

Tidak kira siapa kita, dari mana kita datang, betapa bijak atau hebatnya fikiran kita, atau apa yang telah kita capai, kita masih perlukan mentor. Mentor yang baik adalah aset yang tidak ternilai dalam perniagaan. Mark Zuckerberg pun ada mentor. Kita yang biasa-biasa ni nak bajet pandai tak payah ada mentor? Cari lah seorang ye 😉.

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com