Pentingkah Rangkaian (Networking) Dalam Perniagaan?

syuesalim | March 26, 2017 | 0Komen |


Setiap dari kita mahu berkawan. Mungkin ada yang suka bersendirian, hidup dalam dunianya sendiri. Tapi, andai kita nak berbisnes, belajarlah untuk berkawan. Sebab apa? Sebab berkawan ni sama penting dengan kita membina network. Rangkaian atau networking ni macam interaksi sesama orang lain untuk bertukar info, pendapat atau idea. (Syue akan guna terma 'networking' selepas ini). Kalau dalam bisnes, networking ni adalah taktik pemasaran yang paling penting, paling produktif, paling cekap untuk sesuatu perniagaan terus bertapak dalam pasaran.

Bagi Syue, untuk bina networking dalam perniagaan, tak penting siapa yang kita kenal. Paling penting adalah, ORANG KENAL KITA. Ada identiti sendiri. Tanya lah pada mana-mana eksekutif, ahli politik, atau perniaga yang berjaya, apakah tabiat atau kemahiran yang membantu mereka cemerlang dalam kerjaya mereka. Syue pasti sebahagian dari mereka akan bersetuju ianya berkaitan dengan networking. 

Kenapa mesti ada network?
✔ Mengukuhkan hubungan perniagaan
✔ Mewujudkan rangkaian rujukan
✔ Membangunkan sumber pengetahuan
✔ Melihat peluang kerjaya baru
✔ Menggalakkan win-win situation
✔ Mempercepatkan pembangunan profesional

Macam sekarang media sosial memainkan peranan yang sangat penting. Melalui FB, IG, buat sharing. Kongsi kebaikan peroduk, kongsi apa yang bagus tentang syarikat yang kita pilih. Guna hashtag (#) supaya semua orang perasan kewujudan kita. Kita pun boleh kenal mereka-mereka yang terlibat dalam bidang yang sama. Sama-sama kongsi kebaikan, kongsi minat yang sama, tukar maklumat. Libatkan diri dalam kumpulan-kumpulan tertentu, mana-mana event, majlis ilmu yang mana kita boleh tambah lagi kenalan, tambah maklumat lagi. Mewujudkan hubungan sesama individu mahupun kumpulan adalah pemangkin kepada sesebuah kejayaan. Kena ingat, orang akan berbisnes dengan siapa yang mereka suka dan percaya.

Untuk berjaya, kita perlu terus menerus berhubung dengan kenalan baru dan manfaat network kita. Pada mereka-mereka yang berada dalam lingkungan network Syue, terima kasih. Teruslah bersahabat dan teruslah kita menyokong sesama kita.  


No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com