Showing posts with label Set Detox. Show all posts
Showing posts with label Set Detox. Show all posts

Mengapa Penting Untuk Bezakan Diet Dengan Detoks?

syuesalim | May 24, 2017 | 1Komen |


"Dah kurus ni, tak payah dok control makan, diet-diet sangat laa"

Susah sebenarnya nak ubah tanggapan orang lain, bila mana kita ini dilihat memilih untuk makan sesuatu yang luar dari kebiasaan kita sebelum ini. Ada orang yang kuat imannya; macam Syue ni ๐Ÿ˜œ. Ada orang tak tahan diperli, dan kesudahannya, terbabas kembali ke sikap asal. Sikap apa tu? Sikap makan sesuka hati sesedap perut..heee.. Syue bukanlah tak makan apa yang dihidang orang ni, tapi bila masa tengah menjalani program detoks, memang Syue akan istiqamah gitu. Tak selesa betul kalau orang cakap Syue tengah diet (kesan detoks kot, sensitif nar..hekzz ๐Ÿ˜). 

"I'm not DIET, I'm on DETOX." Haaa ngko...omputis terus...๐Ÿ˜

Dah apa beza Diet dan Detoks ni?

Pendedahan Terhadap Toksin: Sebab Kenapa Kita Perlu Ambil Suplimen

syuesalim | May 20, 2017 | 0Komen |

Setiap hari, kita dikelilingi oleh bahan beracun. Sedar atau tidak, kita sebenarnya terdedah dengannya sejak kita dilahirkan tau ๐Ÿ˜ฑ. Bahan beracun ini dipanggil TOKSIN. Kesihatan kita sebenarnya terjejas lebih banyak dari apa yang kita tahu, bergantung kepada berapa banyak kita terdedah kepada toksin secara tetap. 

Penting untuk kita tahu bahawa toksin ini boleh didapati dari luar badan atau wujud dari dalam badan.
Contoh toksin luaran: pencemaran, asap rokok pasif, racun perosak, pewangi, bahan pencuci
Contoh toksik dalaman: bakteria jahat, jangkitan virus, stress, anxiety, berfikiran negatif
Kesemua toksik luaran dan dalaman ini menyumbang kepada 'beban toksin'. 

Detoks Badan dengan Set Detoks Shaklee

syuesalim | March 16, 2017 | 0Komen |
Ada tak keadaan di mana kita dah ambil vitamin C tapi masih senang jatuh sakit, dah ambil multivitamin tapi masih kurang bertenaga? Itu tandanya badan kita banyak TOKSIN. Toksin ni bahan beracun yang ada dalam badan atau faktor luaran yg boleh menjadi punca kepada pelbagai jenis penyakit seperti masalah penghadaman, kegemukan, masalah hati...dan banyak lagi lah.

Jadi, salah satu set yg dicadangkan untuk buang toksin berlebihan adalah SET DETOX SHAKLEE. Produk apa yang ada dlm set ini? Tak banyak. Ada 5 jenis sahaja.
⧫ Alfalfa ⧫ DTX Complex ⧫ Herblax ⧫ Peppermint-ginger ⧫ Vivix ⧫

"Kenapa kena ambil produk-produk ni...tak boleh ke kalau saya sekadar ikut plan makan saja??" Baca peranan mereka di sini dan anda akan tahu kenapa ianya dicadangkan diambil bersama-sama dengan menu makan.

Tips Buang Toksin Supaya Badan Lebih Cergas

syuesalim | September 24, 2014 | 0Komen |
Badan letih, tidak bermaya tanpa sebab?
Susah bangun tidur?
Berat badan bertambah, selulit yang teruk?
Masalah pembuangan air besar?
Masalah jerawat, masalah kulit? Nafas berbau?

Anda hadapi masalah-masalah seperti ini?
Jika ada, ini bermakna bahawa badan anda mungkin mengandungi banyak TOKSIN. Macam menakutkan ja, tapi besar kemungkinan, itu hakikatnya...

7 Jenis Minuman Detox Yang Anda Mesti Cuba!!

syuesalim | September 23, 2014 | 0Komen |
Kereta, bila cukup masanya, kena servis. Buang minyak hitam kita biasa sebut kan. Apa jadi kalau kita skip tempoh servis tu? Atau tak payah tukar minyak hitam tu? Lama-lama akan ada kerosakan lain yang timbul yang tidak mungkin dijangka pada kereta itu. Badan kita pun diibarat begitu. Pun kena 'servis' juga. Kita hari-hari makan bermacam-macam jenis makanan, dan memang ada yang kita dah buang. Tapi adakah semua dibuang secara semulajadi? Yakin tiada yang tertinggal? Jika ada, yang tertinggal itulah lama kelamaan akan menjadi toksin yang boleh menjejaskan kesihatan badan.
 
Di sini saya kongsikan 7 jenis minuman detox atau secara mudahnya, minuman DETOX/BUANG TOKSIN yang anda perlu cuba. Sangat semulajadi. Sangat jimat. Boleh buat di rumah bersama-sama keluarga anda. Mungkin anda boleh belek apa yang ada di dapur tu, tengok apa yang sesuai untuk kita jadikan minuman detox ini. Jadi, mari kita CUCI semua toksin yang ada dalam badan kita. 

Atasi Masalah Usus dengan Herb-Lax

syuesalim | October 26, 2013 | 0Komen |
Usus merupakan bahagian dalam saluran pencernaan dari perut hingga ke dubur. Usus itu sendiri terdiri daripada usus kecil dan usus besar. Dalam usus kecil berlaku pencernaan yang lebih kerap, dan juga berlakunya penyerapan nutrien. Manakala usus besar amat tertumpu pada penyerapan air dari bahan cernaan dan penyerapan semula sebarang nutrien yang mungkin terlepas dari pencernaan awal. Bahagian usus ini perlu dijaga dengan elok kerana di bahagian inilah zat-zat nutrien dari makanan diserap. Kurangnya pengambilan air atau pengambilan pemakanan yang tidak sihat boleh mengganggu proses usus itu sendiri. Juga boleh membawa kepada masalah sembelit dan perut buncit.


Bagaimana Herb-Lax dapat membantu?
Formulasi produk ini terdiri daripada herba semulajadi. Terdiri daripada 9 jenis herba dan mari kita lihat peranan setiap satunya.

- Senna leaves: meransang tindakan perbersihan yang lembut pada usus dan perut, mempercepatkan proses detokfikasi dan mengurangkan penyerapan lemak
- Buckhorn bark: Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus
- Licorice root: membantu proses detokfikasi
- Fennel seeds: mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan, berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut
Anise seeds: meransang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses percernaan
- Rhubarb root: herba yang banyak digunakan dalam perubatan cina untuk digunakan sebagai antibiotik
- Blue malva flower: membantu proses detokfikasi dan mengimbangi tekstur kulit
- Culver's root: membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma
- Alfalfa leaves: membersihkan usus, darah dah hati
 
MANFAAT UTAMA
  • Pembersihan najis yang tersekat
  • Meransang usus untuk mempercepatkan proses perbersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh badan
  • Membantu mengatasi masalah sembelit
  • Mengempiskan perut
  • Membantu mengurangkan atau memberi kepejalan kepada perut
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan langsung membantu masalah sembelit


Berminat dengan Herblax? Klik di sini.

herblax

Belum menjadi AHLI? 
Daftar segera sebagai AHLI SHAKLEE  
untuk menikmati PENJIMATAN 15%-25% 
pembelian produk SHAKLEE



Sebarang pertanyaan atau ingin membuat pembelian rangkaian produk lain,
hubungi saya di sini.
Konsultasi dan panduan PERCUMA bagi yang mendaftar dengan saya ya!


**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com