Sebelum ni Syue dah kongsi pengalaman Syue mengandungkan kembar. Ini baru berpeluang nak kongsi pengalaman bersalin kembar pulak. Alhamdulillah 28 Mei 2014, kembar perempuan Syue menjengah dunia. Syukur lahir dengan selamat. Secara normal. Diorang ni keluar awal 4 minggu dari EDD; 25/6. Syue set untuk pembedahan pada 12/6 sebab scan masa routine check up tu, diorang ni dua-dua kepala di atas. Tapi diorang nak jugak keluar awai, mama ok je. Cuma yang tak ok nya, semua kelengkapan barang nak ke hospital apa satu pun tak ready. Pagi 28hb sakit, pagi tu baru packing barang babies barang mama. Tu pun ada saja yang tertinggal ada yang tak cukup. Moral of the story; siap awal lah walaupun awal sebulan. haha.
Syue sebenarnya tak prepare pun nak bersalin normal. Konfiden nak kena operate. Dari Doha dah berazam nak operate. Tapi, kuasa Allah, even sorang berkedudukan normal, sorang lagi breech, agak mudah melahirkan mereka. Luka bersalin? Tak payah cakaplah. Dua orang keluar dari laluan yang sama kan. Lagi satu, Syue tetap kena masuk OT jugak, sebab Syue kena melalui prosedur MRP. Proses buang uri sangkut dalam bahasa mudahnya. Doktor bagitau, luka awak besar ni. huhu. Doktor buat lah apa pun, asalkan yang besar koyaknya dijahit dengan elok yer doktor.
Bermulanya Set Berpantang Baru
Sebenarnya set ni sama saja dengan set mengandung. Cuma tambah Zinc Complex ja. Memang penting. Istimewanya? Mempercepatkan luka bersalin. Yang ni lah yang Syue tunggu nak makan lepas bersalin. Doktor pun dah cakap luka Syue banyak, memang luka tu kena baikkan cepat. Nak imagine pun ngeri, nak disuruh tengok, mintak ampun laaa. Takut tak lena tidur lak kang. Seawal 2 minggu, Syue dah laju berjalan dalam rumah.
Syue ni tak strict sangat berpantang. Syue tak suka pakai stokin, tak pakai sweater, tak suka pakai pilis. Makan jamu pun tak suka. Ikat rambut cekang-cekang? Jauh sekali. Masa mengandung Syue dah potong siap-siap rambut bagi jadi pendek. Senang jaga. Banyak ngelat kan? hahaha. Tak masuk angin ka, tak sembelit ka? Eh, takde pun! Tu Syue kata pantang kali ni paling best. Mengandung sebelum ni ka, dengan perangai Syue suka ngelat ni, padah terima sendiri lah. Nak ke tandas, menangis. Takut nak membuang. Memang rata-rata akan hadapi masalah macamni. Sama macam Puan Khadeejah ni. Lagi teruk sembelitnya sampai rasa tak nak beranak lain dah.

Ostematrix memang kegemaran Syue. Bermula dari mengandung pun Syue dah suka, ini kan pula masa berpantang. Dan kalau nak tahu, mak Syue terkejut mandikan kembar sebab di awal seminggu mereka dah boleh berdiri terpacak dalam tab mandi. Nampak kesan cukup kalsium semasa mengandungkan mereka.
Berurut bertungku pun Syue buat juga. Cuma jamu langsung Syue tak ambil. Maaf, Syue tiada keyakinan nak menggunakan jamu. Terutama yang ada akar kayu untuk diminum. Mak Syue dah pernah pesan jangan minum apa-apa yang dari akar kayu yang packing raw tuh. Alah, yang nampak sebiji-sebiji daun, kayu, akar semua tu. Syue tak berani. Lagipun tak kena dengan tekak. Kalau nak guna untuk mandi, takde masalah. Guna bahagian luaran je pun.
Berpantang anak kedua, berlaku pembaziran set bersalin. Konon nak amal, tapi sekali dah skip, berkali-kali skipnya. Dah la pil-pil tu kena makan tempoh berpantang jer. Habis bepantang dah tak berfungsi! Buang macamtu saja. Menyesal beli. Tapi dengan kembar ni, Syue guna set berpantang Shaklee, tak habis waktu pantang pun boleh sambung terus sehingga habis pantang. Untung tak untung ambil set ni. Produk lain yang terkandung dalam set ini Syue ambil secara konsisten dan Alhamdulillah, badan Syue recover cepat dan tak terasa tempoh berpantang habis begitu saja. Boleh beranak kembar lagi lah lepas ni! haha.
Syue dah rasa kesannya. Sangat positif, sangat berpuas hati, sangat selamat.
Anda, masih nak berkira-kira lagi? :)
Sebarang
pertanyaan atau ingin membuat pembelian rangkaian produk Shaklee lain,
hubungi Syue di sini.
Konsultasi
dan panduan PERCUMA bagi yang mendaftar dengan Syue ya!
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
No comments:
Post a Comment