Atasi Buasir Sebelum Melarat

syuesalim | January 19, 2015 | 0Komen |
Buasir. Memang sakit, memang perit. Sebab Syue sendiri pernah merasai. Dulu selalu nampak 'klinik buasir'. Macam-macam benda bermain dalam fikiran Syue. Buasir ni kan berlaku di tempat agak sulit, takkan lah kena hulur ke doktor suruh tengok?! erkkk...MALU!! Mesti ramai fikir macam Syue. Akhirnya, sakit simpan sendiri, kan...

Ubat telan, ubat punggung. Memang sentiasa dalam simpanan Syue. Sekali guna, baik. Buat pulak terkurang minum air, salah makan, jadi semula. Sengsara rasa. Syue rasa, buasir yang Syue alami bukanlah yang serius sangat. Ataupun bukan buasir. Tak pernah jumpa doktor, makanya Syue sendiri tak berapa kenal buasir ni. Tahap apa pun tak tahu. Tapi perit tu tetap ada.

Tapi sekarang, Alhamdulillah.
Simptom dah takda. Dah lama sangat sang buasir tak menyinggah. Walaupun dah beranak kembar, dah tak jadi macam dulu. Boleh kot rasanya Syue nak isytiharkan Syue dah bebas buasir.hehe.

Sebelum tu, mari kita ambil tahu dulu apa sebenarnya buasir ni.

Buasir/ hemorrhoid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Ianya berlaku disebabkan oleh tekanan yang tinggi dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena teregang @ membonjol.

Jenis Buasir
gambaran buasir
1. Buasir Dalaman (Internal Hemorrhoid)
- buasir yang bermula dari dalam dubur
- biasanya tidak rasa sakit sebab jauh ke dalam rektum
- tidak membahayakan, tetapi meneran & gangguan dalam saluran najis boleh mencederakan permukaan buasir & boleh pecah & menyebabkannya berdarah
- titisan darah merah cerah
- buasir yang besar boleh terkeluar (prolapse)
- perlu dapatkan rawatan perubatan segera utk pemeriksaan, dikhuatiri darah yang keluar dari sumber lain spt ketumbuhan @ kanser
 
2. Buasir Luaran (External Hemorrhoid)
- buasir yang berlaku di sekeliling lubang dubur
- boleh menyebabkan kesukaran untuk mencuci di bahagian dubur
- bila salur darah vena rektum teregang, dan terjadinya buasir jenis ini, maka sukar untuk dibuang
- biasanya berulang walaupun dengan tekanan @ bebanan yg lebih ringan
- jika ada gumpalan akan menjadikannya lebih sakit. 
 
Punca Buasir
- sentiasa duduk
- meneran (najis keras @ sembelit)
- batuk yang teruk
- bersalin
- mengangkat benda berat

Gejala / Simptom Buasir
- gumpalan sekitar lubang dubur
- rasa gatal, pedih, perit
- pendarahan; darah merah cerah selepas @ semasa membuang diikuti rasa perit dan sakit

Rawatan buasir
- ubat pelembut najis supaya najis lembut & dapat kurangkan meneran semasa membuang
- krim buasir @ supositori dapat menghilangkan gejala kesakitan
- Mandian Sitz = rendam bahagian rektum dalam air suam 15-20minit boleh menghilangkan kesakitan & mengecutkan buasir

Jika rawatan sendiri tidak berkesan, simptom tidak hilang, atau berlaku pendarahan yang berterusan, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan.
- Infrared Coagulation
Sinaran inframerah dipancarkan selama satu atau dua saat untuk menghentikan peredaran darah. Rawatan ini lebih cepat untuk mengecutkan buasir, kurang berlaku jangkitan, boleh mengelakkan pembedahan.
- Elektrocoagulasi Bipolar
- Terapi laser
Pancaran laser akan mengwapkan tisu buasir. Rawatan ini dikatakan lebih mahal dan tiada kelebihan berbanding rawatan lain.

Pembedahan untuk membuang buasir akan dijalankan sekiranya pesakit kerap mengalami pendarahan @ prolapse yang dah tak berkesan dengan terapi lain.

Takut tak bunyinya? Jadi, sebelum melarat @ tidak mahu sampai tahap kena menghadap doktor untuk buang buasir, lebih baik kita cegah. Ada beberapa tips mengelak buasir ini.

- minum 8 gelas @ 2-3liter air sehari
- makan makanan yang tinggi fiber, banyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam menu makanan seharian
- pergi ke tandas dengan segera bila rasa hendak membuang. Jangan tunggu!
- guna pelembut najis untuk elak straining
- guna vitamin berfiber

Ini adalah cadangan dari shaklee untuk masalah buasir.


Set ini mengandungi:
Omega Guard, Alfalfa
Zinc Complex, Ostematrix

Pastikan anda menghubungi saya untuk mendapat lebih maklumat bagaimana produk-produk ini bertindak dalam mengawal masalah buasir.

Jika mahu mendapatkan set ini, terus klik di bawah dan buat pembelian anda.

set buasir


Belum menjadi AHLI? 
Daftar segera sebagai AHLI SHAKLEE
 untuk menikmati PENJIMATAN  15%-25% 
pembelian produk SHAKLEE


Sebarang pertanyaan atau ingin membuat pembelian rangkaian produk lain,
hubungi saya di sini.
Konsultasi dan panduan PERCUMA bagi yang mendaftar dengan saya ya!





**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com