8 Cara Dapat Anak Kembar: Sejauh Mana Peluang Anda?

syuesalim | January 21, 2015 | 0Komen |
Mana-mana pasangan yang berkahwin mesti akan terlintas nak anak kembar. Seronok kan. Boleh la si ibu rehat lama sikit mengandung anak seterusnya. Untung kan, sekali beranak keluar dua. Kalau beranak lagi 2 kali, dua-dua tu pun kembar, wah...lagi untung!! Tapi ada tau, Syue ada kenal seorang Hamba Allah semasa di hospital. Dia cakap, kawan dia 3 kali beranak, 3 pasang kembar, semua lelaki. MasyaAllah. Tak tergambar. Tapi seronok kan. 3 kali beranak ja anak dah 6.

Ramai tanya Syue, apa petua dapat kembar. Takde petua apa sangat pun; Syue cuma makan pisang kembar @ telur kembar ja. hahaha. Tak lah, mitos ja tu. Syue memang pernah teringin nakkan kembar. Tapi, sebelum mengandungkan kembar, bila baca artikel, pengalaman orang lain menjaga, membesarkan anak kembar, uiii..mencabarnya. Dalam hati macam nak kensel balik ja hasrat tu. Tapi kuasa Allah, siapa boleh menafikannya kan.

Atasi Buasir Sebelum Melarat

syuesalim | January 19, 2015 | 0Komen |
Buasir. Memang sakit, memang perit. Sebab Syue sendiri pernah merasai. Dulu selalu nampak 'klinik buasir'. Macam-macam benda bermain dalam fikiran Syue. Buasir ni kan berlaku di tempat agak sulit, takkan lah kena hulur ke doktor suruh tengok?! erkkk...MALU!! Mesti ramai fikir macam Syue. Akhirnya, sakit simpan sendiri, kan...

Ubat telan, ubat punggung. Memang sentiasa dalam simpanan Syue. Sekali guna, baik. Buat pulak terkurang minum air, salah makan, jadi semula. Sengsara rasa. Syue rasa, buasir yang Syue alami bukanlah yang serius sangat. Ataupun bukan buasir. Tak pernah jumpa doktor, makanya Syue sendiri tak berapa kenal buasir ni. Tahap apa pun tak tahu. Tapi perit tu tetap ada.

Tapi sekarang, Alhamdulillah.

Walau Berpantang Kembar, Berpantang Kali Ini Yang Paling Best

syuesalim | January 15, 2015 | 0Komen |
Sebelum ni Syue dah kongsi pengalaman Syue mengandungkan kembar. Ini baru berpeluang nak kongsi pengalaman bersalin kembar pulak. Alhamdulillah 28 Mei 2014, kembar perempuan Syue menjengah dunia. Syukur lahir dengan selamat. Secara normal. Diorang ni keluar awal 4 minggu dari EDD; 25/6. Syue set untuk pembedahan pada 12/6 sebab scan masa routine check up tu, diorang ni dua-dua kepala di atas. Tapi diorang nak jugak keluar awai, mama ok je. Cuma yang tak ok nya, semua kelengkapan barang nak ke hospital apa satu pun tak ready. Pagi 28hb sakit, pagi tu baru packing barang babies barang mama. Tu pun ada saja yang tertinggal ada yang tak cukup. Moral of the story; siap awal lah walaupun awal sebulan. haha.

Tips Atasi Pedih Ulu Hati

syuesalim | January 13, 2015 | 0Komen |
Syue pernah terlihat iklan di televisyen, produk untuk mengatasi masalah pedih ulu hati & ketidakhadaman. Ada ala-ala ahli bomba di dalam perut yang memberi kelegaan dalam perut. Awal-awal dulu agak pelik apa lah iklan ni. Rupanya berkenaan masalah ulu ati dan ketidakhadaman.

Pedih ulu hati sangat lah tidak selesa, terasa dada macam terbakar. Namun ianya hanyalah ketidakhadaman biasa. Kesakitan tersebut hanya disebabkan oleh asid perut. Biasa kita akan alami keadaan begini apabila mengambil makanan berat. Juga kerap dialami oleh ibu mengandung. Mari kita lihat selanjutnya punca, dan cara mengatasinya.
SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com